RAHIM LEMAH MUNGKIN PUNCA MUDAH BERLAKUNYA KEGUGURAN.

Terbaca pengalaman seseorang yang sedih dan kecewa dengan keguguran yang kerap dialaminya di laman media sosial, KakZam tertarik nak keluarkan artikel tentang pengalaman KakZam sendiri yang pernah keguguran sebanyak 3 kali sebelum ni.




Ya, kehilangan anak walaupun masih di dalam kandungan memang sangat menyedihkan, apalagi jika kehadiran cahaya mata tersebut sudah lama diidamkan-idamkan kedatangannya.

Pertama kali keguguran seawal lebih kurang setelah hampir 5 bulan kami diijabkabulkan. Waktu tu, kandungan KakZam baru berusia lebih kurang 2 bulan setengah.

Seingat KakZam, malam sebelum keguguran kami makan beramai-ramai dengan ipar duai bagi meraikan menantu sulung belah suami yang tak lama lagi bakal melahirkan anak sulung mereka.

Malam tu, memang KakZam makan 'bersungguh-sungguh'. Manakan tidak, makanan semuanya sedap-sedap belaka; seafood termasuklah ketam kegemaran KakZam tu pun ada sekali.

Apatah lagi bila adik ipar yang belanja, bertambah-tambah sedap pulak rasanya semua makanan yang terhidang 😜

Dipendekkan cerita, keesokkan pagi sewaktu bangun pagi untuk bersiap-siap berangkat ke tempat kerja, KakZam bleeding. Masakan mengandung boleh period? Itu yang KakZam fikir masa tu.

Bimbang dengan kandungan, KakZam dan suami cepat-cepat ke klinik. Menurut hasil pemeriksaan doktor, katanya tak mungkin kandungan KakZam sudah 2 bulan setengah kerana menurut hasil scan, janin baru berusia seminggu!!

Allah...bagaikan kepala dihempap batu besar mendengar ucapan doktor. Terasa sesuatu yang buruk bakal berlaku.

Bagai mengerti perasaan KakZam yang jelas kelihatan pada air muka, doktor cepat-cepat menafikan rasa hati KakZam. 

"Jangan risau. Jangan fikir awak akan keguguran atau apa pun."

MasyaAllah...bertambah gundah dan sedih mendengarkan itu. Hati KakZam bertambah galau. Pulanglah kami dengan hati yang terpaksa pasrah dengan apa pun yang bakal terjadi selepas ini.

Memang dah tertulis yang rezeki itu belum menjadi milik kami. Keesokan harinya KakZam mengalami pendarahan yang lebih banyak dan menyakitkan. 

Rasa sakitnya serupa dengan rasa sakit senggugut, tetapi lebih kuat sakitnya dari senggugut biasa dengan contraction 5 minit sekali. Allahuakbar!!

Rupanya begitulah rasa sakit melahirkan yang KakZam tak pernah tahu sebelum ni. Malah KakZam fikir yang KakZam sedang sakit senggugut. 

Bergegas pulak kami ke hospital Selayang, dengan pemeriksaan yang merimaskan waktu tu ('check jalan'), KakZam rasa cukup terseksa.

Doktor cuma cakap, "jangan bimbanglah. Takde apa ni."

Malam berikutnya, sewaktu sedang bersiap-siap untuk tidur, sah KakZam keguguran!  

Rupanya, Allah berikan kami rezeki yang lain pula. Tidak lama selepas keguguran, KakZam kembali mengandung. Bermacam simptom yang KakZam alami tetapi masih belum menyedarinya.

Kali kedua keguguran semasa kami struggle ingin mendapatkan zuriat selepas dua kali berjaya melahirkan anak (Abg Ridzman dan KakNAB).

Kisahnya lebih kurang sama seperti kejadian dulu. Belum pun usia kandungan menginjak 3 bulan, KakZam keguguran lagi.

Keguguran kali ketiga tidak lama selepas yang kedua. 

Kali ni memang silap KakZam sendiri. Waktu tu tengah seronok berniaga makanan di uptown Bandar Jengka. Sewaktu terasa seperti ada kelainan pada fizikal, suami dah pesan untuk berhenti berniaga memandangkan KakZam terpaksa angkat barang-barang berat.

Tapi KakZam degil. Untuk meringankan beban kerja, KakZam sanggup upah pembantu untuk mengelakkan dari mengangkat barang berat.

Nak dijadikan cerita, rezeki tidak berpihak kepada kami. Selang sehari selepas hari terakhir berniaga ni bazar ramadhan, sekali lagi KakZam bleeding. 

Waktu tu kandungan hampir 3 bulan. Keesokan malam, kakzam sekali lagi mengalami contraction sama seperti keguguran jali pertama dan kedua dulu. 

Sepanjang malam berjuang menahan kesakitan dan akhirnya, menjelang subuh, sakit tersebut hilang. Penat dengan kesakitan, KakZam bangun pagi agak lewat, 9.30 pagi. 

Sejurus bangun, KakZam terus menuju ke tandas untuk buang air kecil. Saat itulah janin keluar, oh Tuhan, semoga ujian ini menguatkan hati hamba-Mu ini ya Allah. 

Saat itu, KakZam nekad untuk ikhtiar mendapatkan lagi zuriat walau seorang. KakZam usahakan berurut untuk pastikan rahim berada dalam keadaan yang baik.

Hasil sentuhan mak bidan, rahim KakZam rupanya lemah dan keadaannya agak jatuh ke bawah. Sebab itu kandungan mudah keguguran.

Bila dah tau punca, KakZam rasa lebih bersyukur sebab bermacam cara penyelesaian yang ada untuk membantu. Antaranya, urutan dengan mak bidan tadi untuk menaikkan rahim kepada kedudukan yang betul.

Antara gambar kenangan yang paling suka tengok sebab Hanna ni susah nak senyum tiap kali mama shoot.


Tak ketinggalan, KakZam amalkan jugak set kesuburan shaklee, antaranya adalah ESP, ALFALFA COMPLEX, GLA COMPLEX, B COMPLEX, VITAMIN C dan VITA-LEA.

Tak ketinggalan, sebagai melengkapkan usaha kami, KakZam amalkan juga pengambilan VIVIX memandangkan banyak testimoni yang berjaya hamil dengannya, insyaAllah.

KISAH SET KESUBURAN SHAKLEE

Sebenarnya, inilah rahsia kehamilan KakZam, juga sahabat baik yang juga merangkap jiran dan downline KakZam sendiri. Cer klik link di atas untuk kisah selanjutnya. 

Juga jangan lupa baca Artikel ni, bagaimana luka bersalin cepat sembuh untuk rujukan kemudian hari.


Gambar kenang-kenangan yang akan menjadi pengubat rindu childhood BabyHanna bersama sahabatnya, Afiah yang juga hasil usaha dengan set kesuburan shaklee, insyaAllah. 


Alhamdulillah, kakzam selamat melahirkan seorang lagi puteri comel yang sangat dinantikan, Nurul Hanna Aryanee Binti Mohd. Ridzuan.

Rasanya, cukuplah dengan 3 zuriat ni. Rasa macam nak pencen dah 😝 cuma Abg Ridzman pulak mintak nak adik lelaki pulak dah >_<


3 permata hati KakZam yang tercinta.


Inilah keluarga kecil KakZam. 


Oh ye, dialu-alukan buat sesiapa yang ada masalah sama untuk sebarang pertanyaan. InsyAllah KakZam sedia menjawab mana yang mampu :)

Ikhlas, 

KakZam
Mama anak 3
Pernah 3 kali keguguran
012-354-0262

You Might Also Like

2 comments

  1. dulu pernah dengar cerita kawan keguguran, kesian sangat bila dengar. Baca cerita akak lagi. Alhamdulillah datang rezeki baru :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mendengar pun sedih, apatah lagi yg mengalaminya sendiri. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

      Delete

Catatan Zam Zarina