Anak demam
basicH
Nutriferon
ubat demam
"UBAT" DEMAM TANPA BAHAN SINTETIK YANG PALING SEDAP
Mak mak mesti susah hati bila si kecil demam. Bohong laa kalau tak kan? Masa tu mesti terdetik dalam hati "lebih baik mama yang demam dan sakit dari kamu yang sakit sayang."
Malam tadi si kecik saya demam. Memang panas sangat badannya. 38.7°c. MasyaAllah!! Tingginya suhu badan dia. Siapa yang tak risau bila anak anak demam kan?
Mujur pengalaman yang lepas lepas, si kecik mudah bila nak di jelum dengan air. Sebab dia takut nak ke hospital. Kikiki...kelakar pun ada.
Pernah sekali tu, kami bawa dia ke ER sebab panas melampau. Dalam masa tengah jelum, tiba-tiba ada sorang akak cleaner masuk nak jalankan kerja-kerja dia. Tetiba menjerit, menangis si kecik sebab terlampau takut.
"Tak nak doktor!! Tak nak doktor!!" Akak cleaner tu pakai uniform kerja yang mungkin disangkakan pakaian doktor oleh si kecik.
Saya pun pusing, bila tengok..laa makcik cleaner je. MasyaAllah..teruk betul 'penyakit' anak aku ni.
Balik semula cerita masa jelum tadi. Saya jelum dia dengan air yang dah dicampur dengan basicH. Sama macam abangnya dulu yang demam, saya buat cara yang sama.
BasicH ni sangat membantu dalam mempercepatkan proses menurunkan panas badan selain fungsinya membantu saya menghilangkan kotoran pada pakaian seragam sekolah anak-anak.
Sambil sambil jelumkan dia, saya suapkan Nutriferon. Ni pertama kali bagi si kecik telan feron. Jadi, dia komplen tak sedap. Kalau abangnya, saya kena sorokkan. Sebab dia dah pernah rasa dalam 2, 3 kali. Lidahnya dah boleh terima feron dan dah mula rasa sedap. Memang sedap sangat. Saya pun rasa macam dah boleh gantikan feron ni dengan jajan..hihi
Dalam setengah jam saya check semula suhu badannya. Alhamdulillah, dah turun, 37.7°c. Saya terus dan terus jelumkan sampailah saya rasa puas hati. Suhu badannya semakin turun kepada 36.5°c.
Keesokan paginya iaitu pagi tadi, panasnya masih belum betul betul reda tetapi masih di tahap tidak membimbangkan. Tetap juga saya jelumkan dengan air campuran basicH lagi.
Tapi kali ni, si kecik mintak saya rendamkan dia dalam besen besar macam kebiasaannya bila dia demam. Saya turuti permintaan dia, lagipun memang itu yang selalu saya lakukan bila dia demam. Sekali lagi saya campurkan basicH ke dalam air rendaman tu.
Alhamdulillah, menjelang petang saya dah boleh dengarkan suara ceria anak dara saya satu satunya tu. Dah boleh main roller blade macam biasa setiap petang dengan abang dan sepupunya.
Takde ucapan lain dalam hati selain mengucap syukur pada Yang Maha Kuasa. Tiada yang lain yang memungkinkan semuanya. Suplimen dan produk Shaklee yang saya gunakan hanyalah sebagai asbab kesembuhan.
Nutriferon ni memang sentiasa saya jadikan stok dalam 'first aid kit' kami sekeluarga. BasicH pulak memang selalu ada sebab saya selalu gunakan untuk rendam dan cuci pakaian seragam sekolah anak anak.
Mak mak lain pun patut ada 2 benda wajib ni di rumah. Sangat sangat membantu di waktu 'kecemasan'.
Untuk pertanyaan, tempahan mahupun pembelian, boleh hubungi saya ye 😉

0 comments