PANTANG LARANG SEMASA BERPANTANG

Wah, ramai yang teruja dengan berita kelahiran bayi putera Charles bersama isterinya, Duchess Of Cambridge, Kate Middleton yang cantik jelita dan menawan tu, termasuklah KakZam sendiri, hihihi.


Meh KakZam belanja sikit video baby baru ni.






Biasalah kalau kaum kerabat atau selebriti ni, memang rakyat jelata akan bagi perhatian. Itu lumrah. 


Tak terkecuali, KakZam pun seronok tengok gambar-gambar menantu mendiang Lady Diana ni dengan bayi comelnya tu.


Cuma yang jadi isu, bila tengok si Kate ni keluar di pintu hospital melambai wartawan dan rakyat jelata dengan penampilan yang kurang sesuai dengan kebiasaan kita sebagai orang melayu yang penuh dengan pantang larang sejak nenek moyang kita lagi.


Bagi mereka, itu adalah perkara biasa.


Tetapi bagi kita di timur ni, sebaik sahaja melahirkan, kita dah start kena berpantang. Termasuklah cara berpakaian juga. Memang ada benarnya dan banyak manfaatnya pantang larang yang orang dulu-dulu amalkan. In fact, KakZam sendiri masih ikut dengan pantang larang dan apa yang mesti dan tak boleh dilakukan semasa berpantang.


KakZam ni sebenarnya bukanlah arif sangat pasal pantang larang semasa berpantang ni, tapi nak share jugaklah serba sikit apa yang KakZam tahu untuk pengetahuan kita bersama, insyaAllah.


PANTANG LARANG SEMASA BERPANTANG

Antara pantang larang atau perkara yang mesti kita lakukan sebaik melahirkan seperti kebiasaan kaum melayu adalah:


1. Berjalan dengan pergerakan yang sangat perlahan dan berhati-hati. 

Ini penting sebab selepas bersalin, kita berada di dalam keadaan yang sangat fragile.

Selepas melalui proses melahirkan yang sangat menyakitkan dan meletihkan, dan tentu kita kepenatan bukan? Logiknya, kenalah berjalan dengan perlahan-lahan dan sopan santun persis wanita melayu terakhir, eceh hahaha.

Yang sebenarnya, nenek moyang kita suruh berjalan perlahan tu sebab takut akan berlaku tumpah darah disebabkan luka bersalin yang masih sangat baru. Lagipun, ngeri kan nak jalan laju-laju lepas bersalin.


2. Pemakaian stokin dan baju berlengan panjang/sweater.

Ini penting sebab dibimbangi badan kita mudah masuk angin kalau tak berstokin. Bila badan dah masuk angin, bukan ke kita sendiri yang sakit? Kita sendiri jugak yang bertambah susah bila babyi pun berjangkit masuk angin jugak melalui susu badan. 

Betul tak?


3. Tidur tanpa bantal.

Tidur tanpa menggunakan bantal akan mengakibatkan ibu berpantang akan mengalami sakit kepala. I juga mungkin kerana darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke atas kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.


4. Duduk mencangkung.

Ini adalah antara salah satu pantang larang yang sangat-sangat perlu untuk diambil berat kerana rahim yang masih lemah akan mudah terkeluar jika ibu duduk mencangkung seterusnya boleh mengakibatkan tumpah darah.


5. Duduk di bangku semasa mandi.

Salah satu cara untuk menjaga kesihatan peranakan adalah dengan duduk di bangku sewaktu mandi. Dengan cara ini, ibu berpantang tidak akan banyak mengeluarkan tenaga kerana masih dlm keadaan yang masih sangat lemah.


6. Merapatkan kaki sewaktu tidur.

Untuk memastikan peranakan cepat sembuh, kaki mestilah dirapatkan semasa tidur dan tidak boleh mengiring kerana dikhuatiri peranakan akan mudah terkalih dan ini boleh menyebabkan peranakan lambat sembuh.


7. Tidak terlalu aktif.

Ibu yang baru sahaja bersalin seharusnya duduk diam di atas tempat tidur dan kurangkan terlalu banyak bergerak. Sebaiknya ada pembantu yang boleh membantu untuk menguruskan bayi dan hal-hal rumahtangga.

Adalah sangat penting untuk tidk terlalu aktif semas berpantang, terutamanya di awal waktu berpantang untuk memulihkan kembali tenaga yang telah banyak hilang semasa proses melahirkan supaya badan benar-benar dapat berehat.


8. Tidak boleh makan ubi-ubian.

Ibu di dalam pantang adalah sama sekali tidak dibenarkan untuk mengambil makanan dri jenis ubi-ubian seperti keledek, keladi dan ibu kayu kerana makanan ini akan mengganggu sistem pencernaan dan akan mudah terdedah kepada risiko kembung dan sakit perut.

Bayi yang menyusu dari ibunya paling mudah terkena kembung perut jika ibu tidak menitikberatkan soal pemakanan semasa berpantang dan menyusu.


9. Tidak boleh tidur sewaktu matahari naik.

Ibu berpantang tidak dibenarkan untuk tidur di waktu matahari naik kerana akan menyebabkan badan ibu bertambah lesu dan sakit-sakit. Sama juga seperti manusi normal, jika bangun lewat badan akan terasa lesu dan letih bukan?

Sebaiknya, ibu berpantang bangun lebih awal dan mandi kemudian berada di tepi tingkap untuk mendapatkan caaaya matahari.


10. Tidak boleh tidur atau keluar di waktu senja.

Waktu senja adalah waktu yang boleh dikategorikan sebagai antara waktu yang kritikal kerana ini adalah waktu syaitan berkeliaran dan jika diamalkan bleh menyebabkan fikiran terganggu seterusnya boleh menyebabkan penyakit gila.


11. Tidak boleh menjahit dqn membaca.

Ibu yang sedang berpantang diwajibkan untuk berehat sepenuhnya dan dilarang untuk menjahit atau membaca kerana keadaan ini akan menyebabkan badan menjadi semakin lemah dan mengakibatkan rabun sebelum waktunya.


12.Ibu jari kaki tidak boleh tersepak atau dipijak.

Sewaktu dalam waktu berpantang, ibu-ibu hendaklah menjaga ibu jarinya agar tidak tersepak apa-apa atau dipijak kerana dibimbangi boleh menyebabkan tumpah darah, pitam dan bentan.

Jika ini terjadi, ibu tersebut mestilah mulakan semula berpantang walaupun ketika itu tempoh berpantang sudah hari yang ke 40.


13. Cara mandi.

Daun pandan, daun mengkudu, daun kunyit, daun lengkuas, daun lemur, daun lempuyang dan limau purut di rebus bersama dan digunakan sebagai air mandian.

Cara mandi mestilah duduk di atas bangku untuk mengelakkan ibu terlalu banyak bergerak. 

Mandi setiap pagi dan petang selama paling minimum seminggu. Lebih lama adalah lebih baik kerana mandian menggunakan daun herba ini adalah sangat menyegarkan badan.


Amalan Lain Semasa Berpantang


  • Memakai baju tebal selain berstokin untuk mengelakkan 'masuk angin'.
  • Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin dan menjaga peranakan agar cepat sembuh.
  • Memakai selimut jika cuaca sejuk agar tidak masuk angin dan supaya badan terasa segar sewaktu bangun pagi.
  • Amalan bertungku juga sangat digalakkan semasa berpantang untuk mengecutkan batu meriyan dan mencairkan darah beku (jika ada) di dalam perut. Selain bertungku di perut, tapak kaki juga sangat selesa jika diletakkan batu tungku yang hangat tadi. Ia dapat membantu melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.
  • Minum pati kunyit juga sangat bagus untuk mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah kotor. Tetapi kepad ibu yang menyusu badan, jika ank didapati kuning/jaundis, elakkan dulu meminum pati kunyit ini kerana dibimbangi bacaan kuning bayi akan meningkat. Apabila bayi sudah benar-benar bebas dari jaundis, baru boleh minum.
  • Ikan yang mengndungi bisa seperti ikan keli tidak dibenarkan sama sekali bagi ibu berpantang kerana ia akan menyebabkan turun darah dan bentan. Antara ikan yang boleh diambil oleh ibu berpantang antaranya, ikan merah, gelama, kerisi, selar, selar kuning, tenggiri, salmon dan bilis.
  • Elakkan sayur-sayuran yang sejuk seperti kangkung, petola, terung dan cili kerana ia boleh menyebabkan kembung perut dan sakit-sakit badan.
  • Selain sayuran sejuk, terdapat beberapa jenis buah-buahan yang perlu dielakkan kerana bisa dan sejuk, antaranya adalah nanas, limau, buah lai, tembikai, jambu batu dan sebagainya kerana ia boleh menyebabkan ibu sakit badan selain bentan dan turun darah.


Vitamin Shaklee Untuk Ibu Berpantang

Pengedar Shaklee Pahang, Pengedar Shaklee Bandar Jengka, Pengedar Shaklee Jerantut, Pengedar Shaklee Temerloh



Testimoni Set Berpantang

Pengedar Shaklee Pahang, Pengedar Shaklee Bandar Jengka, Pengedar Shaklee Jerntut, Pengedar Shaklee Temerloh



Pengedar Shaklee Pahang, Pengedar Shaklee Bandar Jengka, Pengedar Shaklee Jerntut, Pengedar Shaklee Temerloh



You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina