ATASI GUSI BENGKAK, BERNANAH DAN BERDARAH DENGAN MUDAH

Assalamualaikum wbt

Kali ni KakZam nak share pengalaman sendiri tentang gusi bengkak. 

Dalam family, KakZam perhatikan setakat ni ada 3 orang yang ada masalah gusi bengkak dan bernanah ni, termasuklah KakZam sendiri. Dua orang lagi anak sulung KakZam (dah lama tak kena) dan adik perempuan bongsu KakZam. 



Pada KakZam sendiri, biasanya bengkak gusi ni selalu datang menyerang masa bulan puasa. 3 tahun lepas, berturut-turut gusi membengkak sebelum mula berpuasa sampailah habis raya. 

Sakitnya memang naudzubillah, sakit sangat. Habis bengkak seluruh muka. Gusi yang bengkak tu pulak, bahagian depan muka, memang bertambah terserlah laa abnormal muka masa tu. 

Tak boleh tersilap gigit atau mengunyah walau sedikit, natijahnya nanti, tanggunglah sakit seharian.

Kadang-kadang walaupun bukan bulan puasa, tetap kena bila ada sedikit rasa sengal-sengal, KakZam sendiri gatal p usik gigi kat bahagian gusi yang sakit tu guna lidah atau ketuk dengan jari.

Bila dah sakit, baru timbul rasa menyesal. 

Selain gusi bahagian depan (bahagian depan ni cuma bengkak tanpa nanah dan darah), ada satu gigi geraham yang bengkak jugak. Yang ni memang pakej lengkap bernanah dan berdarah.

Cuma sakitnya takde laa sesakit gusi depan tu.

Bengkak tu memang buat KakZam rasa tak selesa. Bila nanah dah 'masak', terpaksa pecahkan sebelum dia pecah sendiri tanpa kita sedar dan tertelan....uwekkk

Tapi sejak KakZam amalkan Garlic Complex (untuk masalah keputihan) dan Vitamin C (untuk masalah kulit), alhamdulillah bengkak dah takde, dah surut.

Pengedar Shaklee Bandar Jengka,  Pahang dan seluruh Malaysia


Nanah dan darah pun turut hilang. Sakit berdenyut yang selama ni KakZam tahan bagai nak pecah kepala pun dah takde jugak. 

Alhamdulillah...syukur sangat. 

Tak boleh bayangkan kalau sakit berdenyut macam dulu, dengan anak kecik lagi. Huh, boleh jadi gila dibuatnya. Silap-silap ada yang asyik kena cubit nanti. Mula laa jadi kes dera anak pulak nanti.

Pada yang ada masalah sama seperti KakZam, jangan dipendam lama sangat sakit tu, 'makan dalam' lama-lama nanti tau. 



Alaa, 2 vitamin ni bukan laa mahal mana, berbaloilah dengan kesannya yang tak ternilai tu nanti, trust me.

Kalau nak order 2 vitamin ni, boleh terus whatsapp KakZam ye. Semoga kita dapat sihat sama-sama, insyaAllah.


Zam Zarina

ID 1110934

012-3540262

Pengedar Shaklee Bandar Jengka, Pahang dan seluruh Malaysia.

You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina