Baru-baru ni ada terbaca status kat facebook pasal ibu-ibu yang susukan anaknya setakat 6 bulan je.
Alasannya, bila menyusukan anak ni, selera makan makin kuat sampai berat badan naik dan badan jadi gemuk.
Kebanyakan ibu-ibu tak sanggup kelihatan gemuk kerana menyusukan anak kecil. |
Ada betulnya jugak. Peringkat awal menyusu 6 bulan tu, berat badan naik tu biasa laa. Sebabnya perut asyik rasa lapaaaar je. Mulut rasa nak makan je. Gigi rasa nak mengunyah je biar tak rasa lapar pun. Rasa nak makan benda-benda manis tu kuat sangat.
Berat badan naik masa menyusukan anak tu, memang tak pelik, biasa laa tu. Terutamanya masa 6 bulan pertama. Masa tu, baby pun belum mula makan, jadinya keperluan susu tu sangat tinggi.
Jadi, badan ibu perlukan nutrien berterusan untuk hasilkan susu. Sebab itu laa ibu akan berasa sentiasa lapar.
Selain tu, badan ibu secara automatik akan dahulukan nutrien penting untuk anak tu. Sebagai contoh, kalsium yang merupakan komponen penting dalam susu ibu. Jadi, ia akan 'tarik kalsium dan bekalkan dalam susu.
Kalsium dalam badan ibu pulak, bukan makin banyak sebab manusia tak hasilkan kalsium sendiri secara semulajadi. Dari kecil (baby) kalsium tu akan menyusut dan semakin hilang bila mula susukan anak.
Bayi kecil memerlukan segala kebaikan dari penyusuan eksklusif untuk tumbesaran yang sihat dan sempurna. |
Sepertimana yang semua tahu, kalsium ni penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi anak. Begitu juga dengan si ibu, kehilangan kalsium akan membuatkan ibu mudah sakit belakang, gigi dan tulang mudah reput, serta mengganggu sistem penghadaman dan sembelit mudah terjadi.
Itu baru bab kalsium. Kekurangan mineral lain seperti zat besi dan zink juga menyebabkan ibu selalu rasa teringin nak makan makanan yang manis-manis.
Sebenarnya, badan nak bagi tau yang dia kekurangan zat dan nutrien. Jadi ia cuma boleh signal supaya makan dan makan lagi. Lainlah kalau perut tu boleh bercakap kan, hihi. Kalau ye, demam terkejut laa mak budak tu, hahahaha.
Sebab itu ibu menyusu kena ambil berat soal pemakanan. Jangan sampai terlebih makan sampai berat badan terlebih. Kena pastikan segala nutrien cukup untuk top up nutrisi yang semakin lama semakin lompong, ditambah lagi sejak menyusu, semua tu makin cepat hilang dari dalam badan si ibu.
Selain tu,
Ibu ibu kena sabar dan tekun teruskan penyusuan. Bila masuk tahun kedua, berat baan ibu akan mula turun dengan perlahan-lahan. Inilah fasa yang tak ramai ibu ibu lalui sebab dah stop menyusu selepas baby melepasi tempoh penyusuan 6 bulan pertama tu.
Sedangkan proses berat badan tu turun bila baby menyusu lama sehingga mencecah umur 2 tahun. Ini juga bergantung pada pemakanan si ibu tadi.
Kalori susu yang dihasilkan tidak sama dan ia berubah mengikut umur anak. Ia bersesuaian dengan dengan umur anak yang semakin membesar. Walaupun jumlah susu yang anak minum tu lebih kurang sama saja, tapi jumlah kalori berbeza.
Inilah yang akan buat berat badan lebih mudah untuk hilang atau maintain bila sabar menyusu sampai umur baby cukup 2 tahu, sebab ibu keluarkan banyak kalori melalui susu badan.
KakZam pulak, sekarang ni tengah enjoy menyusukan BabyHanna. Memandangkan 2 kali menyusukan anak sebelum ni rasanya GAGAL, KakZam nekad nak susukan BabyHanna sampai cukup 2 tahun, insyaAllah. Doakan ye =)
PENGALAMAN SEDIH GAGAL MENYUSUKAN ANAK
Tak kisah pun kalau gemuk, asalkan cukup tempoh tu. KakZam taknak nanti kena soal, "Kenapa kau nafikan hak (menyusu badan) anak tu?"
Cukuplah rasa bersalah dan berdosa sebab kakaknya dulu menyusu tak sampai pun umur 6 bulan. Allah....
Alternatifnya, KakZam ambil Set Lengkap Breastfeeding SHAKLEE. KakZam ni jenis perut tak tahan lapar, mudah sangat rasa lapar.
Waktu bulan puasa pun tak boleh tahan, inikan lagi masa menyusukan anak. BabyHanna ni pun boleh tahan kuat menyusu, dah macam baby boy pulak, hahaha.
Alhamdulillah, set menyusu SHAKLEE sangat berjasa pada KakZam dan membantu sangat sangat, terutamanya masa bulan puasa hari tu.
Alhamdulillah, bulan Ramadhan lepas, KakZam berjaya berpuasa penuh. Kebetulan masa tu KakZam belum period sejak bersalin. Syukur, seumur hidup, KakZam tak pernah dapat puasa penuh, apalagi orang perempuan ni yang memang diberi keistimewaan yang tiap-tiap bulan tu kan? Hihihi...
Syukur....
Ibu ibu sekalian, tolonglah. Jangan diabaikan penyusuan anak kecil tu. Susu ibu tu lagi mahal dan tinggi khasiatnya dari susu formula.
Sekian dari KakZam buat semua, semoga perkongsian ini dapat membantu sedikit sebanyak untuk ibu-ibu yang masih bingung dan tercari-cari solusi untuk masalah kegemukan kerana menyusukan bayi kecilnya.
Zam Zarina
ID : 1110934
012-3540262
Pengedar SHAKLEE Bandar Jengka, Pahang dan seluruh Malaysia
2 comments
Bestnye perkongsian kak zam
ReplyDeleteAlhamdulillah. Perkongsian dari hati biasanya memang seronok dibaca.
DeleteTerima kasih sudi menyinggah ye Shidah 😘