SUPLIMEN UNTUK MASALAH GUSI BENGKAK, BERDARAH DAN BERNANAH.
Mempunyai masalah gusi yang seringkali bengkak, berdarah dan bernanah memang agak merimaskan dan sangat tidak selesa. Sakit pulak, jangan cerita laa.
KakZam sendiri pernah mengalami masalah gusi yang tak berkesudahan ni. Bila share cerita dengan kawan-kawan dan family, ramai yang suggest untuk cabut je gigi pada bahagian gusi yang bermasalah tu. Katanya, itu je jalan penyelesaian paling baik.
Bagi KakZam pulak, rasanya memang lebih baik cabut je gigi tu dari menderita teruk. Memang teruk sampaikan bengkaknya efek pada muka sekali, bukan setakat pada gusi je.
Dia punya sakit teramatlah azab. Tak boleh tersilap gerak rahang mulut ni. Nak bercakap pun kena bercakap persis wanita melayu terakhir paling ayu dalam dunia. Kalau tergesel je gigi atas bawah (bahagian yang bengkak dan sakit tu), jawabnya menangis laa sampai malam huhu.
Memang kerap sangat gusi tu bengkak dan sakit. Biasanya dalam setahun, akan ada sekali bengkak teruk. Nak nak pulak bila nak masuk bulan ramadhan. Tak pasti pulak kenapa. Yang pasti, memang KakZam takkan keluar rumah sebab malu dengan bengkak seluruh muka tu. Satu hal lagi, kalau ada yang bertanya, risau nak jawab. Sedangkan tersalah gerak gusi dan gigi pun sakit yang teramat, inikan pulak nak jawab soalan-soalan panjang lebar. Menangis laa tanggung kesakitan.
Bila dah sakit, memang paksa tidur je laa jawabnya. Sebab rasanya, dengan tidur je dapat kurangkan sakit tu.
Tapi, sejak KakZam mula amalkan shaklee, dah jarang-jarang gusi ni bengkak dan sakit. Bila KakZam start try and error, KakZam dapati ada beberapa suplimen shaklee ni yang sangat-sangat membantu menyelesaikan masalah gusi KakZam ni.
Antaranya adalah Sustained Release Vita-C Plus (vitamin C), Garlic Complex dan jugak Ostematrix.
Alhamdulillah, sejak konsisten mengamalkan ketiga-tiga suplimen tersebut, jarang sangat dah gusi tu membengkak dan bernanah. Apalagi berdarah. Sakit? Memang jauh sekali. Lega sangat, syukur.
Nak nak dengan ada anak kecik ni, kalau sakit gusi tu, memang mencabar sangat-sangat. Ibu-ibu mesti faham kan? Ye laa, dengan anak menangis, nak layan dia itu ini, nak layan makan minum dia. Buatnya dia suka tantrum? Allahuakbar!!
Suplimen yang KakZam amalkan untuk masalah Gusi bengkak, berdarah dan bernanah. |
0 comments