ADAKAH FIBROID MENGGANGGU KESUBURAN DAN KEHAMILAN?

Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, terutamanya pada lapisan otot.

Kedudukan fibroid pada rahim.


Rahim mempunyai 3 lapisan. Lapisan paling iar adalah lapisan nipis yang dinamakan serosa. 

Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat kelahiran sebelum bersalon, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala.

Walau bagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.

Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid.

Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh  dan keluar bersama-sama dengan darah haid.

Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel ari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan kain-lain.

Biasanya campuran ini dinamakan 'darah kotor.' Sebenarnya darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan tadi.


Gambaran rahim yang normal dengan rahim yang tidak normal (ada ketumbuhan fibroid).



Mengapa Dan Bagaimana Fibroid Terjadi?

Persoalan mengapa seseorang wanita menghidap fibroid sering bermain-main di fikiran ramai orang, apatah lagi bagi penghidap dan keluarganya.

Punca bagi penyakit ini sebenarnya tidaklah diketahui dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang.

Terdapat satu kajian menunjukkan bahawa lebih kurang 25% daripada kaum wanita, sebelum meninggal dunia akan menghidapi fibroid pada rahimnya. 

Tetapi tidak semua wanita ini mendapatkan rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid tidak menimbulkan sebarang tanda atau mengganggu kesihatan. 

Ada yang berpendapat bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau berkahwin lambat dan juga wanita yang telah berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak.

Fibroid sering ditemui dikalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Disamping ketumbuhan fibroid, wanita ini juga menghidapi penyakit endometriosis, sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan pelbagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.

Mana yang timbul terlebih dahulu, sama ada fibroid atau masalah ketidaksuburan tidak dapat kenal pasti. 

Bagaimanapun, apa yang nyata adalah masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid.

Walaupun demikian, wanita yang pernah hamil dan melahirkan juga tetap berisiko menghidap penyakit fibroid. Selalu kita lihat dikalangan wanita menjangkau umur 30-an atau 40-an dan setelah anak-anak semakin membesar, mereka mendapati sukar untul kembali hamil.

Malah setelah bertahun-tahun selepas itu mereka mengalami pelbagai masalah serta gangguan haid . Setelah pemeriksaan dilakukan, ternyata mereka mengalami ketumbuhan fibroid.


Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon.

Ada pendapat yang mengatakan bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. 

Wanita mempunyai2 jenis hormon iaitu estrogen dan progesteron. Kebiasaannya estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas selepas telur dikeluarkan. Iaitu 2 minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang.

Oleh itu, keadaan ini adalah tidak seimbang. Terutamanya jika terlalu banyak estrogen dan progesteron yang tidak mencukupi di dalam tubuh seseorang wanita, boleh menimbulkan pelbagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahin serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan. 

Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segalanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak pada otak.

Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan paras estrogen serta progesteron dengan mudah akan terganggu.

Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pafa rahim serta endometriosis sering berlaku pada wanita moden, terutamanya wanita berkerjaya.

Tiada bukti yang menunjukkan bahawa ketumbuha fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.

Ketahui risiko akibat FIBROID


Gejala Fibroid.

Fibroid mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah. Ia hanya tumbuh secara senyap tanpa menimbulkan gejala atau tanda serta tidak menimbulkan masalah kesihatan pada kaum wanita.

Walaupun begitu, pemeriksaan masih tetap perlu diambil untuk memastikan jika fibroid wujud.

Oleh kerana tidak semua menimbulkan masalah, jika ia kecil dan tidak menimbulkan sebarang tanda atau gejala, kadang-kala ia tidak memerlukan rawatan langsung.

Berbeza dengan wanita yang sedang putus haid, paras estrogen akan jatuh ke tahap yang sangat rendah dan dengan sendirinya rahim akan menguncup dan ketumbuhan juga anak mengecut dengan sendirinya.


Gangguan Haid.

Tanda yang paling biasa bagi ketumbuhan fibroid adalah gangguan haid. Pendarahan yang banyak dan berpanjangan juga adalah antara tanda-tanda gangguan yang boleh menjejaskan kesihatan.

Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang banyak dan menyebabkan seseorang wanita itu mengalami kekurangan darah (anemia). Keadaan ini boleh membahayakan kesihatannya.

Bagi wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan berketul-ketul pula, sebaiknya mereka menjalani pemeriksaan dan jika didapati menghidap fibroid, rawatan terbaik adalah secara pembedahan.

Walaubagaimanapun, gangguan haid jenis ini adalah sakit ketika haid atau lebih dikenali sebagai senggugut dan juga haid yang tidak teratur  dan hanya menitis sedikit-sedikit sahaja, dan tidak tentu waktunya. 

Setiap wanita terutamanya mereka yang berumur 40-an yang mengalami masalah gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan doktor pakar sakit puan.


Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan.


Fibroid boleh menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan dikalangan wanita.

Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin atau tidak mengandung selepas berkahwin dengan tempoh yang agak lam, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor untuk mengesan sama ada mengalami masalah ketumbuhan fibroid pada rahim.

Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung. Ini kerana masih terdapat wanita yang mempunyai ketumbuhan fibroid masih boleh mengandung.

Tetapi, antara risiko yang boleh timbul akibat fibroid itu sendiri adalah keguguran dan kelahiran pra-matang selain masalah kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang, melintang atau sebagainya.

Adakalanya ia menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan terlaku besar dan menghalang kepala bayi turun ke rongga punggung. Wanita hamil yang menghidap fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid menjadi tegang dan tertekan. 

Selain itu, ia mengalami proses perubahan yang dinamakan degenerasi. Inilah yang menyebabkan kesakitan bagi wanita hamil dengan fibroid pada rahim.


Fibroid Boleh Menekan Pundi Kencing.

Pundi kencing terletak sebelah-menyebelah dengan rahim, iaitu terletak di hadapan rahim. Oleh sebab itu, jika ada sebarang ketumbuhan, maka pundi kencing akan tertekan.

Ketika kehamilan, pundi kencing juga tertekan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.

Akibatnya, wanita tersebut akan sering mengalami masalah kencing seperti kerap berasa hendak kencing, dan tidak berupaya menahan kencing. 

Ada juga yang tidak mampu menahan kencing apabila terbatuk atau bersin disebabkan tekanan oleh ketumbuhan fibroid ke atas pundi kencing. 

Wanita dalam umur 40-an yang mengalami masalah kencing disarankan untuk membuat pemeriksaan pada peranakannya kerana berkemungkinan ia adalah disebabkan oleh ketumbuhan fibroid. 


Fibroid Dan Kekenduran Rahim (Prolaps).

Fibroid kadang-kala menyebabkan prolaps atau kekenduran pada rahim. 

Bagi wanita yang telah putus haid dan mengalami kekenduran rahim selepas beberapa kali melahirkan, khususnya mereka yang sukar untuk melahirkan, perlu dibantu dengan alat khas seperti forsep atau vakum.

Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika ada ketumbuhan fibroid. Maka, pembedahan adalah cara bersalin yang sewajarnya.


Adakah Fibroid Perlu Dirawat?

Seperti yang dinyatakan tadi, bagi wanita yang telah putus haid, fibroid akan mencerut degan sendirinya akibat dari kehahisan hormon estrogen. Bagi golongan ini, pembedahan tidak lagi diperlukam manakala rawatan tidak lagi menjadi keutamaan. 


"Setakat ini, masih belum ada rawatan yang menggunakan ubat yang boleh mengecutkan fibroid. Tetapi ada kemungkinan ramuan tradisional seperti akar kayu atau daun-daun yang mempunyai kesan, terutamanya terhadap rahim yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid. Bidang ini masih terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid, saya percaya kemungkinan akan menjadi satu penemuan yang luar biasa."


Fibroid Dirawat Secara Pembedahan.

Rawatan yang khusus bagi fibroid terutamanya yang sar serta menimbulkan masalah seperti kesakitan, gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti gangguan kencing ataupun menyebabkan rahim turun ke bawah (prolaps) adalah dengan cara pembedahan.

Beberapa perkara penting perlu diambil kira sebelum doktor memilih tentang jenis dan edah pembedahan. Perkara penting adalah sama ada wanita tersebut mahu melahirkan anak lagi atau tidak dan kedua sama ada pesakit mengalami kekenduran rahim (prolaps) atau tidak.

Bagi wanita muda yang masih berkeinginan untuk melahirkan dan mereka ngalami masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan melalui perut di mana ketumbuhan fibroid sahaja yang perlu dibuang. 

Pembedahan ini dinamakan myomektomi. Myoma adalah nama bagi ketumbuhan fibroid. Oleh itu, pembedahan tersebut dinamakan myomektomi.

Pembedahan untuk membuang ketumbuhan fibroid atau myomektomi adakalanya menimbulkan masalah jangka panjang  di mana fibroid berisiko untuk tumbuh semula dan menimbulkan gejala kesihatan yang akhirnya mungkin memerlukan 1 lagi pembedahan di mana ahim dan ketumbuhan tersebut perlu dibuang sekaligus.


Pembedahan Membuang Rahim (Hysterektomi).

Pembedahan yang mutlak bagi wanita yang menghidap ketumbuhan fibroid khususnya bagi mereka yang merancang untuk tidak lagi hamil dan melahirkan adalah pembedahan hysterektomi. 

Pembedahan ini dianggap sebagai satu pembedahan besar dan kebiasaannya pesakit perlu tinggal di hospital selama seminggu. Pembedan ini memerlukan lebih kurang sebulan setengah untuk pulih seperti sedia kala.


Kecantikan Dan Fungsi Seksual Dipengaruhi Oleh Hormon.

Kecantikan dan fungsi seksual lebih dipengaruhi oleh hormon estrogen yang dikeluarkan oleh kilang ovari. Biasanya, dalam pembedahan hysterektomi, kedua-dua ovari akan dikekalkan walaupun pesakit telah melebihi umur 40 tahun kerana kilang ini penting untuk mengekalkan kecantikan, sifat-sifat kewanitaan dan juga melindungi kesihatan pesakit itu sendiri.

Hubungan seksual antara suami isteri selepas hysterektomi biasanya tidak akan terjejas, malahan menjadi lebih baik kerana tidak berisiko mengalami pendarahan yang tidak teratur serta berpanjangan.

Pesakit juga akan menghadapi hidup yang lebih selesa tanpa gangguan haid yang luar biasa. 


Vaginal Hysterectomy

Fibroid yang wujud bersama dengan prolaps biasanya dirawat dengan pembedahan melalui saluran faraj. Ini bermakna tiada kesan parut akan wujud pada kulit perut.

Disamping kekenduran pada saluran faraj dapat diperbaiki dengan mengukuhkan otot-otot yang menyokong lantai punggung dan saluran peranakan. Kaedah pembedahan ini dinamakan vaginal hysterectomy. 

Pesakit akan lebih selesa dalam hubungan seksual mereka selepas pembedahan ini kerana jika ada kelonggaran berlaku pada saluran faraj, ia akan apat diatasi dengan pembedahan untuk membetulkan saluran, disamping otot-otot sekeliling rahim menjadi lebih kukuh.

Sumber : pmr.penerangan.gov.my

You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina