Kurap!! Masalah Kulit Yang Berbahaya!!!

Tinea corporis atau kurap adalah sejenis penyakit kulit yang disebabkan jangkitan sejenis kulat yang dipanggil dermatophyte.

Selain daripada menjangkiti kulit, kulat ini juga boleh menjangkiti kuku dan rambut.

Jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan sama ada dengan manusia atau haiwan yang berkurap atau dengan sebarang objek yang mempunyai kulat di atasnya (fomites).

Ia juga boleh berjangkit secara autoinokulasi iaitu jangkitan daripada kawasan lain pada tubuh individu yang sama. Contohnya, berjangkit di bahagian tangan atau badan akibat digaru dengan kuku jari yang dijangkiti kulat.

Keadaan kulit yang sentiasa lembap akibat pemakaian baju yang diperbuat daripada fabrik yang tidak menyerap peluh atau iklim yang lembap dan panas menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan kurap.


Gejala Dan Tanda

Apabila diamati dengan mata kasar, kulit yang berkurap mempunyai plak kemerah-merahan yang bersisik dan kadang-kala terdapat bintik-bintik merah atau bisul-bisul halus di sekelilingnya. Tanpa rawatan, plak ini boleh membesar dan adakalanya akan membentuk gelang kemerah-merahan di sekelilingnya.

Rupa bentuk seperti gelang inilah yang menyebabkan ia juga dikenali sebagai ‘ringworm’ walaupun sebenarnya penyakit ini tidak ada kena mengena dengan jangkitan cacing. Kurap boleh menjangkiti mana-mana bahagian tubuh termasuklah bahagian lipat badan dan kawasan-kawasanyang sering berpeluh dan tertutup seperti di punggung, peha, perut dan sebagainya.

Jangkitan juga boleh dikenalpasti dengan menggunakan berberapa teknik penyiasatan seperti kaedah skin scraping dan kultur kulat. Untuk melakukan skin scraping, kulit berpenyakit akan dikikis di bahagian sempadannya untuk mendapatkan sisik-sisik kulit. Bahan kikisan tadi akan diletakkan ke dalam titisan cecair potassium hydroxide di atas slaid kaca dan terus diamati menerusi mikroskop untuk mengecam kulat tersebut.

Kaedah kultur pula melibatkan penghantaran bahan kikisan dripada kulit ke makmal dan ia akan dikulturkan di dalam media kultur khas. Selepas beberapa hari, jenis koloni yang tumbuh dapat dikenal pasti.

 
Kanak-kanak juga tidak terkecuali dari dijangkiti penyakit kurap
Gambar-gambar di atas menunjukkan tompok-tompok merah, bersisik dan mempunyai sempadan yang jelas di badan seorang pesakit yang menghidap penyakit kurap yang serius.


Komplikasi

Kadang-kala proses mengenal pasti kurap tidaklah semudah yang disangka. Masalah ini boleh berlaku kerana kurap boleh menyerupai pelbagai penyakit kulit yang lain seperti psoriasis, discoid, eczema, urticria, Bowen’s disease, kusta, sifilis sekunder dan sebagainya.

Sekiranya plak kurap telah disapu dengan krim yang mengandungi steroid terlebih dahulu, rupanya boleh berubah dn ini menyukarkan proses mengenal pasti. Kurap seperti ini dipanggil tinea incognito.


Penyakit-penyakit yang mirip kurap :

Bowen's Disease

Discoid Eczema


Leprosy


Psoriasis


Supplemen Shaklee Yang Dicadangkan


B Complex

Membantu dalam pembinaan sel-sel baru.

Membantu meredakan alahan / alergik dengan fungsi detoksifikasinya.

Membantu membina dan merangsang peredaran darah.

Membantu dalam mencegah jangkitan akibat kurap dan mempercepat penyembuhan luka dan keradangan.


Sustained Release Vita C

Membantu dalam pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dn kasar.

Sebagai antioksidan yang kuat yang mampu meningkatkan interferon semulajadi dalam tubuh.

Membantu mengukukuhkan sistem imun dan membuang kimia berbahaya dalam tubuh dengan berkesan.

Membantu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah.


Alfalfa

Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, membuang toksin dari badan dan mencantikkan kulit.

Membantu mengawal alahan dengan memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap dan bau badan dengan berkesan.

Membantu menyingkirkan lemak dan kolestrol. Hanya alfalfa yang mengandungi saponin (seperti span) yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

Membantu memperbaiki kanser dan membuang tumor.


Nutriferon

Merupakan satu-satunya interferon semulajadi di dunia.

Membantu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan sistem tubuh.

Membantu mengimbangi respon alergi persekitaran dan pencemaran udara.

Membantu mekindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob termasuk selsema, flu, alergi, lnflamasi dan influenza.

Membantu mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman.



Bagi kesan yang lebih baik, anda disarankan mengambil ESP (Energizing Soy Protein) dan Vitamin E.


Sebarang pertanyaan mengenai produk, cara pengambilan yang betul, mahupun pendaftaran keahlian, sila hubungi saya. Anda akan dibimbing selama mana anda mendapatkannya dari saya.




Anda juga boleh melakukan pembelian secara online. Sila klik ORDER untuk terus membuat pesanan.


COD sekitar Jengka, Jerantut, Temerloh dan pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

iR Zam Zarina 
Shaklee Independent Distributor : 1110934
call/sms/whatsapp : 012-3540262
zamzarinay@gmail.com



Sila kunjungi dan like fb page saya di www.facebook.com/Rahsia.Sihat.Alami



 *Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, mencegah dan merawat sebarang jenis penyakit. 

You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina