BEKERJA DI PEJABAT VS BEKERJA DARI RUMAH

Bekerja sama ada di pejabat atau dari rumah, keduanya tetap memerlukan disiplin dan komitmen yang tinggi.


Assalamualaikum wbth.

Duit bukanlah segala-galanya. Tetapi segala-galanya memerlukan duit. Siapa setuju sila angkat tangan. 

Zaman yang semakin canggih dan moden ini semakin membuatkan kita merasa pentingnya wang dalam kegunaan seharian. Baik buak perbelanjaan seharian mahupun sebagai simpanan buat masa akan datang. 

Bagi kaum wanita pula, bekerja juga sangat penting demi mencari rezeki setelah berpenat lelah semasa belajar tinggi dulu. Ini masanya untuk membalas semula pengorbanan ibu bapa. 

Bagi yang telah berkahwin pula, bekerja sangat penting demi membantu meringankan beban suami. Demi memastikan kewangan keluarga mencukupi dan memenuhi keperluan anak-anak.

Walaupun terpaksa berkorban perasaan meninggalkan anak-anak berada di dalam jagaan orang lain. Kalau ada ibu yang sudi tolong jagakan anak-anak, itu lebih baik. 

Tetapi, tetap korbankan waktu meninggalkan anak-anak demi mencari sesuap nasi. Rezeki yang halal.

Mungkin ada ibu-ibu yang bekerja pernah terfikir, sampai bila nak kerja makan gaji? Sampai bila nak tinggalkan anak-anak 10 jam sehari? Semestinya hati sangat berat dan risaukan anak-anak bukan? 


Hati gundah gulana memikirkan anak-anak yang ditinggalkan demi mencari rezeki yang halal.

Bagaimana waktu makannya? Bagaimana waktu balik sekolahnya? Bagaimana waktu transit ke taska, nak ke sekolah agama pulak sebelah petangnya? 

Semua ni wajib akan sentiasa berputar-putar dalam kotak fikiran ibu-ibu walaupun sedang bekerja. Jasad saja berada di pejabat, tangan nampak saja sedang bekerja. Hakikatnya, hati dan perasaan sedang bergelut memikirkan nasib anak-anak yang terpaksa ditinggalkan. Terpaksa berdikari sendiri.

Waktu sedang menyiapkan entri ni, hati saya sendiri berkecamuk mengingat kembali suatu waktu dulu saya pernah berdepan situasi sama. Sedih rasanya 😢

Panjang pulak celoteh saya 😅

Baiklah. Ada solusinya bagi ibu-ibu yang menghadapi masalah serupa. Baca tajuk pun mesti ramai yang fikir, berhenti kerja dan mula berniaga kan? 

Tidak semestinya. Boleh mulakan berniaga kecil-kecilan secara part time. Zaman sekarang ni dah macam-macam bisnes yang boleh kita buat sambil bekerja. 

Sebagai contoh :-

1. Jual nasi lemak / set makan tengahari.

Sekarang dah banyak peniaga online yang ambil tempahan dan hantar terus ke pejabat mengikut pesanan.

Macam mana nak buat? Mudah. Bermula dengan mengambil pesanan rakan sepejabat, buat mengikut jumlah pesanan sahaja. Jangan sesekali melebihi pesanan yang diterima. Kalau tak habis kan dah rugi. 

Kat sini dah boleh dapatkan pendapatan sampingan kan? Walaupun sikit, tapi kalau hari-hari kita dapat pesanan, dah boleh buat tabungan kan? 

Kalau dah makin berkembang dan maju, serta pendapatan dah boleh atasi segala masalah kewangan atau melebihi gaji bulanan, so dah boleh fikir untuk resign bukan? 

2. Cuba jual kain pasang atau apa sahaja yang boleh dijual. Pelanggan awal mungkin saja dari kalangan rakan sepejabat. Kenal pasti dulu sasaran pelanggan. 

Pelanggan perempuan pasti sukakan kain pasang, jubah, shawl dan sebagainya.

Pelanggan lelaki pula pasti sukakan aksesori kereta. 

3. Dropship.

Dropship adalah salah satu bisnes yang paling selamat untuk dicuba. Ini kerana ia tidak memerlukan modal dan tak perlu untuk menyimpan stok. 

Mungkin ada yang memerlukan pambayaran sebagai komitmen. Tetapi jika ia dibuat dengan bersungguh-sungguh, bayaran komitmen tadi akan menjadi sangat berbaloi.

Apalagi zaman sekarang dah boleh berbisnes secara online. Semuanya akan menjadi lebih mudah. 

Suka saya kongsikan, salah satu cabang bisnes dropship adalah bisnes SHAKLEE. Ramai ibu-ibu bekerja yang menjalankan bisnes shaklee secara sambilan sewaktu bekerja.



Jangan salah faham pula yang mereka mencuri masa bekerja di pejabat untuk melakukan bisnes SHAKLEE tersebut. 

Mereka ini melakukannya dengan meng-update blog awal-awal di rumah. Up status di facebook dan juga di instagram. Waktu di pejabat pula adalah waktu untuk menumpukan perhatian kepada pekerjaan hakiki. 

Waktu terbaik untuk beralih fokus kepada bisnes sambilan tadi adalah semasa waktu makan tengahari, tea time dan sebagainya. 

Waktu ini harus digunakan dengan sehabis baik untuk follow up pelanggan, update status dan juga entri blog. Idea yang tiba-tiba datang, note down supaya mudah untuk kita jadikan bahan untuk update blog semasa di rumah nanti. 

Nak berhenti kerja?? Ooppss...pastikan bisnes anda mantap terlebih dulu sebelum memikirkan untuk terus bersara. Ye, tak kisah apa saja jenis bisnes pun. 



Setakat ni sajalah dulu. Nanti uolls boring pulak 😁😁

Oh ye, jikalau ada yang berminat nak vitamin atau berbisnes SHAKLEE, boleh hubungi saya. InsyaAllah anda akan dibimbing oleh group yang sangat berpengalaman dalam bisnes ini.

Assalamualaikum wbth. 

Zam (ID 1110934)
012-3540262

You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina