Assalamualaikum
Post kali ni nak share pasal pengalaman suami sendiri menghidap kencing manis. Memang tak siapa menduga kan nak dapat penyakit. Tapi kalau Allah dah kata itu yang tertulis, memang itulah yang akan terjadi.
Memang dah lama suami KakZam ni suspect kencing manis, tapi jenis umat degil tak nak jumpa doktor ni, memang payah laa sikit. Bukan apa, kalau jumpa doktor tu kan boleh dengar pendapat orang bijak pandai, nak dibandingkan dengan kita yang memang tak pandai langsung bab bab penyakit kronik ni kan.
Tapi kalau setakat ajak check kat klinik desa, dia tak kisah, sebab tak jumpa doktor agaknya..hmmm
Suami KakZam ni dulu asalnya kuat minum air manis, air gas, air tambah tenaga. Nak nak kalau nak travel jauh. Redbull, macam macam air gas semua dia balun. Kata kita tak dengar. Kalau bancuh air kurang manis pun dia marah marah kata KakZam kedekut gula, padahal dia yang belikan stok gula kat rumah.
KakZam bukan kedekut, tapi sayang suami. Kalau korang pun akan benda yang sama pada suami korang kan? Suami pulak ada sorang tu je kan..hehe..gurau je ye
Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu KakZam ajak dia pergi check lagi kat KD. And guess what?? Result kali ni buat kami tercengang, bulat mata mendengar kata cik misi tu. Masa tu dah macam macam KakZam fikir. Allah!! Tak lama jadi janda ke aku? Haa, itu yang paling worst sekali.
Suami KakZam memang terdiam tak berketik. Kali ni dah takde sesi pujuk memujuk dah. Sekali ajak je dia terus setuju nak jumpa doktor. Sampai misi pun bisik bisik kat KakZam, “Alhamdulillah kak, akhirnya nak jugak dia jumpa doktor.”
Memang bersyukur sangat walaupun dalam hati tuhan je tau apa yang KakZam fikir. Oh ye, bacaan masa tu boleh tahan tinggi, 16.6. Kata cik misi tu, ada sesetengah patient yang terus kena warded bila jumpa doktor. Ni kata dia lepas kami dah pergi jumpa doktor. Kalau bagitau awal awal, kang ada yang tak jadi pergi jumpa doktor kang.
1st result : 19 September 2016 |
Agaknya sebab panik dengan result pagi tu, suami makan dulu sebijik epal hijau. Kononnya, ni dia dengar cerita orang orang laa, kalau makan epal hijau bacaan gula boleh menurun. Kononnya…
Tapi, it turns badly. Bacaan makin naik masa check up dengan doktor pulak. Allahuakbar!! KakZam jadi makin risau. Tapi menten rileks je depan suami. Tak nak dia pun berjangkit jadi panik. Bacaan naik 17.6. Terus dapat ‘gula-gula’.
2nd result : follow up doktor |
Haa, part ni yang paling kami risau. Kata orang, once dah start ubat spital, tak boleh berhenti makan ubat, dan untuk jangka masa panjang, akan ada efek pada buah pinggang. Allah…jadi bertambah menakutkan. Tapi tetap makan jugak ubat yang doktor bagi tu.
Lepas tu, bermula laa episod nak remind suami jadual makan ubat tu. Setiap kali waktu makan ubat, memang kena bagi tau. Kalau dia kerja, outstation nak kena call, whatsapp untuk pastikan dia tak miss telan ubat tu.
Tapi dalam masa yang sama, KakZam bekalkan dia dengan sebotol suplimen, vivix namanya untuk dia. Kalau ikut testimoni sebelum sebelum ni, dah ramai patient kencing manis yang try vivix ni, paras bacaan gula diorang makin turun. Jadi, apa salahnya kami ikhtiar jugak kan, selain ubat hospital tu.
Check up kali kedua pada hujung bulan mengejutkan kami sekali lagi. Masa masuk bilik doktor, KakZam tak ikut masuk sekali sebab masa tu mabuk mengandung, tak larat nak temankan dia. Kebetulan ada kawan bekas sekolah dulu pun datang ke klinik. So, menyembang kat luar je laa kami. Result kali ni naik mendadak. 18.9.
3rd result : 30 September 2016 |
Rupanya suami KakZam btau sebelum ambil test darah tu yang dia puasa. Hmm…Tak pernah ada sejarah family ada penyakit sama ni mungkin jadi faktor suami jadi takut, lalu terrrmenipu dengan mengatakan yang dia berpuasa pagi tu. Padahal dah balun nasi lemak sebungkus, teh tarik lagi.
Terkulat kulat laa kami balik dalam keadaan takut yang amat sangat dengan result hari tu. Masa tu mula ragu ragu dengan keberkesanan vivix tu. Dah laa beli mahal.
Masa ni doktor tambah dos berganda. 2 biji pagi, 2 biji malam selepas makan. Termasuk ubat sebelum makan sebiji pagi dan sebiji malam. Ubat pun KakZam dah lupa nama sebab suami tinggalkan dalam lori dia. Waktu ni KakZam lebih kuat lagi ingatkan dia supaya tak miss makan ubat.
Tapi, besar harapan nak tengok result akan datang ni makin baik. 18 Oktober, sekali lagi pergi check up. Kali ni memang betul betul berpuasa. Puas jugak nak psycho suami sendiri ni. Alhamdulillah, result kali ni sangat mengujakan kami. Bacaan dah turun kepada 11.3. Syukur sangat. Rasa nak menitik air mata masa tengok sendiri result tu.
4th result : 18 Oktober 2016 |
Disebabkan bacaan lepas yang sangat tinggi tu, doktor refer suami kepada pakar pemakanan. Dari situ kami diberi konsultasi bagaimana untuk menjaga pemakanan, portion nasi, lauk, sayur dan sebagainya.
Tapi dah nama umat degil ni tadi, tetap jugak laa degil. Makan tak tentu masa. Kerja suami yang tak menentu, memang agak susah jugak nak disiplin waktu makan ni. Tak salahkan dia jugak. Cuma beringat sajalah.
Check up seterusnya lebih baik lagi. 10 November bacaan makin turun kepada 7.7. Allahuakbar…syukur kami pada-Mu Ya Allah. Masa tu KakZamlah satu-satunya saksi selain Allah yang tengok suami tersenyum lebar, terpancar kelegaan yang maha hebat pada wajahnya. Dalam hati, KakZam sangat sangat bersyukur. Terima kasih Allah. Tiada yang lain yang memberi kesembuhan melainkan Dia.
Oh, result last ni KakZam memang betul betul lupa nak snap. Happy teramat sangat waktu tu. Masa tu kami check sendiri je kat KD, tak pergi doktor sebab waktu tu doktor belum bagi tarikh untuk next appointment.
Paling KakZam tak sangka bila suami pecah tembelang yang dia tak ikut pun jadual makan ubat tu. Kadang terlupa, kadang memang saja tak makan sebab katanya ubat tu ada efek mengantuk. Buat pengetahuan semua, suami KakZam kerja sebagai pemandu lori, jadi faham faham sendiri lah kalau mengantuk kan?
Dia tak berani ambil risiko makan ubat tu. Bimbang terjadi musibah lain pulak nanti.
Alhamdulillah. Walaupun dia memang jarang sekali makan ubat yang hospital bekalkan, dia tetap konsisten dengan pengambilan vivix. Mungkin sebab dia fikir isteri tersayang dah belikan mahal mahal, nak tak nak terpaksa jugak telan. Lagipun sedap kot, masam masam buah.
Alhamdulillah, berat badan suami KakZam yang turun mendadak tu sampai muka pun nampak cengkung kurus, sekarang dah makin tembam berisi macam dulu dulu. Tu tanda dia makin sihat. Alhamdulillah. KakZam tak boleh nak bayangkan kalau terjadi apa apa pada dia, dengan KakZam tengah sarat ni, anak anak masih kecik pulak tu. Memang sedih kalau difikirkan. Allah tu Maha Kaya. Dialah yang memberi kesembuhan pada sesiapa jugak yang Dia kehendaki. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
Panjang pulak cerita KakZam ni kan. Takpe laa, buat pengajaran pada yang lain jugak. Lepas ni semua pun kena beringat untuk jaga pemakanan. Jangan makan ikut sedap hati je. Orang kata ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Oh ye, kalau ada yang punya masalah sama, boleh je contact KakZam untuk pertanyaan lanjut atau untuk order vivix. Nak jimat sikit, beli 2 terus, ada offer menarik yang memang korang tak mampu nak lepaskan.
Antara testimoni pesakit yang semakin sihat selepas konsisten pengambilan vivix. |
KakZam
012-3540262
Assalamualaikum Post kali ni nak share pasal pengalaman suami sendiri menghidap kencing manis. Memang tak siapa menduga kan nak dapat p...