Assalamualaikum wbth

Alhamdulillah, Januari dah pun melabuhkan tirai dan kita dah pun memasuki awal Februari 2016. Syukur atas rahmat dn kesempatan yang diberikannya untuk kita semua agar dapat bernafas sehari lagi di setiap hari.

Sebagai salah seorang SID Shaklee, saya cukup teruja dengan dengan setiap perkara yang saya lakukan sekarang. Manakan tidak, saya dapat bekerja sendiri, di rumah sambil melakukan tugas-tugas khas seorang muslim, ibu, isteri dan sahabat kepada suami tercinta bersama anak-anak tersayang. 

Segalanya di depan mata. Segalanya di bawah aturan saya sendiri. Saya dapat melihat anak-anak membesar setiap masa. Alhamdulillah...syukur yang teramat sangat.

Sebagai warganegara yang pernah bekerja sebelum berkahwin (dulu), rasanya saya tidak betah untuk tidak berbuat apa-apa. Rasanya ramai yang bersetuju dengan saya bukan?

Maklumlah, dah pernah kerja makan gaji, dah biasa pegang duit sendiri...tak gitu? Tapi bila dah berumahtangga, apalagi bila dah punya cahayamata, pasti ibu-ibu lain di luar sana akan merasakan hal yang sama seperti saya, iaitu tak mampu nak menahan perasaan meninggalkan anak kecil bersama orang lain, apalagi orang itu bukan ahli keluarga sendiri.

Memang macam-macam yang rasa dan andaian bermain di fikiran. Anak kita sedang apa? Dah makan atau belum? Lampin yang penuh sudah ditukar atau tidak? Selamatkah anak kita bersama orang lain. Susah hati bukan?? 

Kenapa saya jadi melalut ni? Asalnya saya nak tulis pasal hal lain, tapi lain pulak yang saya buat. Hmmm....semuanya gara-gara keterujaan promosi Shaklee bulan lepas laa ni...;)

Ok..stop dulu sebelum melalut ke lain..bye :)

You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina