KISAH KAKZAM DENGAN SET BERPANTANG SHAKLEE

Bila sebut pasal berpantang, KakZam memang cukup gerun dengan ujian dan dugaan semasa berpantang ni. Lemah dan fragile tu biasalah.





Paling menakutkan adalah masalah sembelit. Cukup seriau memikirkan masalah yang satu ni. Manakan tidak, pengalaman masa berpantang anak kedua dulu, KakNAB sangat mengerikan. Serik rasanya nak berpantang lagi.

Kalau nak ceritakan, memang malu rasanya. Tapi KakZam nak jugak meluah rasa dan berkongsi dengan semua. Semoga maktang lain pun boleh ambik langkah pencegahan seawal mungkin.

Bayangkan saja, KakZam berlama-lama menunggu di dalam tandas. Pernah sekali tu, rasanya sejam lebih berlama-lama termenung. Kalau setakat termenung saja tu tak mengapalah, kat tempat lain pun boleh. Tapi ini termenung yang menyakitkan. 

Sampai menggigil satu badan, menangis jangan cakaplah. KakZam berpantang kat rumah mak. Tandas kat rumah ni dua-dua tandas cangkung. Tapi, mana berani kot nak cangkung lepas lepas bersalin, takut jahitan terkoyak semula masa meneran, huhuhu.

Terpaksalah berdiri sepanjang proses selesai. Menangis menahan takut dan sakit, toksah ceritalah. Macam-macam benda buruk terlintas kat kepala ni. Takut anak kecik tu terbangun, menangis lagi. Allah, tak nak beranak dah lepas ni, serik!!

Tapi orang kata, tobat sambal belacan. Masa makan sambal tu je tobat taknak makan dah. Hilang pedas tu nanti, esok esok makan lagi, hahahaha.

Memang kami planning nak anak dalam 3 atau 4 orang. Cukup masa KakNAB besar, nak tambah lagi sorang. Tapi waktu Allah tak izinkan. Ye laa, Dia ada perancangan-Nya sendiri yang kami tak boleh nak sangkal. 

Lepas 2 kali keguguran, dengan ikthtiar dan usaha selain pengambilan suplimen untuk sihatkan balik badan dan rahim lepas keguguran tu, syukur alhamdulillah KakZam mengandung lagi. 

Kali ni memang jaga betul-betul, tak nak pisang berbuah untuk kesekian kalinya.

Sambung balik cerita pasal berpantang tadi. Elok je lepas keluar labour room, KakZam terus telan Vitamin C, Alfalfa Complex, B-Complex, Ostematrix dan juga Vita-Lea. Bancuh jugak ESP terus minum.

Almaklumlah, kali ni KakZam nekad nak fully breastfeed baby ketiga. Jadi usaha beli semua suplimen wajib untuk berpantang ni. Selain tu, semestinya KakZam nak luka cepat kering dan baik. Takut sembelit tu laa, hahaha.

Hari ketiga KakZam kat wad, oh ye, baby kena warded sebab masa dekat-dekat nak bersalin doktor syak KakZam ada GBS (keputihan berkuman), jadi nak pantau dulu. Dah confirm takde GBS tu, pun masih tak boleh discharge lagi sebab doktor kata ada nampak macam kuning sikit (jaundis).

Masa hari ketiga tu, nurse datang check. Bila dia pegang-pegang perut KakZam, dia macam bercakap sorang-sorang. Then dia panggil staf sorang lagi yang tengah check maktang katil sebelah. 

Punyalah KakZam cuak, terus tanya diorang, "apahal nurse?"

Rupanya diorang hairan sebab rahim KakZam kecut dengan cepat. Alhamdulillah, khabar baik yang pertama KakZam dengar sejak diorang mula check.

Oh ye, sebenarnya syarat utama untuk ibu tinggal di wad untuk teman baby adalah ibu kena ada susu badan untuk menyusukan baby. Kalau tak, takde point nak tinggal temankan anak tu.

Kat sini KakZam menipu, tipu sunat. Tak sanggup kalau jadi apa-apa kat anak yang masih kecik merah tu. Hari kedua susu KakZam mula keluar, tapi sikit sangat. Pengalaman yang lepas lepas, hari ketiga baru ada susu.

Hari ketiga, susu makin banyak sampai KakZam hampir-hampir demam sebab bengkak susu. Masa tu memang seksa sangat rasanya. Lecithin yang KakZam order belum sampai masa tu, jadinya tahan je laa. Lecithin ni je penyelamat segera nak legakan bengkak susu ni.

Nurse ada ajarkan cara nak keluarkan susu. Tapi sebab dah lama sangat takde anak kecik, KakZam jadi kekok, KakZam gagal. Syukurlah lepas baby menyusu, dah tak bengkak lagi. Alhamdulillah.

Walaupun dah discharge, KakZam tetap risaukan hal sembelit ni. Tapi syukurlah, KakZam langsung takde alami sembelit walau sedikit, Syukur alhamdulillah. Syukur sangat.

Satu lagi yang KakZam, perasan sampai sekarang, BabyHanna tak pernah pun kembung. Sedangkan abang dan kakaknya pantang tersilap sikit, terus kembung. Tiap-tiap malam mesti menangis tak berhenti. Sedih mengenangkan masa berpantang diorang berdua dulu.

Syukur lagi dengan nikmat yang satu ni. Jadinya, tiap-tiap malam KakZam dapat tidur dengan lena sekali, takde laa kena berjaga sepanjang malam sebab baby kembung. Sampai kali ni, mak pun boleh tidur dalam bilik dia sendiri, tak lagi temankan kami macam dulu-dulu.

The best pengalaman ever laa berpantang kali ni. Alhamdulillah, penangan Alfalfa laa ni.

Berbeza dengan pengalam salah sorang adik KakZam dulu, anak dia kembung sebab dia minum air yang cuma ditapis tanpa dimasak. Anak KakZam, syukur takde kesan dengan air tapis (water filter).

Kisah sembelit KakZam tadi hilang seperti ditiup angin sepoi sepoi bahasa. Syukur, dengan pengambilan ESP sepanjang mengandung, semasa berpantang sangat membantu kerana ia adalah soya yang mudah dihadam serta Ostematrix dan Alfalfa yang membantu melembutkan dan mengeluarkan najis dengan lancar. 

Haa, sesiapa yang ada pengalaman sembelit yang teruk semasa berpantang tu, hati-hati ye. Bahaya kalau meneran terlampau kuat, dibimbangi jahitan luka bersalin tu terbetas semula. Eeeeeiiii meremang bulu roma KakZam membayangkan.

Ada yang sedang menanti hari untuk melahirkan? Cepat-cepatlah dapatkan set berpantang SHAKLEE tau. Selamat. 


Pengalaman salah seorang customer KakZam yang sedang dalam waktu berpantang. Alhamdulillah, dia sangat berpuas hati dengan penangan Ostematrix.






Nak tau tak, berpantang kali ni KakZam tak beli walau sebotol pun jamu tradisional. Sebabnya pengalaman lepas, jamu yang KakZam beli banyak-banyak tu, membazir je sebab dalam waktu berpantang mak tak bagi makan, nanti kang susu kering, paling bahaya, kuning baby naik mendadak. 

Bila dah habis pantang baru mak suruh makan. Hmmm, masa tu dah hilang semangat nak telan semua jamu jamu tu, hahaha.

Ada yang tak tau mana nak dapatkan set berpantang tu? Takpe, jangan risau,. Contact je KakZam untuk dapatkan set berpantang anda. Nanti KakZam akan guide macam mana nak makan dengan betul ikut jadual.



Zam Zarina

ID : 1110934

012-3540262

Pengedar SHAKLEE Bandar Jengka, Pahang dan seluruh Malaysia.



You Might Also Like

2 comments

  1. wow nanti dah kahwin boleh lah try set berpantang ni :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah boleh start sekarang sebelum kahwin lagi Hanna. Barulah naik seri masa naik pelamin nanti.

      Delete

Catatan Zam Zarina