Kesihatan
MITOS DAN FAKTA ANTIBIOTIK
Selalunya kalau demam mesti doktor bagi antibiotik sebagai ubat untuk cepat sembuh kan?
Disebabkan ini, ramai yang beranggapan bahawa antibiotik adalah ubat yang sangat penting untuk menyembuhkan segala penyakit.
Fahami antibiotik |
Tapi, tahukah anda jika kita mengambil antibiotik tanpa alasan yang kuat, ia akan menyebabkan bakteria menjadi lebih kebal kerana sudah terbiasa dengannya.
Jadi tak hairanlah jika terdapat banyak mitos mengenai antibiotik yang dipercayai dikalangan masyarakat.
1. Antibiotik Ubat Segala Penyakit - MITOS!
Kebanyakan pesakit akan mengambil antibiotik apabila demam atau sakit. Padahal bukan semua penyakit memerlukan antibiotik unuk kesembuhan.
Jadi, sebaiknya pengambilan antibiotik dilakukan atas nasihat dan pantauan dari doktor sahaja untuk mengelakkan kesan yang tidak baik.
2. Antibiotik Membunuh Jangkitan Virus - MITOS!
Antibiotik sebenarnya hanya berkesan terhadap jangkitan bakteria tetapi tidak bekerja ketika virus menyerang.
Pengambilan antibiotik tanpa mengetahui penyebabnya hanya akan membuakan masalah semakin memburuk.
3. Penggunaan Antibiotik Akan Mengurangkan Jumlah Kuman Bahaya - MITOS!
Antibiotik berfungsi untuk menentang jangkitan bakteria. Tetapi AWAS! Jika mengambil terlalu banyak antibiotik, ia akan menjadikan kuman menjadi kebal (resistant) terhadap ubat.
4. Antibiotik Menimbulkan Kesan Sampingan - FAKTA
Terlalu kerap mengambil antibiotik tanpa nasihat dan pantauan oleh doktor akan menimbulkan pelbagai kesan sampingan.
Ia sebenarnya boleh dihindari dengan mendapatkan pandangan dari doktor terleboh dahulu.
5. Antibiotik Berkesan Menyembuhkan Demam 'Flu' - MITOS!
Kajian menunjukkan bahawa antibiotik tidak berkesan untuk menyembuhkan batuk yang disebabkan oleh jangkitan flu biasa.
Jadi, apa yang seharusnya kita lakukan ketika demam atau sakit?
Doktor lebih berpengalaman mengenai antibiotik dan perubatan. Sebaiknya ikuti nasihat dan saranan mereka kerana ia akan mengurangkan banyak risiko dan kesan sampingan yang negatif buat kesihatan kita sendiri.
Kredit :
Dr. Rizal
Pakar perubatan HTF Perlis
Apakah ada cadangan untuk pengambilan makanan tambahan seperti suplimen untuk memastikan tubuh sentiasa sihat dan mengelakkan dari mudah sakit atau demam?
Ya, pasti ada.
Pengambilan suplimen yang semulajadi lebih selamat dan terjamin. |
Suka KakZam cadangkan agar mengambil suplimen yang selamat dan semulajadi untuk perlindungan imuniti. KLIK SINI
0 comments