MIMPI NGERI BERPANTANG DITEMANI SEMBELIT AKHIRNYA BERAKHIR DENGAN PRODUK YANG TEPAT

Masalah ibu-ibu setiap kali berpantang yang paling digeruni adalah semestinya sembelit. Hampir kesemua ibu berpantang akan mengalami masalah sembelit. 

Sembelit sewaktu berpantang adalah mimpi ngeri bagi setiap wanita.


Tak terkecuali KakZam, dua kali berpantang (anak sulung dan kedua) adalah sangat mengerikan, tambah-tambah lagi sewaktu berpantang anak kedua, sembelit menjadi semakin teruk. 

Bayangkan KakZam terperuk di dalam tandas berjam-jam lamanya sambil menangis menahan sakit dan takut. Takut luka jahitan terbuka. Takut tak mampu untuk 'membuang'. Pelbagai rasa takut menusuk masuk. 

Saat bahagia menanti kelahiran anak ketiga.


KakZam sedih dan tertekan. Sangat-sangat tertekan! Malu, tak kurang juga takut nak bercerita. Takut nanti bermacam petua orang sekeliling beri yang KakZam tak mungkin sanggup nak cuba dek kerana takut
akan kesannya yang belum tentu menjadi.

Ye, mungkin trauma barangkali.

Sampai suatu tahap, KakZam berazam tak mau lagi beranak. Takut punya pasal. Sighs.

BabyHanna dipelukan abangnya, Ridzman. 


Sampailah suatu hari KakZam diperkenalkan oleh seseorang untuk mencuba Ostematrix. Nampaknya impian nak tambah orang baru lepas 2 kali keguguran makin menggebu. 

Sejurus lepas bersalin, terus teringat pasal sembelit. Allahuakbar, permudahkanlah segalanya. 

Alhamdulillah, lepas hari kedua bersalin, KakZam dah 'membuang'. Nak dibandingkan sebelum-sebelum ni, hari ketujuh atau lebih dari seminggu barulah KakZam menjengah tandas.

Syukur, KakZam tak lagi mengalami sembelit yang sangat-sangat KakZam takutkan tu..syukur sangat-sangat. Alhamdulillah. 

Dengan pengambilan 4 biji Ostematrix setiap malam sebelum tidur, KakZam pasti dapat 'membuang' dengan selesa keesokan paginya. Kandungan magnesiumnya memudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus.

Rupa-rupanya, 1 tablet ostematrix bersamaan dengan segelas susu dan juga bersamaan dengan 80 biji badam. Patutlah ramai yang cakap diorang dah jarang sakit belakang (sebab menyusu) lepas amalkan ostematrix ni. Ada kalsium jugak rupanya. 

Kalau nak tau, ostematrix ni banyak lagi khasiat dan manfaatnya. Ia sangat membantu bagi orang ada masalah seperti berikut :-

1. Gastrik
2. Migrain (sakit kepala)
3. Buasir
4. Sakit senggugut (period pain)
5. Osteoporosis 
6. Sembelit
7. Sakit gigi dan gusi
8. Kekejangan
9. Sakit lutut

Banyak lagi kalau nak disenaraikan. Cuma nak ceritanya yang KakZam memang amalkan ostematrix ni sejak merancang untuk hamil (TTC) lagi. Semasa mengandung, semasa berpantang dan sampai sekarang sewaktu menyusukan baby. Pendek kata, ostematrix ni memang peneman terbaik KakZam dan semua wanita. 

Oh ye, sekarang ni KakZam dah jarang sakit belakang badan sebab menyusukan baby. Berbeza sangat dengan masa menyusukan anak sulung dan kedua. Lagi-lagi masa menyusu waktu tidur malam. Kalau tak betul cara, seharian laa sakit belakang tu jawabnya.

Disokong pulak dengan SET MENYUSU yang lengkap, alhamdulillah perjalanan cerita KakZam menyusukan anak ketiga ni sangat membahagiakan. Langsung tak sama dengan pengalaman lepas-lepas yang sangat-sangat mengecewakan..sobs

Leganya rasa dapat mencurah perasaan. Semoga perkongsian ni memberi manfaat buat yang membaca. KakZam pasti ramai yang senasib dengan KakZam. Tapi disebabkan isu ni sangat sensitif, ramai yang berdiam diri dan membiarkan saja derita mimpi ngeri ni tak berkesudahan.

Jangan malu jangan segan. Whatsapp KakZam 012-3540262 untuk luahan rasa. Meh kita sembang untuk kurangkan beban ditanggung. Semoga hilang rasa beban di hati tu.

Salam sayang, KakZam. 

You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina