KENALI PENYAKIT MELIOIDOSIS DAN PUNCANYA

Lately ni banyak pulak dengar berita ramai yang admit sebab jangkitan kuman yang datang dari tanah. 

Pelik jugak dengar kan? Tapi itulah dia. Ada yang panggil kuman tanah, ada yang panggil jangkitan kuman, macam-macamlah.

Nama saintifiknya adalah MELIOIDOSIS. Ia adalah sejenis penyakit akibat dari jangkitan bakteria yang jarang-jarang berlaku dikesan di kawasan beriklim tropika terutamanya di Asia Tenggara, Australia Utara, Afrika Barat Dan Amerika Selatan. 


Pengedar Shaklee Pahang, Pengedar Shaklee Bandar Jengka, Pengedar Shaklee Temerloh, Pengedar Shaklee Jerantut


Penyakit ini berpunca dari jangkitan sejenis bakteria burkholderia pseudomallei yang terdapat pada permukaan air dan tanah dan ia hidup melata di dalam tanah.


Pengedar Shaklee Pahang, Pengedar Shaklee Bandar Jengka, Pengedar Shaklee Temerloh, Pengedar Shaklee Jerantut


Manusia sangat berisiko untuk dijangkiti penyakit ini apabila terdedah secara langsung kepada sumber air dan tanah yang tercemar dengan bakteria tersebut.

Jangkitan sangat mudah berlaku terutamanya sewaktu musim hujan. Ini mungkin disebabkan air hujan yang membawa bakteria ini ke permukaan tanah. Cara jangkitan adalah samada melalui pernafasan, terminum air yang tercemar atau melalui luka di kulit.


Pengedar Shaklee Pahang, Pengedar Shaklee Temerloh, Pengedar Shaklee Jerantut, Pengedar Shaklee Bandar Jengka



Gejala Penyakit

Tempoh masa dari waktu terdedah kepada bakteria adalah antara 2 hingga ke 7 Hari. Waktu ini adalah anggaran masa pengeraman (incubation period).

Penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa saja yang terdedah tetapi golongan yang berisiko tinggi adalah mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, penyakit hati, sakit buah pinggang, thalassemia, kanser atau lain-lain keadaan daya tahan badan (imuniti) yang rendah.

Penyakit ini menunjukkan pelbagai gejala. Antaranya adalah :

✓ Tidak menunjukkan sebarang simptom (asymptomatic), atau

✓ Tanda jangkitan setempat iaitu jangkitan melalui luka pada kulit yang kebiasaannya menyebabkan ulser, bonjolan atau bernanah pada kulit, demam dan sakit otot.

✓ Tanda-tanda jangkitan paru-paru yang menyebabkan demam yang tinggi, batuk, sakit dada, sakit kepala, hilang selera makan dan terasa bisa pada seluruh badan.

✓ Tanda-tanda jangkitan salur darah yang biasanya berlaku kepada pesakit yang mempunyai penyakit kronik (kencing manis dan kegagalan buah pinggang). Tanda-tanda tersebut adalah seperti demam, sakit kepala, sesak nafas, sakit perut, sakit sendi dan otot, serta kecelaruan masa dan tempat (disorientation).

✓ Tanda-tanda jangkitan menyeluruh yang melibatkan berlakunya pernanahan pada pelbagai organ badan (hati, paru-paru, limpa, prostat, sendi, tulang dan otak), demam, kehilangan berat badan yang ketara, sakit perut, sakit dada, sakit otot, sakit sendi, sakit kepala serta sawan. 


Pengedar Shaklee Pahang, Pengedar Shaklee Temerloh, Pengedar Shaklee Jerantut, Pengedar Shaklee Bandar Jengka



Bagaimana Jangkitan Ini Disahkan?

Jangkitan MELIOIDOSIS boleh disahkan melalui dua Cara berikut:
> Penemuan bakteria Burkholderia pseudomallei melalui kultur sampel darah, air Kencing, kahak atau luka pada kulit atau nanah.

> Penemuan antigen bakteria dalam ujian darah.


Adakah Penyakit Ini Boleh Dirawat?

