KISAH BABYHANNA DENGAN HFMD YANG TIDAK PASTI


  • Hampir seminggu yang lepas, BabyHanna dijangkiti bintik-bintik merah yang agak ganjil pada pandangan mata kami suami isteri.


Asalnya KakZam perasan bintik-bintik merah tu sewaktu nak mandikan Hanna waktu pagi. Seluruh badan dan kakinya memang penuh dengan bintik merah tersebut. Manakala muka agak kurang, alhamdulillah.

Bab anak, memang agak gelabah dan panik sikit kami ni. Terus pergi ke klinik desa untuk check.


Pengedar shaklee Pahang
Sewaktu menunggu giliran dipanggil nurse di klinik desa. KakNAB memang ceria asalkan ada mama dan Hanna.


Kebetulan nak jadi rezeki, pagi tu ada nurse dari klinik Jengka 8 datang untuk rutin tugas. Kata-kata nurse buat hati KakZam bimbang sangat.


Pengedar shaklee Pahang
Hati ibu mana yang tidak bimbang dengan kesihatan anak-anak, apatah lagi jika anak tersebut masih terlalu kecil.


"Macam tanda-tanda chicken pop ni Kaklong" katanya.

Allah...janganlah Kau duga Hanna yang sekecil ni Ya Allah, dalam hati KakZam merintih.

"Ada baiknya kalau Kaklong pergi jumpa doktor" tambah dia lagi.

KakZam pun apa lagi, dengan anak sulung yang masih berpantang sunat masa tu, mujurlah dah hampir seminggu jugak waktu tu, KakZam tinggalkan dia di rumah mertua yang kebetulan waktu tu sepupu dia, Fazli juga sedang berpantang sunat waktu tu juga ada di situ. 

KakNAB pun nak stay takmo ikut, nak jaga abang katanya. Mungkin jugak sebab ada ramai sepupu kot masa tu, jadi dia rasa seronok nak tinggal. Kalau tidak, memang ke sana ke mari tak tinggal mama dan adik ke mana-mana. 

KakZam ambik keputusan untuk pecut ke klinik swasta memandangkan hasil yang kurang memuaskan setiap kali ke klinik gomen. Lagipun, KakZam tak nak menunggu lama dengan jumlah pesakit yang biasanya memang ramai menanti giliran untuk bertemu dengan doktor.

Sampai di klinik, hampir saja klinik tutup sebab waktu masa tu pun dah hampir jam 12 tengahari.

Mujur jugak kenal baik dengan staff kat situ, alhamdulillah mereka masih menerima pendaftaran kami.

Hasil pemeriksaan doktor, katanya ini bukan simptom chicken pox, tapi lebih kepada HFMD atau bahasa mudahnya, penyakit kaki tangan dan mulut.

Penyakit ni memang mudah menjangkiti kanak-kanak memandangkan sistem imun mereka masih sangat lemah dibandingkan orang dewasa.

Allah...bertambah bimbang hati ibu ni. 

Tapi menurut doktor, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana bintik merah tersebut akan hilang dengan sendirinya dalam tempoh 7 hingga ke 10 hari.

Allah...bagi KakZam itu suatu jangka masa yang terlalu lama buat anak sekecil Hanna yang belum pun menginjak umur 10 bulan.

Doktor cuma bekalkan ubat demam memandangkan Hanna demam malam tadi dan badannya masih dedar sehingga ke siang.

Dalam perjalanan balik, apa yang paling KakZam risaukan, Hanna pasti terseksa dengan kesan gatal akibat bintik merah itu nanti.


Pengedar Shaklee Pahang
Bintik-bintik merah tumbuh dengan banyak pada seluruh badan terutamanya pada bahagian kaki BabyHanna. Tiub Herbal Blend yang memang menunggu masa untuk di'licinkan', KakZam gunting untuk memudahkan proses menyapukanna pada kulit Hanna.

Apa nak buat ni? Stok nutriferon dah lama habis. Tapi mujur jugak Hanna masih menyusu badan sepenuhnya, kalau tidak susah jugak nak bagi makan suplimen. 

KakZam terus ON megadose Vitamin C, Alfalfa Complex dan antibiotik semulajadi, Garlic Complex, selain ubat demam yang doktor bekalkan.

Selain tu, KakZam mandikan dia dengan air campuran BasicH, every single day dan sapukan seluruh badannya dengan Herbal Blend setiap kali selepas mandi.



Pengedar Shaklee Pahang
Skrinshot dari facebook, Hanna sedang berendam dengan basicH dengan ceria.


Syukur, atas izin Allah bintik-bintik merah tu kurang dengan cepat, tak seperti yang doktor cakap (7 hingga ke 10 hari). Leganya hati ibu ni, cuma Allah saja yang tahu. 

Alhamdulillah.

You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina