KISAH DERITA, SEDIH DAN MALU AKIBAT GEMUK SELEPAS BERSALIN BERTUKAR GEMBIRA SELEPAS MENGAMBIL PRODUK BEBAS KIMIA

Masalah kecantikan dan penampilan adalah isu lazim bagi setiap wanita. Apatah lagi jika penampilan seseorang wanita itu membuatkan ia merasa hilang keyakinan dek kerana rupa yang dianggap 'tidak cantik' dan memalukan.

Sepertimana wanita lain, saya juga tidak terlepas dari permasalahan tersebut. Setelah melahirkan anak kedua, potongan dan lekuk tubuh saya tidak lagi menarik. Paling saya benci, saya menjadi tidak selesa dengan lebihan lemak yang menjadikan saya semakin kuat berpeluh, satu keadaan yang saya cukup tidak gemar, mujur saya bukan jenis badan berbau.

Malu kan kalau orang keliling tutup hidung bila kita lalu, kalaupun tidak, boleh nampak kembang kuncup hidung mereka menahan nafas.

Kulit peha pula semakin mudah melecet lantaran selalu bergesel bila berjalan, pakaian pula semakin lama semakin banyak yang tidak boleh disarungkan. Itu menjadikan saya bertambah-tambah sedih dan murung.

Mula laa teringat-ingat saiz badan semasa zaman bujang dulu. Kalau dilihatkan pada baju kurung lama, betapa selimnya saya waktu dulu kala. Paling saya ingat, saiz pinggang sentiasa 27. Kalau ter-naik pun hanya setakat 28 saja. Itupun nanti kembali ke saiz asal -->27.


Kenangan "KURUS" (anak 1) bersama rakan-rakan sepejabat sewaktu Bowling Tournament anjuran pejabat yang menjadi inspirasi untuk kembali langsing, sihat dan gumbira.


Berbeza dengan anak pertama, tubuh saya semakin langsing selepas bersalin. Tak pasti juga samada sebab tak cukup zat atau apa. Rasanya makan semua cukup, yang pasti masa tu memang tak ambil apa-apa suplimen atau vitamin, serius cakap, tak berani kerana bagi saya semua produk tersebut mengandungi bahan kimia berbahaya. Tidak selamat!

Berbalik kepada kisah gelap tadi, badan saya bagai di pam pam selepas saya mengambil suntikan perancang kehamilan bagi menggantikan rutin harian menelan pil (perancang kehamilan) yang pada saya menyusahkan. Saya sangka saya dah selesaikan 1 masalah, rupanya masalah lain pula yang saya dapat. 

Saya menjadi semakin GEMUK!!!

Saya faham suami tak mahu membuatkan saya menjadi semakin sedih. Tak sekalipun dia merungut tentang bentuk badan saya yang semakin bulat. Tapi bila dia memuji-muji wanita lain yang langsing tanpa dia sedar hati saya menjadi sedih dan pedih mendengarnya, saya menjadi semakin murung, tertekan dan malu!!

Saya cuba bermacam-macam kaedah tradisional, tapi deritanya rasa bila air rebusan yang pahit melekat tu masuk lalu di kerongkong. Sehari dua memang boleh, tapi kalau nak kesan yang betul-betul berkesan, nak telan hari-hari itulah yang saya tak sanggup lalui.

Bermula episod riang ria dan gembira saya bila salah seorang ex-classmate semasa tingkatan satu dulu mula memperkenalkan shaklee kepada saya. Tetapi, saya ni jenis yang tak mudah terpedaya dan percaya dengan sebarangan produk. 

Bagi saya, 'dia cuma nak jual barang je tu'. Tapi saya nak kurus!! Tapi saya masih tak berani ambil apa-apa produk yang berlambak orang jual, baik di kedai-kedai, internet lagi saya tak percaya.

Tapi disebabkan azam dan keinginan yang tinggi melangit tu, saya cuba cari tau di internet jugak, sumber yang saya tak percayakan tadi tu. Ahli keluarga juga ada yang cadangkan supaya memilih shaklee. Kata mereka, ia yang paling selamat setakat ni. Faham dengan keadaan saya yang masih ragu-ragu, mereka cadangkan saya search dan lihat ranking produk tertinggi. 

