makan secara sihat
tua sebelum usia
TUA SEBELUM USIA
Assalamualaikum wbth
Hari ni saja nak share kisah saya dan 'tua sebelum usia'.
Sebenarnya bukan kisah saya sendiri. Tapi kisah ni bagi saya agak tragik secara peribadi. Ye laa, bab tua tua ni kan sensitf sangat bagi orang perempuan macam saya ni.
Alkisahnya, hari ni temankan suami nak renew ssm dia. Sebelum keluar bandar, kami jalan-jalan dulu ke pekan sehari. Kalau orang kampung atau felda, memang dah biasa sangat dengan term pekan sehari ni atau lebih biasa disebut sebagai 'pekan sari'.
Jalan punya jalan sambil cuci mata, terserempak dengan kawan baik saya yang sebenarnya umur dia sebaya dengan adik saya, 32 tahun. Dia ni badan memang gempal. Kalau nak dibandingkan dengan waktu zaman sekolah, dia memang cantik. Kulit putih, pinggang kerengga.
Tapi entah macam mana, sejak zaman dia bercinta membawak ke zaman berkahwin, memang suami dia manjakan sangat dia dengan makanan segera. Kfc, mcdonalds, ayam goreng pasar malam. Sebut je, pasti suami dia belikan.
Sayang seribu kali sayang, sayang suami dia pada saya tak bertempat. Sampai badan dia makin lama makin kembang. Makin nampak 'pendek'.
Bayangkan saja masa dia mengandung anak kedua, tak ramai yang tahu dia sedang mengandung. Masa dia mengandung anak sulung, kami belum berjiran.
Sambung balik cerita awal tadi. Lepas sembang sembang, kami bawak haluan masing-masing mencari keperluan masing-masing. Kami laki bini dok pakat tengok tengok je sebab ada hal lain lepas ni.
Dalam pada dok tengok tengok tu, suami saya dok komplen je pasal kawan saya tadi tu. Tak habis habis dia kata yang dia terkejut sangat tengok muka orang tu dekat dekat.
"Kenapa muka dia nampak tua sangat? Sedangkan dia lagi muda dari sayang?"
Sekejap sekejap dia ulang soalan sama. Sekejap sekejap dia dok cakap terkejut tengok betapa kawan saya tu nampak sangat tuanya.
Saya nak cakap apa lagi. Yang rasional pada saya masa soalan bertubi-tubi tu cuma, "orang gemuk ni memang mudah sangat nampak tua bang ooi!"
Sebenarnya bila diingat-ingat semula, kawan saya ni memang jenis tak menjaga penampilan sangat. Asal cukup makan (makan lagi), cukuplah. Dan dia bukanlah jenis surirumah yang suka melawa melaram.
Dengan cerita dari mulut dia sendiri, dalam peti ais kat rumah, memang lengkap air gas bermacam perisa. Memang wajib ada stok untuk anak beranak. Patutlah anak dia pun montel. Cara makan pun ikut style mak.
Cerita saya nak kongsi ni bukan nak aibkan dia, tapi sebagai peringatan buat diri saya sendiri dan kita semua.
Bagi saya makan memang penting, tapi lebih penting kita tau apa yang patut kita makan. Sangat penting bagi kita orang perempuan terutamanya menjaga pemakanan dan cara hidup yang lebih sihat. Semuanya demi kesejahteraan keluarga bukan?
Cuba bayangkan kalau satu hari nanti kita terlentang sakit akibat tak jaga diet (pemakanan), dengan anak kecik yang perlukan perhatian 24 jam. Dengan urisan rumahtangga terabai. Allahuakbar!! Seram nak membayangkannya.
Pesan saya, jagalah cara pemakanan kita. Cubalah kawal nafsu makan yang melampau-lampau. Sesekali mungkin tak mengapa, cuma jangan dijadikan kebiasaan.
Cuba juga tambah diet kita dengam pengambilan suplimen yang bersesuaian supaya badan sentiasa mendapat nutrisi yang diperlukan.
Gemuk bukan tak ohsem, cuma banyak mengundang pelbagai penyakit. Biar berat badan dan tinggi seimbang dan tubuh sentiasa sihat.
Maaf andai ada yang terasa dengan entri saya kali ni. 10 jari saya susun mohon kemaafan. Tujuan saya cuma nak berkongsi dan kita semua hidup dalam keadaan sihat sejahtera tanpa ada sebarang penyakit.
Andai ada yang nak bertanya tentang suplimen kesihatan, boleh je terus hubungi saya di 012-3540262. InsyaAllah akan saya bantu.
0 comments