Penyakit ini boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik tertentu. Rawatan awal dengan antibiotik adalah perlu bagi mengelakkan pesakit terutama bagi mereka yang terdiri daripada golongan berisiko, mendapat jangkitan yang lebih teruk dan mengelakkan dari kematian.

Buat masa ini, tiada ubat yang boleh digunakan sebagai profilaksis, iaitu until mengelakkan dari mendapat jangkitan tersebut.


Langkah Pencegahan Dan Kawalan 

Buat Masa ini, tiada sebarang vaksin untuk tujuan mencegah jangkitan melioidosis ini. Walaubagaimanapun, antara langkah kawalan yang boleh diambil until mengelakkan dari mendapat jangkitan tersebut adalah:

✓ Elakkan dari terdedah kepada tanah dan sumber air yang tercemar terutamanya kepada mereka yang mempunyai luka pada permukaan kulit dan mempunyai penyakit seperti kencing manis dan buah pinggang.

✓ Menggunakan kasut kalis air bagi mereka yang terlibat dengan kerja-kerja yang terdedah kepada sumber tercemar di tanah dan air. Jika terdapat sebarang luka pada anggota badan, cuci dan balut dengan sempurna.

✓ Segera dapatkan rawatan jika mempunyai tanda-tanda penyakit bagi mereka yang terdedah.

(Sumber: Lama Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia)


Sistem Pertahanan Badan Dengan Pengambilan Suplimen

Punca badan kita mudah dijangkiti penyakit adalah kerana sistem pertahanan imun kita yang rendah. Antara suplimen yang highly recommended untuk diambil bagi membantu sistem imun badan kita berada pada tahap yang bail adalah seperti berikut :


✓ Sustained Release Vita-C Plus (Vitamin C)

Vitamin C Shaklee ini membantu membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, dan membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman. 

Ia juga membantu mengukuhkan sistem imun, alergi pada hidung dan kulit serta asma selain mempercepatkan proses pemulihan.

Vitamin C Shaklee merupakan antioksidan yang berkuasa yang mampu membantu meningkatkan interferon semulajadi tubuh serta merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan menyingkirkan bahan kimia berbahaya dari tubuh.


✓ Vitamin E Complex

Vitamin E Complex juga merupakan antara salah satu suplimen yang mempunyai antioksidan yang kuat. 

Pengambilan lebih dari 1,200 IU sehari mampu membantu mengukuhkan sistem imun badan, menghalang dan melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas serta membantu mengurangkan kesan parut pada kulit.


✓ Carotomax

Carotomax juga adalah suplimen yang mengukuhkan sistem imun badan serta melambatkan proses penuaan.

Ia jugak sangat membantu menghalang pembentukan sel-sel kanser serta membantu melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile, plaque, kulit kering, kulit gugur dan jerawat.


✓ Garlic Complex

Garlic Complex adalah antibiotik yang selamat dan semulajadi. 

Ia membantu meningkatkan sistem penghadaman selain turut meningkatkan sistem imun badan dan membantu menghalang penyakit berjangkit seperti selsema, kuman, kulat, virus dan yis candida.

Ia juga sangat membantu dan mampu menyingkirkan taksa dari tubuh dengan pantas. Raksa, plumbum dan kadmium adalah logam toksik yang akan menaikkan tekanan darah.


✓ Vivix

Selain 4 jenis suplimen di atas, VIVIX adalah yang paling 'power' dan berkesan.

Ia menyokong keempat-empat fungsi Vitamin C, Vitamin E, Carotomax atau nama gelarannya ACE serta Garlic Complex dengan membantu mengukuhkan sistem pertahanan badan dengan melindungi dari kerosakan sel. 

Setiap hari, setiap sel tubuh diserang berjuta serangan yang merosakkan sel DNA. Ramuan hebatnya VIVIX membantu menghalang serangan tersebut dan sekaligus melindungi sel.


Ambil langkah pencegahan dengan memastikan keselamatan semasa aktiviti di atas tanah mahupun air di luar rumah. Dapatkan juga suplimen untuk pertahanan dari dalam sebagai salah satu usaha.




Zam Zarina
Pengedar Shaklee Bandar Jengka,
Temerloh dan Jerantut, Pahang
ID : 1110934
Whatsapp : 012-3540262




You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina