BISNES MLM PENIPU? BAGAIMANA DENGAN SHAKLEE?

Assalamualaikum wbth



MLM? Meniaga Lewat Malam? Multi-Level Marketing? 





Bagi kebanyakan orang, perkataan MLM itu sangat menakutkan, bahkan mengerikan bagi sesetengah mereka. Kenapa? Hmmm memang menyeramkan bagi yang pernah terjebak, termasuklah saya jugak.

Bila sebut saja MLM, dah terbayang dalam fikiran sistem piramid, orang bawah 'kaya'kan orang atas, kena cari banyak 'kaki', terbayang-bayang bulat bulat si A, si B, C, D dan seterusnya untuk 'pasang kak', pairing sampai 100 keturunan. Belum lagi kelas yang wajib dihadiri hampir setiap malam.


Sistem piramid MLM


Kenapa menakutkan? Sebab nak tak nak kena jugak cari orang lain untuk di'masuk'kan jadi downline kita. Ada ke orang nak masuk? Modal mesti besar? Kena pergi ke kelas ke?

Saya pernah ada pengalaman masuk beberapa jenis MLM yang meWAJIBkan saya mencari orang lain untuk dimasukkan  ke bawah nama saya untuk memastikan pendapatan saya terjamin. Malah, saya terPAKSA mengeluarkan sejumlah besar wang untuk dijadikan modal bagi membeli produk syarikat berkenaan untuk memastikan point besar. Kenapa point besar? Sebab bila point besar, barulah bonus pun besar. Saya juga harus memikirkan perkara yang sama untuk orang bawah tersebut. Huh....penat kan?

Makanya, untuk memastikan 'kelangsungan' point dan bonus terus 'survive' saya mesti mencari dan mencari dan mencari lagi 'kaki' agar ia semakin berkembang. Tetapi dalam masa yang sama, saya tidak melihat perkembangan dari segi bagaimana saya harus mengembangkan diri sendiri tanpa 'kaki' tersebut, selain produk yang kurang saya yakini. 

Akhirnya, atas kesedaran dan cadangan beberapa kenalan, saya mencuba produk Shaklee. Itupun setelah hampir setahun saya membuat kajian di sana sini termasuk internet (WAJIB). 

Alhamdulillah, bila dah betul-betul yakin, terus saya daftar keahlian dengan Shaklee. Bukan apa, kat mana-mana pun kalau masuk ahli mesti dapat HARGA AHLI kan? Sama je konsepnya macam Kad Mesra, Bonuslink. Bila point dah banyak nanti, boleh tebus hadiah bukan? Haa, dengan Shaklee pulak, bila point cukup, bulan depan terus masuk duit dalam akaun bank. Best kan :))

In fact, ramai pengguna Shaklee termasuk saya pun tak terasa langsung yang Shaklee ni MLM. Sebab Shaklee memang tak pernah paksa pun ahli-ahlinya cari orang berdoyon untuk memeriahkan majlis. Lagi satu, pelanggan yang memang dah biasa gunakan produk Shaklee automatik akan masuk ahli sebab nakkan harga ahli tu. Kenapa sampai macam tu ye? Sebab diorang sendiri SANGAT YAKIN dengan kualiti kebagusan produk Shaklee itu sendiri tanpa perlu kita mencari-cari  dan memasang-masang 'kaki' baru. WOW!! Best sangat laa kalau macam ni, kan? ;)

Jom kita tengok video pengalaman seorang ibu ni dengan Shaklee. Bermula dengan guna sendiri, akhirnya wanita ini mula menjadikan Shaklee sebagai perniagaan untuk pendapatan sampingan. Ya, pada mulanya hanya pendapatan sampingan, lama-kelamaan ia bertukar menjadi pendapatan utama. Terbalik dengan pendapatan hakikinya sebelum ini. Saksikan :)






Shaklee BEST!! 

Kepada yang masih ragu-ragu, Shaklee adalah yang terbaik, baik dari segi produk mahupun sistemnya. Bagi yang mahu menjadikan produk Shaklee sebagai produk kegunaan harian atau untuk menjana pendapatan, anda adalah sangat-sangat dialu-alukan untuk menyertai keluarga BESAR kami di iReach Group. 




Sila tinggalkan nama, nombor telefon dan email anda untuk kami hubungi. Atau boleh hubungi saya melaui applikasi whatsapp di 012-3540262. Anda akan dilayan dengan sesegera mungkin :)

Zam Zarina (SID 1110934)

sms/whatsapp : 012-3540262
facebook : Zam Zarina
facebook page : Kedai Vitamin Bandar Jengka

You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina