BISNES ONLINE DROPSHIP PALING SENANG DAN TANPA MODAL

Saya ni memang jenis suka meniaga. Macam bisnes yang saya dah pernah buat. Sampai laa keadaan ekonomi yang agak gawat dan masa tu ter-misscarriage tahun lepas, encik seben dah tak bagi meniaga lagi dah.

Tapi bila dia tengok bisnes shaklee yang saya buat ni, dia diam je. Sebab dah tak keluar sana sini angkut barang berat berat macam dulu. Siap support lagi masukkan wifi kat rumah. Tq abang 😘

Kenapa saya suka sangat dengan bisnes shaklee ni?



1. TAK KELUAR MODAL 1 SEN PUN. Tak sama dengan bisnes sebelum sebelum ni, inilah bisnes yang saya paling suka sebab saya tak payah nak pening kepala cari modal buat start meniaga.

Ada laa fee sikit dulu masa join member. Tu pun sebab mula mula beli set kurus dulu nak harga ahli, nak jimat. Almaklumlah, ekonomi goyang, bajet ciput pulak tu 😅

2. DROPSHIP PALING MUDAH. Lepas tergerak hati nak buat bisnes shaklee ni, baru laa saya perasan, senang weh bisnes ni. Macam dropship lain lain tu. Promot promot je. Ada orang beli nanti, dapat laa komisyen, alaa bonus yang dapat tiap tiap tengah bulan tu laa.

Tapi, ahli yang sah aje laa yang dapat bonus tu. hehe. Sebab nak promot ni pun bukan main taram je. Nak kena ada ilmu. Nak kena tau jugak apa kebendanya yang kita promot tu. Takde laa nanti timbul kes, makan suplimen tapi tak kurus pun, tak cantik pun, tak sihat pun.

Kak NAB temankan mama check up 20w. Siap pesan nak ponteng sekolah semata-mata nak teman ke klinik. Orang eksaited nak dapat adik, gitu laa.


3. PALING SELAMAT. Saya ni jenis penakut nak makan vitamin sembarangan. Sebab dah pernah terkena dulu. Pakai krim konon konon nak kulit cantik. End up, jadi melecet pedih sakit ya amat. Menyesal tak sudah. Berdosa sangat rasanya sebab dah buat khianat pada anggota badan sendiri.

Sebab tu badan ni terbiar gemuk lama tak cari 'ubat'. Takut punya pasal laa tu.

4. LANDMARK STUDY. Bila dah kenal betul betul dengan shaklee ni, barulah saya tau, rupanya shaklee ni je satu-satunya company yang berani mati bagi orang luar buat kajian ke atas setiap produknya.

Dah siap nanti, resultnya diwar-warkan pulak kepada umum walaupun hasilnya tak menyebelahi shaklee tu sendiri. Tapi depa ni tak takut. Orang kata berani kerana benar kan. Memang terbukti semua produk depa ni selamat kepada manusia. Dah yang nak guna pun manusia kan 😅

5. BIMBINGAN. Orang kata nak meniaga kena ilmu kan. Baik dari segi produk dan juga sistemnya. Saya suka dengan geng shaklee yang tak kedekut ilmu ni. Kalau tak paham je, terus cari mak shaklee. Kalau tak paham lagi, nenek dengan onyang shaklee pun boleh tolong. Sideline pun sama murah hati share ilmu 😘

Tadi kata asben tak bagi keluar kan? Sekarang kan dah canggih. Contact tru wasap je. Kelas pun tru online, messenger, webinar. Macam tu jugak laa kekdahnya bila meeting. Mudah kan?

Lagipun, bukan terus tak boleh keluar ke mana mana. Cuma untuk keperluan yang penting sahaja termasuklah pergi pos vitamin, cod vitamin ataupun jumpa customer yang perlukan konsultasi saya.

Meredah hujan bersama anak-anak menghantar vitamin untuk customer.


5. SAHABAT DUNIA AKHIRAT. Apa yang saya naaaak sangaaaat dalam bisnes shaklee ni. Part paling best. Saya dapat sahabat dunia akhirat yang selalu ingatkan sesama kami supaya sentiasa letakkan akhirat di hati, barulah dunia dalam genggaman.

Dengan depa ni saya perasan yang makin hari, makin saya boleh control baran dalam diri ni. Kalau tak, asyik nak melenting je. Nak kena telan bcompleks sokmo ni 😂

Last but not least, tadi kata makan shaklee nak kurus kan? hihi...mula mula dulu memang makan sebab nak kurus, tapi sebab nak tambah baby lepas frust tahun lepas tu, ambik pulak set subur. Dah kurus, barulah mudah nak lekat. Alhamdulillah, tahun depan kami nak sambut orang baru. Kak NAB laa paling hepi. Ke mana mana dia jadi bodyguard.

Ambik kesempatan bergambar dengan Kak NAB, anak dara kesayangan ni. Venue : kenduri kawen jiran sebelah rumah mak.


Bagi yang terinspirasi dengan perkongsian saya dan berminat nak mulakan bisnes online dropship yang paling senang dan tanpa modal ni, boleh contact saya di 012-3540262.

InsyaAllah kita sama-sama belajar untuk memajukan bisnes masing-masing demi memperbaiki ekonomi keluarga.


Salam sayang,

Mama Zam & Kak NAB

You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina