Assalamualaikum wbt.
Dulu-dulu masa bujang dan beranak 1, KakZam memang bekerja. Tapi sejak mengandung anak kedua, KakZam mula 'banyak fikir' tentang meninggalkan anak bersama pengasuh.
Bukan tak percaya (ada jugak sebenarnya rasa tak percaya tu), tapi nak anak tu ada depan mata 24 jam.
Dari segi keselamatan, yes KakZam akui, rasa lebih selamat kalau anak tu sentiasa berada dalam jagaan sendiri.
Kedua, KakZam tak nak ketinggalan 1 detik pun setiap perkembangan anak-anak. Kalau boleh nak rekod je semua perkembangan anak-anak tu. Dapatlah tengok balik bila dah tua tua nanti.
Bukan tak teringin nak kerja, nak sangat. Tapi, eh takkan Nak ulang lagi benda kat atas tu, hihi.
Bekerja sendiri pun KakZam pernah buat jugak yang mana KakZam berniaga. Tapi tetap KakZam kena tinggalkan jugak diorang, kali ni dengan nenek diorang.
Sama jugak. Still rasa kehilangan.
Akhirnya, keputusan nekad yang KakZam ambik, duduk rumah je laa.
Tapi at the end, KakZam rindu nak bekerja. Nak ada duit sendiri. KakZam try berniaga secara online. Yeay, kali ni KakZan dah tak payah susah susah nak tinggalkan anak anak dah.
Sukanya!!!
Cuma kena tahan mental dan emosi dengan sangat banyak. Kerenah anak anak, tau je laa kan. Bila mak diorang ada, mengadanya lain macam.
Ingat mudah ke nak kerja dari rumah dengan 3 anak yang sedang membesar ni? Huh, kalau tak tahan mental, fizikal memang out. Memang tak payah berangan nak niaga online ke, offline ke.
KakZam tak kata KakZam pandai. Sebab tu KakZam keluarkan entry ni. Bila bila rasa lost, senang KakZam nak 'masuk track' semula. Entry ni pun salah satu tools KakZam bila rasa-rasa macam out of control, hahaha.
Apa yang mesti kita buat bila bekerja sendiri di/dari rumah aka office kita di rumah? Oke, ni yang KakZam buat.
1. To-Do-List
To-do-list ni sangat penting kalau nak kerja kita kita seharian tu berjalan lancar. Memang betul, selalunya kita memang takkan dapat ikut to-do-list tu 100%.
Tapi at least kita ada guidance apa nak dibuat untuk sepanjang hari tu dengan tugas lain sebagai fulltime housewife dan mak orang dalam masa yang sama.
2. Libatkan Anak-anak Bersama Dalam Urusan Kerja.
"Mengacau betul laa korang ni!"
Haa, itulah Kakzam most of the time, bekeng..hahahaha
Anak-anak terutamanya yang paling kecik memang perlikan perhatian lebih. Bukannya tak boleh pun dia nak layan tv tengok upin ipin atau omar hanna tu.
Tapi 'kartun' hidup depan dia ni lagi penting dari kartun kartun dalam tv tu. Walaupun dia boleh je nak layan, tapi mama dia ni lagi penting. Lagi bagus kalau boleh temankan dia depan tv, tengok sama-sama.
Nak tak nak, terpaksa layankan. Haa, masa tengah layan layan tu laa KakZam pecut jari buat marketing, taip entry panjang berjela, follow up customer.
Memang tough sikit laa kerjanya, tapi kalau nak tunggu dia tido, alamatnya berkarat laa idea yang tengah segar bugar tu..hihi.
Jadinya, KakZam catat dulu idea yang ada dalam kepala ni.
Abang kakak dia memang dah boleh harap. Boleh dimintak tolong jagakan adik tu, tapi jangan haraplah nak lama-lama.
Adik tu bukan boleh mamanya hilang dari radar mata dia...hihihi
1 lagi, bila bila keluar untuk urusan hantar atau pengeposan barang, memang KakZam angkut semua 3 beradik tu.
After all, inilah masanya nak bawak diorang keluar ambik angin. Sambil-sambil tu bawak diorang makan, belikan jajan atau mainan sebagai upah.
Lagipun, memang niat kita bekerja untuk diorang jugak kan =)
3. Maximize kan Penggunaan Telefon Bimbit.
Walaupun bekerja sendiri di/dari rumah, KakZam ada office sendiri. Takde laa sebesar macam office masa bekerja makan gaji dulu, cukuplah ruang kecik dengan meja.
Alhamdulillah selesa.
Cumanya, masa tu bukan hak milik total KakZam sorang. Jadi nak bertenggek depan laptop 8 to 5 tu memang mustahil laa, ahaks.
Jadi apa yang KakZam buat, KakZam maksimakan penggunaan henfon sebaik mungkin.
Kalau ikutkan memang tak selesa, lebih mudah guna laptop untuk update blog. Tapi, kena pandai adapt dengan tugasan hakiki sebagai mak mak ni.
Bukan mengadap facebook je kejenya. Hahaha.
Manfaatkan penggunaan telefon pintar semaksima ngkin untuk menjana pendapatan. |
4. Gunakan Masa Sebaiknya.
Tak mudah bekerja sendiri sambil jaga. Jadinya, pandai-pandailah gunakan masa yang ada sebaik-baiknya.
Kadang-kadang kalau nak buat kerja, anak kacau, anak ajak bermain, anak tantrum dan sebagainya.
Biasalah tu, anak kecik memang nakkan perhatian mak ayahnya. Kita laa yang kena bijak uruskan masa dengan baik.
Masa anak tidur selepas penat bermain, iniah masanya ibu beraksi. Nak masak ke, atau masak sambil update blog sambil follow up customer.
Terpulang, asalkan selesa dan kerja berjalan dengan baik.
5. Berkorban Masa.
Selain waktu terluang atau curi-curi masa bekerja semasa menjaga anak, kadang-kadang KakZam korbankan masa rehat dan tidur untuk bekerja selepas anak-anak tidur malam.
Kadang-kadang selepas jam 12 baru start kerja. Tapi tak tentu jugak. Sebab macam KakZam sendiri, idea menulis tu datang ikut hati dia.
Bukan macam sesetengah kawan Kakzam yang idea datang dalam jam 2, 3 pagi. Idea KakZam datang bergantung kepada keadaan.
Kadang-kadang ia datang bila KakZam terbaca artikel surat khabar atau blog. Kadang-kadang ia datang bila KakZam ternampak apa-apa situasi depan mata atau apa saja, bergantung kepada keadaan semasa.
Seperti contoh, artikel ni KakZam tulis lepas baca artikel blog sorang sahabat maya pasal tips pengurusan masa seorang ibu bergelar blogger. BACA SINI.
Baiklah. Cukup dulu 5 point buat masa ni. Anak kecik KakZam, BabyHanna dah celik nak mengempeng. Kalau ada yang nak sumbang idea tambahkan point KakZam ni, dialu-alukan sangat.
Hehe, idea KakZam kurang nak mari kalau anak-anak mintak perhatian >_○ hahahaha
Oh ye, jikalau ada yang nak belajar jana income melalui blog atau bekerja dari rumah, boleh contact KakZam 012-3540262 ye. Cikgu Zam ajarkan :)
0 comments