Resepi
CARA ASINGKAN ISI DAN TULANG IKAN TANPA MENGGUNAKAN PENAPIS UNTUK KUAH LAKSA.
Baru-baru KakZam ada share resepi laksa penang favourite KakZam tu di facebook Dia punya feedback amboi, memang dahsyat.
Ramai yang suka dan teruja nak try. Tak kurang jugak ramai yang hairan dengan ikan yang KakZam guna dan cara dapatkan isinya tanpa guna penapis untuk asingkan tulang ikan tu.
Kali ni KakZam nak share kat sini pulak, senang supaya resepi ni tak hilang. Tapi sebelum tu, saja laa nak citer.
Laksa penang ni ramai peminat dia kan, termasuklah KakZam jugak. Dulu-dulu memang KakZam berniaga laksa untuk makan petang. Kalau dah berniaga sendiri tu, almaklumlah. Memang makan laksa je laa kerjanya hihi.
Boleh dikatakan dalam sehari tu ada laa 3, 4 kali KakZam dok balun laksa tu. Dahsyat tak?
Masa tu memang tak berapa sedap pun laksa KakZam buat. Tapi dalam masa berniaga tu, sikit demi sikit KakZam improve resepi tu sampai jadi sedap.
Tiap kali buat kuah baru pulak, mesti mintak tolong mak atau suami rasa dulu kuah tu, sedap ke tidak? Dah 'lulus', baru jual.
Rata-rata customer KakZam pulak memang selalu repeat lagi. Alhamdulillah. Syukur rasanya bila air tangan kita orang boleh makan dan boleh diterima tekak orang lain dan bukan sedap ditekak kita semata-mata.
Ok, jom tengok resepi yang KakZam nak share.
Bahan Kuah :-
Bawang merah
Cili kering
Belacan
Ikan
Ikan bilis/serbuk ikan bilis
Bunga kantan
Daun kesum
Asam keping
Garam
Bahan kisar. |
Kisar halus cili kering, bawang merah dan belacan. Bagi yang ada masalah resdung atau alergik dengan belacan, terpaksalah melupakan kesedapan kuah laksa ni ye. Tapi jangan bimbang, boleh juga ditambah atau gantikan dengan ikan bilis untuk rasa yang lebih enak.
Masukkan bahan kisar terus ke dalam periuk kuah. |
Bahan ulam/hiasan :-
Bawang besar
Cili padi
Timun
Kacang panjang
Limau kasturi
Daun salon
Tauge
Telur
Mana-mana bahan yang boleh dapat segar, KakZam petik je kat belakang rumah. Dah jimat kat situ. |
Ikan tamban segar |
Ramai yang hairan dengan ikan yang KakZam pilih untuk buat kuah laksa penang ni. Diorang tanya, "bukan ke ikan tamban ada banyak tulang, halus-halus pulak tu?"
Tak kurang jugak ramai yang tanya, "macam mana nak asingkan tulang-tulang halus dia tu?"
Sila tengok gambar seterusnya untuk ketahui rahsianya.
Ikan sedia untuk direbus. |
Sebelum mula merebus ikan, jangan lupa tambahkan asam keping untuk membuang rasa dan bau hanyir dari ikan tadi. Lebih tak mengapa sebab rasa masam dari asam keping tadi akan lebih menyedapkan rasa dan bauh kuah laksa itu nanti.
Ikan dalam proses semasa direbus. |
Semasa proses merebus ikan, KakZam suka rebus tak terlalu lama, agak-agak isi ikan masak 3 suku. Kalau lama sangat nanti, isi ikan jadi hancur. Susah pulak nak kutip isi hancur tu masukkan dalam pengisar.
Lagipun, nampak isi ikan sekor-sekor. Cantik laa kunun hihi.
Ikan sedia untuk dikisar. |
Siap dikisar, boleh laa mula menapis isi tadi. Tapi, disebabkan dulu KakZam buat laksa untuk meniaga, mak turunkan rahsia nak asingkan isi dan tulang tu dengan cara yang lebih mudah dan cepat.
Isi ikan yang telah ditapis, hanya tinggal tulang ikan pada penapis. |
Mengasingkan isi ikan menggunakan penapis begini adalay kaedah biasa yang digunakan. Berbanding cara baru yang mak KakZam ajarkan, iaitu dengan cara menuangkan kesemua isi ikan yang dikisar bersama air dan tulang.
Cara mengasingkan isi ikan dengan lebih mudah tanpa menggunakan penapis. |
Tulang secara automatik akan tenggelam dan isi akan timbul bersama dengan air di dalam bekas. Dengan mudah, tuangkan air tersebut secara perlahan-lahan ke dalam periuk untuk dimasak.
Kuah laksa hampir masak, yeay! |
Dah siap semua bahan, susun dan hias cantik-cantik. Presentation pun penting untuk pancing selera tau..hihi
Laksa sedia untuk dihidangkan. Aummm |
Dah siap tu, apa lagi. Jom laa menjamu selera. Ooopsss, korang tengok je laa ek >_<
Dah siap, jom makan. |
Sebelum mengakhiri perkongsian resepi ni, KakZam nak share something.
Orang tua-tua selalu pesan, perempuan yang baru lepas bersalin adalah dilarang sama sekali makan laksa sebelum sampai tempoh setahun selepas melahirkan. Pantang besar yang perlu dipatuhi.
Katanya sebab laksa tu dimasak sebanyak 2 kali. Dan itulah yang menyebabkan ia dilarang sebab akan menyebabkan mudah diserang masuk angin dalam badan. Akibatnya, sakit urat satu badan yang takkan mampu ditanggung.
Sakit....KakZam dah rasa dulu lepas bersalin anak kedua. Masa tu baby belum pun sampai 5 bulan, dah tak sabar-sabar nak makan laksa. Degil tak dengar kata..hahaha
Dengan anak ketiga, pun KakZam ulang perkara yang sama. Cuma bezanya KakZam amalkan pengambilan suplimen berpantang.
Alhamdulillah, kali ni kakZam selamat. Langsung takde kesan angin atau sakit urat dan sebagainya. Syukur. Suplimen yang KakZam ambil sepanjang tempoh berpantang dan menyusukan anak.
Okay, diharapkan tips mengasingkan isi ikan dapat memberi manfaat kepada semua penggemar laksa. Selamat mencuba...tata
4 comments
Lama dah ros tak makan laksa ni. Memang berpantang lagi. Tak sabar nak tunggu baby berjalan. Kalau orang penang, depa kata, tunggu anak buleh jalan, baru buleh makan laksa.
ReplyDeleteKalau ikutkan petua orang dulu-dulu, memang kena berpantang sekurang-kurangnya setahun Ros. Tapi KakZam ni tak tahan sangat dah. Nasib tak demam urat macam masa lepas berpantang KakNAB dulu. Seksa oi 😥
Deleteselalunya kalau masak laksa tak asingkan pun. Blend je sekali dengan isi ikan sebab tulang tu manis. Sama la kita, hantu laksa jugak kadang makan sampai 4,5 kali sehari
ReplyDeleteHahaha...tapi laksa ni yang bestnya, kena makan ada geng, baru terasa syioknya laksa tu. Betul tak Hanna?
Delete