Benar!!! Shaklee adalah produk ranking tertinggi di internet. 

Jadi, setelah lebih setahun berkira-kira dengan sahabat sekolah lama tadi, sahlah saya membeli Set Langsing Paling Basic (ESP, Lecithin dan Alfalfa) dan terus mendaftar menjadi ahli kerana mahukan saya mendapat harga ahli yang terjamin lebih murah dari harga runcit yang biasa. Hehehe

Saya paling suka dengan ESP ni sebab sejak amalkannya, perut dah tak mudah lapar sangat. Kalau dulu, pantang lambat makan, habis menggigil satu badan kelaparan. Paling teruk, kepala jadi pening dan akhirnya muntah. 

Selain perubahan tu, saya perasan yang tumit kasar dan pecah-pecah saya yang kronik dulu dah semakin menghilang. Tumit saya menjadi semakin lembut dan licin. Allahuakbar! Kalau dulu hal tergesel tumit pada kaki suami pun boleh jadi gaduh, sekarang suami tak perasan bila saya saja-saja gesel tumit pada kaki dia. Hihihi.

Oh ye. Ada lagi bonus lain yang saya dapat. Kulit muka saya juga menjadi semakin lembut dan tona kulit menjadi lebih sekata. Masalah kulit kusam saya hilang begitu saja. Kalau sebelum ni, bermacam-macam krim kecantikan yang saya gunakan untuk masalah kulit kusam dan gelap, sampaikan muka dah macam pakai topeng bila lihat tengkuk dan tangan lebih gelap dari wajah.

ESP memang 'penyelamat' saya dari segala segi.

Suplimen kedua, Lecithin membantu saya memecah dan mengemulsi lemak-lemak degil dalam badan saya. Ia sangat-sangat membantu saya dalam proses pembakaran lemak dengan cepat dan berkesan untuk kesan pelangsingan yang seimbang. 

Paling teruja dengan kesannya, ia membantu saya melembutkan najis yang sekian lama tersimpan dalam perut. Patutlah perut saya buncit sangat. Rupanya banyak sangat bahan buangan yang saya simpan selama ni tanpa saya sendiri sedar. Ouh.

Selesai 'kerja-kerja' memecah dan melembut oleh Lecithin, tak berguna tanpa Alfalfa Kompleks. Patutlah selama ni susah sangat nak kurus semula, rupanya makin lama, semakin banyak saya kumpul toksin dalam badan. Memang susahlah badan nak serap vitamin yang masuk dalam badan ni. Silap besar betul!!

Kenal pulak dengan Omega Guard, rupanya kesan dia lagi best dengan gandingan 3 suplimen tadi. Lagi best bila telan sebelum workout. Memang terasa badan jadi panas dan peluh keluar mendurah-curah bak hujan. Lepas tu terasa badan lebih ringan. 

Bagi saya, biar lambat asalkan selamat. Selepas lebih kurang 5 bulan konsisten, saya berjaya kurangkan lebih dari 9kg. Alhamdulillah. Ikuti kisah lanjut saya di sini.

Beza keadaan rupa bentuk badan saya yang sangat ketara antara sebelum dan selepas konsisten dengan keempat-empat suplimen tersebut. Seingat saya, inilah satu-satunya gambar kenangan semasa berbadan 'besar' dulu.


Bagi saya inilah kejayaan sebenar dan rasa syukur saya panjatkan ke atas hadrat Ilahi kerana akhirnya saya ditemukan dengan produk yang dijamin bebas bahan kimia.

Adakah perkongsian saya memberikan inspirasi kepada anda untuk turut langsing dengan selamat, dengan bahan yang bebas bahan kimia yang berbahaya dan yang paling penting dengan cara yang sihat? Whatsapp saya 012-354 0262 untuk sebarang pertanyaan berkaitan dan berbincang dari hati ke hati dengan terbuka. Semoga terlerai beban fikiran yang membelenggu selama ini. 

Ini bukan masanya lagi untuk melayan perasaan sedih dan malu. Ini masanya untuk bangkit dari kisah hitam dan masanya untuk kita bergembira dengan nikmat kesihatan yang dikurniakan Ilahi. InsyaAllah.



Luahan hati ibu gembira,

Zam

012-354 0262

You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina