CARA MENGATASI GASTRIK

"Pantang saja terlewat makan, jawabnya pedih la perut. Tak tertanggung azab seksanya"

Bagi yang tidak mengalaminya, mungkin GASTRIK bukan masalah buat mereka. Tetapi bagi golongan penghidapnya, ia sesuatu yang amat besar dan merupakan masalah yang serius.


Pengedar Shaklee Bandar Jengka, Pahang



APA ITU GASTRIK?

Gastrik berlaku apabila dinding permukaan dalam perut terhakis oleh asid gastrik yang dihasilkan oleh perut untuk mencerna makanan.

Asid gastrik ini akan dirembeskan ketika kota berasa lapar atau badan memerlukan makanan.

Jika tiada sebarang makanan di dalam perut, maka asid ini akan menghakis dinding permukaan dalam perut. 

Proses ini berlaku berulang kali sehingga dinding perut menjadi nipis mengakibatkan kita mengalami gastrik.


PUNCA GASTRIK

1) Makanan Pedas - makanan pedas mampu merangsang lebih banyak rembesan asid perut untuk tujuan mencernakannya di dalam perut.

2) Makanan Masam - meningkatkan kesan asid terhadap dinding perut. 

3) Makanan Berminyak Dan Berlemak - selain minyak zaitun, makanan yang berminyak dan berlemak sukar untuk dihadam mengakibatkan perut akan merangsang lebih banyak asid.

4) Tabiat Merokok - merokok membantu mengurangkan kecekapan lower esophageal sphincter yang berfungsi sebagai pintu pagar bagi membenarkan makanan masuk ke dalam perut dan menutupnya kembali.

5) Kafein - kerap mengambil minuman berkafein juga mampu merangsang rembesan asid perut.

6) Penggunaan NSAIDS (Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs) - penggunaan yang berterusan dan terlalu kerap seperti aspirin dan ubat penahan sakit akan menyebabkan hakisan pada dinding perut.

7) Stress - apabila berada dalam keadaan tertekan, perut akan merembeskan asid dengan banyak.

8) Jangkitan Bakteria H.Phylori - bakteria ini boleh menyebabkan luka pada dinding perut (gastrik ulser).

9) Kurang bersenam juga menjadi salah satu faktor penyumbang kepada gastrik.


MENGENALI TANDA-TANDA GASTRIK

Gastrik sangat mudah dikenalpasti kerana ia memberi rasa yang tidak selesa. Antaranya adalah :-

1) Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.

2) Keluar angin dari mulut seperti sendawa terutama apabila bahagian tertentu pada badan digosok atau diurut.

3) Muntah yang kadang-kadang berwarna kuning, mengandungi darah atau darah beku bergumpal bersama muntah. 

4) Kerap sakit di bahagian kanan kepala terutamanya apabila lewat makan atau perut kosong. 

5) Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan rasa loya, mual, sebu perut dan hilang selera makan.


BAGAIMANA MENGURANGKAN GASTRIK?

1) Kurangkan merokok jika anda merokok. Terus berhenti adalah lebih baik.

2) Cuba berhenti mengambil ubat tahan sakit. Cuba bertukar kepada suplimen yang mampu mengurangkan sakit secara semulajadi dan menghilangkan stress.

3) Amalkan cara pemakanan yang sihat dan diet yang teratur.

4) Elakkan makanan yang pedas-pedas, masam, makanan berempah dan makanan yang mengandungi banyak bahan pengawet.

5) Pastikan makan sahur jika berpuasa.

6) Pastikan kerap makan tetapi dalam jumlah yang sedikit-sedikit.

7) Kurangkan minuman berkafein seperti kopi, teh dan minuman berkarbonat.

8) Banyakkan minum susu kerana susu bersifat alkali dan mengurangkan keasidan perut.

9) Kurangkan makanan yang berangin.

10) Berhenti mengambil minuman beralkohol.


SUPLIMEN GASTRIK

Pengambilan suplimen tertentu boleh membantu untuk mengatasi masalah gastrik. Antaranya adalah :- 


ESP 

Suplimen pembekal protin ini sangat membantu meringankan masalah gastrik kerana ia mampu membantu memberikan rasa kenyang yang mampu bertahan berjam-jam lamanya.

Selain itu, ia mampu membantu membekalkan tenaga yang juga bertahan lama.


PEPPERMINT-GINGER PLUS

Antara bahannya, daun pudina yang berfungsi melegakan otot perut, ia juga membantu melegakan kesakitan akibat gastrik. 

Ia juga membantu melegakan rasa pedih ulu hati yang kadang-kala timbul akibat gastrik.

Halia yang terdapat dalam sebatian suplimen ini membantu untuk melegakan ketidakselesaan perut dan usus, rasa loya dan mual akibat gastrik.

Selain itu, suplimen ini sangat membantu untuk melegakan masalah alergi pada saluran usus dan memberikan kesan lembut pada perut.


ALFALFA COMPLEX

10 biji Alfalfa menyediakan nutrisi yang bersamaan dengan segelas susu, ini bermakna ia mampu membantu mengurangkan keasidan perut.

Selain itu, ia membantu melegakan kesakitan akibat gastrik selain memperbaiki masalah saluran penghadaman, sekaligus melegakan gastrik.


OMEGA GUARD

Minyak ikan terbaik ini membantu dalam melegakan inflamasi dan menghalang saluran perut dan usus dari ulser yang menyebabkan masalah gastrik menjadi semakin buruk.


CAROTOMAX

Suplimen anti-oksidan ini mampu membantu mengurangkan risiko kanser usus serta memelihara membran mukosa perut dan usus. 


OSTEMATRIX

Suplimen pembekal kalsium ini membantu menenangkan saraf dan melegakan kesakitan akibat gastrik.


VIVIX

Suplimen terbaik dari Shaklee yang satu ini berupaya membantu mengurangkan rasa sakit akibat gastrik selain fungsinya yang membantu mengurangkan rasa lapar sekaligus membantu masalah gastrik dengan berkesan.







Jangan biarkan masalah gastrik terlalu lama membelenggu hingga menyebabkan komplikasi lain yang mungkin lebih buruk.

Hubungi ejen shaklee anda untuk konsultasi lanjut.



Zam Zarina

1110934

012-3640262

Pengedar Shaklee Bandar Jengka, Pahang dan seluruh Malaysia.

You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina