SUSAHNYA NAK KURUS!!?

Assalamualaikum wbth.


Semua orang menginginkan bentuk badan yang langsing dan menarik terutamanya wanita. Tetapi sudahkah anda berusaha untuk merealisasikannya? Dengan cara apa? Bersenam? Sekat pemakanan? Atau mengambil ubat kurus?



Tetapi sudahkah anda mendapatkan berjaya dari usaha anda itu? Atau adakah segala usaha yang anda lakukan tidak berhasil.


Bagaimana pula dengan ubat kurus tersebut? Adakah ia selamat? Bagaimana pula dengan kesan sampingannya?

Tahukah anda bahawa ramai dikalangan kita sebenarnya sedang 'menternak' parasit di dalam tubuh masing-masing? Itu bermakna kita telah dijangkiti parasit.


Antara simptom jangkitan parasit adalah sering keletihan berasa lesu, mood yang sering berubah-ubah, selalu blur, selalu terinigin nak makan yang manis-manis. Paling parah, kebiasaannya rasa teringin tu membuak-buak tapi tak tahu nak makan apa sebenarnya.


Dan semua hasil makanan tu akan terus dihantar kepada 'ternakan' itu tadi. Yarkss 


Sebelum tidur malam semalam, saya ajak suami tengok proses keluarkan cacing dari usus manusia.


Mula-mula memang geli. Tapi lama lama geram pulak nak tolong doktor tu buat kerja.


Cacingnya...masyaAllah...gemuk-gemuk..panjang-panjang.


Patutlah susah nak kurus walaupun dah macam-macam usaha. Banyak parasit dalam usus rupanya.

Jom tengok sikit cacing/parasit yang selama ni kita 'bela' dengan penuh kasih sayang dengan makan pelbagai makanan yang tidak berkhasiat https://youtu.be/RGoDayNnm78


You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina