PENYAKIT KRONIK, PEMBUNUH SENYAP

Ramai yang ambil mudah akan masalah kesihatan dan menganggap mereka cukup sihat walaupun bertahun-tahun hidup tanpa menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, ada juga segelintir individu yang beranggapan bahawa mereka tidak akan berhadapan dengan sebarang masalah kesihatan.



Sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang dalam diam. Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai yang tidak menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ada yang diberikan secara percuma.

Tetapi, jika sekiranya diketahui bahawa mereka sebenarnya menghidapi sesuatu penyakit kronik, walhal sebelumna mereka merasakan yang mereka benar-benar sihat, maka bermulalah persoalan-persoalan yang membuatkan mereka mula tertanya-tanya.


"Di mana silapku?"

"Mengapa ini terjadi?"

"Mengapa AKU?"

"Aku rasa tiada masalah dengan pemakananku!"


Maka pada ketika ini, timbullah sikap tidak dapat menerima hakikat apabila mereka benar-benar disahkan menghidap sesuatu penyakit serius. 

Namun, begitulah sifat penyakit kronik. Hadirnya tidak diundang. Datangnya ia tidak disedari kerana penghidapnya masih mampu menjalan kegiatan seharian seperti biasa tanpa sebarang masalah. Ini kerana kebanyakan penyakit kronik hanya daketahui pada peringkat ia semakin memburuk.


MASALAH KESIHATAN BUAH PINGGANG

Masalah sama juga terdapat pada kerosakan buah pinggang. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menampakkan kesan pada kesihatan sama ada luaran ataupun dalaman. 

Walau bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera ambil tindakan lanjut dengan menjalani pemeriksaan kesihatan yang mudah dan berkala, khususnya ujian air kencing darah dan tekanan darah. Jika ia dapat dikesan dengan awal, penularannya mampu dilambatkan dengan rawatan dan amalan kesihatan yang betul.

Seperti pesakit diabetis, mereka yang mengalami tekanan darah tinggi, warga tua dan mereka yang mempunyai sejarah dengan penyakit buah pinggang hendaklah menjalani pemeriksaan secara tetap bagi mengesan penyakit buah pinggang kronik kerana mereka menghadapi risiko yang lebih tinggi untuk diserang penyakit ini. 

Namun begitu, terdapat beberapa tanda awal yang sangat perlu diperhatikan sebagai amaran serangan buah pinggang mula mendekati. Antaranya :-

- Tekanan darah tinggi.

- Sakit belakang badan, bahagian pinggang atau bawah sedikit dari tulang rusuk walaupun dalam keadaan rehat.

- Bengkak pada pergelangan tangan dan kaki terutama dikalangan kanak-kanak.

- Sembap di bahagian keliling mata terutamanya pada sebelah pagi.

- Rasa tidak selesa, pedih atau rasa terbakar semasa membuang air kecil.

- Terdapat darah keluar bersama dengan air kencing.

- Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.

- Lebih kerap membuang air kecil terutama pada waktu malam.

- Berasa letih dan kurang bertenaga selepas berjalan laju atau menaiki tangga bangunan. 


Kebiasaannya semua tanda di atas dianggap remeh dan sering diabaikan. Sedangkan ia adalah tanda penting tubuh anda mula memberikan amaran awal kepada masalah buah pinggang.

FUNGSI BUAH PINGGANG

Buah pinggang atau ginjal adalah sepasang organ kembar terletak sebelah menyebelah tulang belakang bawah sedikit kepada rangka tulang rusuk. Ia merupakan organ rumit ang memiliki pelbagai peranan biologi. 

Meskipun saiznya kecil iaitu hanya lebih kurang dua penumbuk tangan, ia mempunyai keupayaan untuk menapis bahan buangan daripada darah dan membantu membuang bendalir berlebihan.

Peranan utamanya adalah bagi mengekalkan imbangan homeostatik cecair badan dengan penapisan dan penyingkiran metabolit (seperti urea) dan galian dari darah dan menyingkirkannya bersama air sebagai air kencing.

Kebiasaannya kegagalan fungsi buah pinggang sering dikaitkan dengan penyakit kencing manis atau tekanan darah tinggi. Tidak hairanlah jika kajian di US menunjukkan 10 peratus daripada golongan dewasa mempunyai masalah kerosakan buang pinggang dan yang paling malang adalah mereka sendiri tidak menyedarinya. Manakala kajian terhadap pelbagai bangsa di seluruh dunia menunjukkan bahawa nisbah 1:10 orang dewasa menghidap penyakit buah pinggang kronik.

Selain itu, penyakit buah pinggang kronik adalah 'penyakit berganda' kerana ia dikaitkan dengan peningkatan sekurang-kurangnya 10 kali ganda risiko kematian awal akibat penyakit jantung, strok dan penyakit vaskular periferal.


Kegagalan buah pinggang boleh dicegah awal dengan mengamalkan :-

- Pemakanan seimbang.

- Minum air sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

- Menghentikan tabiat merokok.

- Makan ubat dengan mendapatkan nasihat doktor. Sangat penting untuk mengelakkan ubat ang tidak perlu termasuk ubat kurus.

- Kekalkan berat badan seimbang.

- Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dan selama 30 minit setiap sesi.


" Masih belum terlambat buat kita untuk mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Sila rujuk kepada pakar pemakanan untuk gaya pemakanan yang lebih baik"
Penyakit lain yang berkaitan dengan penyakit buah pinggang. Sila klik sini.

Cadangan suplimen terbaik untuk buah pinggang bermasalah. Sila klik sini.

You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina