CERITA KELAKAR PRODUK KURUS
Assalamualaikum
Di petang syahdu ni, tiba-tiba je teringat kisah 6 bulan lepas. Mak telefon bagi tau ada jiran dekat-dekat rumah suruh datang rumah dia. Hati ni memang terasa tak sedap. Macam ada something tak kena je.
Serius cakap, teragak-agak nak pergi rumah makcik tu. Lama jugak berfikir-fikir nak pergi atau tak. Tapi, mana tau penting kan. Jadi akhirnya pergi jugak laa.
Sampai je depan rumah, nampak satu family ni dah nak balik. penuh jugak satu kereta diorang ni. Tetiba anak tuan rumah jerit pada sorang makcik dalam kereta tu, "makcik kejap! Ni laa akak tu" dengan tangan dia tunjuk tepat kat aku.
Hai, dah kenapa pulak dengan aku? Apa pulak kes aku dengan makcik dalam kereta tu?
Makcik tu pun cepat-cepat keluar semula dari kereta yang baru nak gerak balik tu. Semua orang pun keluar dari dari kereta yang dah macam sardin tu.
Dengan muka yang macam tak berapa nak puas hati, agaknya dah lama sangat kot tunggu, keh keh keh, dia menyapa "oh, ni laa kaklong ye?"
Terus kami pun masuk dalam rumah. Tuan rumah dah memang ada dalam rumah. Sebelum apa-apa, baik cari tuan rumah dulu. Alaa, dah biasa dengan makcik tuan rumah ni, so selamber aje laa.
Masuk je dalam rumah, ternampak kotak dan botol ubat kurus yang boleh tahan glamernya atas meja makan. "Allah!! Kena dah aku hari ni!" Mula laa rasa menyesal sangat sebab datang rumah dia ni. Menyesal yang sesungguhnya. Tapi apakan daya, dah sampai pun. Hadap aje laa dengan penuh rasa sabar. huhuhu. Patutlah rasa berat je monggong ni nak keluar rumah tadi.
Bila bicara dimulakan, memang tepat. Dugaanku benar belaka. Memang dia ambik kotak dengan botol tadi terus tunjuk pada aku. Dengan penuh semangat makcik tu cerita pasal produk kurus tu. Dalam kepala ni, ligat memikir macam mana nak 'lepaskan diri'.
Makcik tuan rumah tu kata, dia yang cadangkan pada makcik tetamu tu suruh kenalkan produk pada saya sebab dia tahu saya jenis yang suka meniaga. Makcik tu takde facebook, jadi sebab tu laa dia tak tau kita ni niaga apa. Waaa!!! Jumpa dia pun jarang sangat sebab dia jarang keluar rumah, sibuk jaga cucu-cucu.
Dipendekkan cerita, idea pun dah datang. So cakap je laa kat makcik-makcik tu dengan budiman, "saya dah join pun benda ni mokcik eh, dengan saing ore kelate." Dalam hati Tuhan je tau berdebarnya sebab dah menipu. Takde niat pun sebenarnya, tapi sebab rasa terpaksa.
Kita ni jenis yang tak mudah nak percaya dengan sebarangan produk. Dah kenal pulak dengan shaklee yang dah terbukti memang selamat. Itupun lama kemain buat research pasal shaklee ni, tak nak tertipu punya pasal.
Dengan hampa dan kecewa, makcik tu pun jawab, "hoo...dah joing, takpo laa kala gitu." Terus dia minta diri nak balik. Masuklah semula makcik tu ke dalam kereta dengan penuh ahli keluarga dia yang ramai tu. Tak tau ke mana pulak destinasi diorang yang seterusnya.
Kalau dari awal cakap tak minat tadi, agak-agaknya boleh 'lepas' ke tak ye? Harus rasanya ada adegan pujuk memujuk. huhuhu
Tak apalah, biar sesal dahulu, jangan sesal kemudian. Tak berguna nanti. Betul kan? :)
Korang kalau nak cari produk yang betul, carilah yang selamat dan terbukti keberkesanannya dengan sokongan dari pihak ketiga, yakni pihak luar dari syarikat itu sendiri. Macam shaklee :)
Mana nak cari shaklee? Whatsapp je saya oke 012-3540262
0 comments