PENYAKIT YANG BERKAITAN DENGAN PENYAKIT BUAH PINGGANG

Apakah penyakit-penyakit yang berkaitan dengan penyakit buah pinggang?


Pelbagai penyakit yang melibatkan kerosakan kepada ginjal atau buah pinggang bukan semata-mata kerana batu karang. Memandangkan di dalam ginjal terdapat komponen-komponennya yang tersendiri, maka kepelbagaian penyakit buah pinggang bergantung kepada sejauh mana kerosakan kepada komponen berkenaan yang menjadi punca kepada penyakit buah pinggang tersebut. 

Perbezaan antara buah pinggang yang sihat dan rosak.



Antara penyakit-penyakit tersebut adalah :-

- Jangkitan salur kencing. Masalah jangkitan bakteria ini paling kerap berlaku kepada orang ramai sama ada di dalam pundi kencing atau ginjal. Sila KLIK SINI

- Saluran kencing tersekat akibat batu karang dalam ginjal atau seumpamanya. Ianya adalah salah satu penyakit yang cukup  serius jika dibiarkan begitu sahaja. Aliran air kencing menjadi tidak lancar akibat penyempitan saluran kencing yang biasanya berpunca daripada jangkitan kuman.

- Tekanan darah tinggi. 

- Kencing manis.

- Kerosakan kimia akibat toksid seperti penyalahgunaan dadah.

- Faktor pemakanan. Banyak mengambil makanan ringan (jajan), makanan segera dan makanan sejuk beku menjadi salah satu punca terjadinya penyakit buah pinggang. Contoh; mi segera, burger, nugget dan minuman bergas. 


Ginjal VS Batu Karang 

Batu karang adalah batu yang terbentuk dari pembesaran kristal halus di dalam ginjal. Kristal halus ini pula terbentuk hasil daripada beberapa jenis bahan kimia. 

Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan mampu membesar sehingga saiz bola golf. Batu karang membesar di dalam ginjal sebelum ia bergerak ke dalam saluran kencing dan seterusnya ke pundi kencing. 

Dalam keadaan batu karang ang tersekat di saluran kencing, ia akan menyebabkan aliran air kencing terganggu dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat kepada pesakit. Keadaan batu karang ang semakin membesar di dalam ginjal tidak terhenti disitu saja, malahan bakteris akan mula hidup di dalam batu karang dan akhirnya ia memberi jangkitan kepada ginjal, sauran kencing dan pundi kencing.


GINJAL VS TEKANAN DARAH TINGGI

Tekanan darah tinggi atau 'hypertension' adalah penyakit yang boleh dikatakan sinonim dengan penduduk Malaysia. Dianggarkan 10% hingga 20% dari penduduk Malaysia diserang dengan penyakit ini.

Golongan yang berisiko tinggi diserang penyakit ini adalah mereka yang mempunyai latarbelakang keluarga yang sememangnya mempunyai penyakit tersebut, penghidap kencing manis, masalah tekanan hidup, berat badan berlebihan, pengamal makanan yang tinggi kandungan garam, pengamal alkohol, perokok dan juga umur melebihi 40 tahun. Kesemuanya menyebabkan komplikasi seperti serangan jantung, angin ahmar (strok), kegagalan jantung dan kerosakan ginjal. 

Masalah tekanan darah tinggi dan masalah buah pinggang mempunyai kaitan yang 'akrab'. Ini kerana masalah buah pinggang akan menyebabkan tekanan darah tinggi dan begitu juga sebalinya. 

Tindakbalas tekanan darah tinggi terhadap buah pinggang akan menyebabkan saluran darah dalam buah pinggang menjadi kental dan keras. Keadaan ini menyebabkan kurangnya bekalan darah kepada buah pinggang serta mengakibatkan fungsi buah pinggang merosot.

Faktor pemakanan dan suplimen makanan tambahan sangat pentingdalam memastikan buah pinggang dalam keadaan yang sihat. Untuk maklumat lanjut mengenai suplimen terbaik untuk buah pinggang, sila KLIK SINI.


You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina