ANGGUR DAN MANFAATNYA

"Daripada buah tamar dan anggur jualah kamu menjadikan minuman haram dan rezeki (makanan dan minuman) yang baik (halal) daripadanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda ( yang membuktikan kekuasaan Allah swt) bagi orang-orang yang mahu menggunakan akalnya."


Info Anggur

Anggur atau nama saintifiknya, vitis vinifera digunakan secara meluas dalam perubatan sebagai sumber antioksidan, merawat selsema, melegakan otot badan dan otak, penyakit berkaitan dengan perut, memberikan kesan penyejukan pada badan, batuk, sakit buah pinggang dan pundi kencing, gangguan hati dan paru-paru, gigitan anjing, menghilangkan keletihan serta membersihkan wajah serta merawat kanser.

Walaupun anggur tidak tergolong dalam golongan makanan sunnah, tetapi ia adalah salah satu daripada buah-buahan yang disebut di dalam Al-Quran. Terdapat banyak ayat tentangnya seperti di dalam surah Al-An'am (ayat 99), surah Al-Ra'd (ayat 4), surah Al-Nahli (ayat 11 dan 68) serta surah Al-Kahfi (ayat 32).


Firman Allah yang bermaksud :

"Dia juga menumbuhkan bagi amu tanaman, pokok zaitun, kurma, anggur dan segala jenis buah melalui hujan tersebut. Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah swt) bagi kamu yang mahu berfikir."

(Surah Al-Nahl 16:11)


Juga Firman Allah :

"Sesungguhnya bagi orang yang bertakwa tempat kemenangan (iaitu syurga dan bebas dari neraka), iaitu taman-taman (yang mempunyai sungai serta pokok yang berbuah lebat) dan anggur."

(Surah Al-Naba' 78:31-32)


Anggur memounyai sejarahnya yang lama dan sangat banyak. Semasa tamadun Rom dan Yunani purba, anggur dihormati dan dipuja kerana kegunaannya dalam pembuatan wain. 

Pada masa kini, terdapat 3 spesies utama anggur iaitu anggur Eropah (vitis venifera), anggur Amerika Utara (vitis labrusca) dan anggur Muscadine (vitis rotundifolia).


Vitis Venifera

Berasal dari kawasan Mediterranean dan terdapat lebih 5000 jenis. Terdapat 3 jenis warna iaitu hijau, merah dan ungu kehitaman. Dimakan segar, diproses untuk mebuat wain, atau dikeringkan untuk dijadikan kismis.


Buah anggur mengandungi pelbagai unsur zat makanan seperti vitamin, mineral, karbohidrat, fitokimia dan serat yang boleh dimakan. 

Polifenol adalah fitokimia yang paling penting dalam anggur kerana polifenol memiliki banyak aktiviti biologi dan faedah-faedah yang boleh meningkatkan kesihatan.

Sebatian fenolik meliputi antosianin, flavanol, flavonol, stilbene (resveratrol) asid fenolik.


Firman Allah lagi :

"Kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur serta Kami pancarkan beberapa mata air padanya."

(Surah Yaasin 36:34)



ANTOSIANIN

Antosianin ialah pigmen dan kebanyakannya terdapat pada kulit anggur. Ianya adalah polifenik utama dalam anggur merah, manakali flaven-3-ol lebih banyak terdapat dalam anggur jenis putih. Anggur ialah tumbuhan yang kaya dengan fenol dan fenolik-fenolik ini kebanyakannya terdapat di dalam kulit, batang, daun dan biji anggur, berbanding bahagian tengahnya yang berjus.



Vitis Labrusca

Berasal dari timur Amerika Utara. KUlitnya mudah tanggal apabila diperah. Berwarna ungu gelap kehitaman apabila matang dan sesuai dalam pembuatan wain kerana aromanya yang harum.


FAEDAH KESIHATAN ANGGUR BUAT MANUSIA

Baru-baru ini, minat yang semakin meningkat terhadap sebatian fenolik daripada buah anggur telah ditumpukan kepada aktiviti biologinya yang berkaitan dengan faedah-faedah bagi kesihatan manusia seperti antioksidan, kardioprotektif, ciri-ciri antikanser, antikeradangan, antipenuaan dan antimikrob.

Bioaktiviti sebatian fenolik yang ketara daripada anggur mebuatkan ciri-ciri antioksidatif telah dikaji dengan meluas, termasuklah pemerangkapan radikal bebas, perencatan pengoksidaan lipid dan pengurangan pembentukan hidroperoksida.

Aktiviti-aktiviti antioksidan bagi ekstrak anggur dan juga produk-produknya telah dikaji dengan meluas dalam biologi atau sistem makanan yang berbeza.

Ekstrak daripada anggur dan produk-produknya boleh mengurangkan tekanan oksidatif bagi sistem biologi dan mencegah kerosakan makanan.


KELEBIHAN DAN MANFAAT ANGGUR

Ketika anggur masak sepenunya, anggur akan mempunyai agen antioksidan yang tinggi. Anggur yang masak ialah anggur yang berisi dan tidak berkedut keaadan kulitnya.

Justeru, pilihlah anggur dengan melihat kepada warnanya bagi memastikan kemanisannya. Kemanisan anggur hijau pula dapat dipastikan dengan melihat warna hijau yang hampir kekuningan. Anggur merah pula manis tatkala ia benar-benar merah.

Terdapat banyak kelebihan yang boleh didapati daripada buah anggur intu sendiri. Antaranya ialah komponen fenolik yang boleh diperoleh daripada biji anggur iaitu asid galik (+)-katekin, epikatekin, prosianidin dimer dan proantosianidin.

Kulit juga boleh menghasilkan proantosianidin, asid elagik, mirisetin, kuersetin, kaempferol dan trans-resveratrol.


Vitis Rotundifolia

Anggur Muscadin ini berasal dari Selatan Amerika Utara, sesuai dengan iklim panas dan lembap, berwarna ungu gelap hitam apabila matang. Juga digunakan dalam membuat wain, jus dan jeli. Juga merupakan salah satu anggur yang tinggi nilai komersial dalam bidang kesihatan dan antara yang termahal.

Cerita Anggur Muscadine
Komponen fenolik yang boleh diperoleh daripada daun seperti mirisetin, asid elagik, kaempferol, kuersetin dan asid galik manakala daripada batang pula adalah rutin, kuersetin, 3-O-glukuronid, trans-resveratrol dan astilbin.

Terdapat pelbagai sumber daripada anggur dan produk-produknya yang boleh diekstrak aktiviti antioksidan, antaranya biji anggur yang mampu menurunkan kadar LDL teroksida dalam plasma.

Jus yang diperbuat daripada anggur juga mampu mengurangkan tekanan oksidatif dalam serum.Wain merah boleh memberikan perlindungan daripada pengoksidaan Saccharomyces cerevisiae yang dirangsang oleh hidrogen peroksida.

Wain anggur pula pula boleh melindungi hamster hyperkolesterolemik melawan pengumpulan jalur lemak aortik. Minuman buah-buahan (anggur+oren+aprikot) pula berupaya melindungi sistem mitokondria dan antioksidan daripada tekanan oksidati ang dirangsang oleh hidrogen peroksida.

Aktiviti antioksidan yang boleh didapati daripada biji anggur kisar yang dinyahlemak adalah menguruskan tekanan oksidatif yang dirangsang oleh bahan kimia adriamisi antikanser.

Ekstrak biji anggur pula digunakan untuk pengawetan isi ikan dan minyak. Pati serat anggur putih mampu menghasilkan antipengoksidaan bagi asid lemak politaktepu dalam minyak.

Sebenarnya anggur merupakan sebahagian daripada keluarga beri yang telah digunakan lebih daripada 2000 tahun dan boleh dimakan sebagai buah segar. 

Sebahagian besar anggur digunakan untuk membuat kismis di USA yang tumbuh di California. Daerah ini mempunyai iklim yang bagus untuk penanaman anggur kerana iklimnya yang sesuai. 


Rujukan : Indahnya Pemakanan Dan Perubatan Islam keluaran Telaga Biru.

You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina