ANGGUR UNIK DENGAN 1001 KHASIAT


Pernah dengar tentang anggur unik yang berbeza daripada anggur yang biasa kita makan?

Satu-satunya anggur yang berbeza dari anggur-anggur lain yang biasa kita makan adalah anggur liar MUSCADINE. Ianya mempunyai kromosom yang lebih berbeza dengan anggur lain. Kalau anggur lain ada cuma 19 kromosom, ia ada 20. 

Anggur Muscadine



Dalam pada keunikan kromosom dan jugak saiznya yang sebesar bola golf, ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol yang sangat bermanfaat kepada kesihatan manusia.



Selain mengandungi asid ellagik yang berkepekatan tinggi, satu phyto-nutrient yang tidak terdapat dalam anggur lain menunjukkan ia mempunyai ciri ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti-virus dan anti-bakteria.

Dengan harganya yang sangat mahal, tak ramai yang mampu untuk menikmati anggur yang sukar didapati ini. Tetapi dengan adanya kandungan anggur ini di dalam vivix keluaran shaklee, kini lebih ramai yang mampu untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik.

Diperkaya dengan 3 jenis lagi sumber tumbuhan yang kaya anti-oksidan, menjadikan vivix sangat tinggi nilainya dikalangan mereka yang memerlukannya demi kesihatan yang berpanjangan.




CERITA ANGGUR MUSCADINE




DIET TINGGI SERAT DAN PENGURUSAN BERAT BADAN

Sama macam makanan rendah kalori yang lain, anggur muscadine boleh membantu untuk kita mendapat dan mengekalkan berat badan yang sihat. Anggur Muscadine kaya dengan serat dan air iaitu dua kandungan yang membantu membuatkan kita rasa kenyang tanpa menambah kalori.






Serat larut dalam anggur muscadine membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Dengan pengambilan anggur muscadine dan buah-buahan segar yang lain setiap kali kita teringin nak makan makanan manis juga boleh membantu mengelakkan daripada makan makanan yang tinggi kalori (daripada gula tambahan). Pengambilan gula tambahan yang berlebihan akan menyebabkan kegemukan, tekanan darah tinggi dan paras kolestrol tidak sihat.






PENGHADAMAN

Anggur Muscadine ialah sumber diet terbaik untuk serat. 35 biji anggur muscadine memberikan 105 kalori dan 7 gram serat. Dengan biji yang boleh dimakan dan kulit yang tebal, anggur muscadine memang tinggi dengan kandungan serat laut, bahan yang membantu penghadaman dan mencegah sembelit, haemorrhoids dan diverticulitis. Serat dalam sebiji anggur muscadine bersamaan dengan serat yang terkandung dalam 5 biji anggur tanpa biji yang biasa. Jadi ia sangat baik untuk penghadaman.






ANTI-OKSIDAN DAN TINGKATKAN SISTEM IMUN

Satu kajian yang diterbitkan dalam "Journal of Agricultural and Food Chemistry" mendapati bahawa anggur muscadine adalah sumber terbaik ellagic acid. Ellagic acid mampu menyekat penghasilan sel kanser (menurut American Institute of Cancer Research). Anggur muscadine juga mengandungi 2 kali ganda lebih vitamin C. Hidangan 35 biji anggur muscadine memberikan 14 miligram anti-oksidan atau 23% nilai harian yang dicadangkan untuk diet 2,000 kalori.







MELAWAN PENYAKIT KRONIK

Anggur muscadine mengandungi anti-oksidan yang tinggi dan phytokimia yang membantu untuk melindungi sel daripada kerosakan akibat serangan radikal bebas. Menurut Harvard School of Public Health, pengambilan makanan yang kaya dengan anti-oksidan terbukti dapat menurunkan risiko penyakit jantung, kanser, alzheimer's (nyanyuk) dan penyakit kronik yang lain.



VIVIX SHAKLEE

Jadi terbukti anggur liar yang unik ini mampu memberikan manfaat yang baik buat kesihatan tubuh badan kita. Dengan teknologi dan inovasi hasil dari kajian dan proses yang ketat, maka khasiatnya kini dengan mudah boleh diperolehi dalam Vivix Shaklee.

Semoga perkongsian ini juga memberikan manfaat buat semua. Anda boleh terus klik link Vivix ni untuk membuat pembelian atau hubungi nombor tertera untuk konsultasi.


KakZam

1110934

012-3540262

You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina