SERANGAN ASMA BOLEH BERLAKU PADA SESIAPA SAJA TERMASUK BAYI KECIL

Ya, serangan asma boleh berlaku pada sesiapa sahaja termasuk bayi kecil. Ini kisah dalam keluarga kami sendiri.





Pada mulanya, BabyHanna demam selepas dipercayai berjangkit dengan sepupunya, Farisha. Selama lebih kurang 3 hari demam, tapi demam yang ON and OFF. Sekejap panas, sekejap tak panas suhu badannya.

Tetapi yang merisaukan kami, batuknya berbunyi seperti ada kahak. Macam kita yang dewasa ni pun, pasti akan berasa tak selesa jika berkahak. Apalagi asyik batuk tak berhenti. 

Risau dengan keadaan anak bongsu, kami bawak pergi berjumpa doktor di klinik mesra kanak-kanak di Bandar Jengka. Okay, klinik ni memang bagus pada pendapat kami sekeluarga sebab doktornya sangat pandai mengambil hati pesakit dan keluarga serta sangat mesra dengan semua orang. 


BabyHanna ditemani abang dan kakak sementara menunggu giliran bertemu doktor.


Ini dapat kami lihat melalui cara beliau berkomunikasi dengan semua pekerjanya. Anak-anak pun mudah mesra dan tiada istilah 'takut doktor' di sini.

Balik semula pada cerita BabyHanna tadi. Sangat mengejutkan, result doktor mengatakan anak kecil kami mula tunjukkan tanda-tanda mengalami asma. Belum lagi menghidap asma, cuma baru tanda-tanda dan keadaan akan menjadi semakin buruk jika tiada langkah mencegah.

Allahuakbar. Terasa seakan jantung terhenti berdegup. Tak pernah terlintas  anak kami yang sekecil itu, belum pun 6 bulan waktu itu, akan menghidap penyakit yang bukan-bukan. 


KakZam perasan, hampir menitik air mata jantan sang ayah tatkala memegang BabyHanna. Tengok, cara pegang anak pun nampak dia sedang panik.


Hati ibu, memang sedih. Tapi, mujurlah cuma baru tanda-tanda. Hati sang ayah, terlebih fragile bila melibatkan kesihatan anak-anak.

Tapi menurut kata doktor, BabyHanna perlu diberi rawatan untuk melancarkan pernafasan memandangkan saluran pernafasannya agak sempit kerana masalah kahak tadi. Kami kurang arif, tapi itulah menurut kata doktor.

Sebagai ibu bapa yang takde pengalaman ni, hati kami rasa sangat sayu dan sedih. Perasaan bercampur baur, takut, panik, semuanya ada. 

Syukurlah, selepas di'sedut', bunyi pernafasan BabyHanna semakin baik lancar. Alhamdulillah. Barulah dia dapat tidur dengan lebih lena pada malam tu.

Pesan doktor, jangan biasakan dia dengan habuk, debu dan sebagainya yang boleh menyebabkan kepada trigger asma tersebut. Perlindungan dari dalam juga sangat perlu dan penting untuk memastikan antibodinya kuat dan menghalang dari mudah demam dan mendapat serangan asma.

Apa yang KakZam buat? Anak sekecil itu tak mungkin kan untuk diberi suplimen?

Syukurlah BabyHanna menyusu badan secara eksklusif. Tugas KakZam memastikan setiap susu yang mengalir masuk ke perutnya sentiasa berzat dan berkhasiat serta mampu membantu menguatkan antobodinya.

KakZam amalkan suplimen berikut untuk memastikan hasrat di atas tercapai dengan jayanya. Antaranya adalah :-


SUSTAINED RELEASED VITA-C PLUS. Ini antara suplimen penting sebab ia bertindak sebagai antioksidan dan membantu menentang irritasi akibat pernafasan.

OSTEMATRIX. Pil pembekal kalsium ni sangat penting untuk membantu menyekat serangan dengan menghalang kontraksi otot bronkial. 

NUTRIFERON. Salah satu suplimen terpenting yang menggalakkan interferon semulajadi dalam badan untuk menguatkan imun badan secara semulajadi. 

B-COMPLEX. Selain dikenali suplimen yang membantu menyihat dan mencantikkan kulit, B-Complex ini juga mengandungi vitamin B6 yang membantu mengurangkan wheezing (bernafas dengan termengah-mengah) dan simptom asma.

OMEGA GUARD. Omega Guard adalah satu suplimen yang membantu dalam meningkatkan kesihatan kanak-kanak. Ia membantu merangsang sistem imun untuk melindungi sistem tubuh.

ESP (Energizing Isolate Soy Protein). Selain membantu meningkatkan tenaga, produk soya terbaik ni membantu meningkatkan tenaga serta membantu menggalakkan susu badan. Ia juga membantu memekatkan susu dan membantu BabHanna cepat kenyang.

Syukurlah sebab hampir kesemuanya suplimen di atas terdapat dalam set menyusu yang KakZam amalkan selama ni. Jadi tak perlu nak pening-pening kepala nak dapatkan yang lain. 

Bagi golongan dewasa yang menghidapi asma, KakZam sangat rekemen 5 suplimen tersebut untuk membantu meringankan masalah berkaitan. 

Jika perlu, tambah beberapa suplimen lain seperti VIVIX sebagai antioksidan yang sangat berkuasa, VITAMIN E untuk membantu menguatkan dinding salur darah serta CINCH TEA bagi membantu mengurangkan inflamasi salur darah.

Alhamdulillah, setakat ni BabyHanna takde lagi dapat serangan asma atau demam yang serupa macam dulu. Syukur, mintak dijauhkan semua tu. Mintak doa kalian yang membaca ye :)

Semoga yang membaca entry ni pun sentiasa sihat hendaknya, aamiin. Bagi yang ada masalah sama dan perlukan konsultasi, jangan segan-segan untuk contact KakZam okay. 

Assalamualaikum, babai.


Zam Zarina

ID : 1110934

012-3540262

Pengedar Shaklee Bandar Jengka, Pahang dan seluruh Malaysia.


You Might Also Like

2 comments

  1. Replies
    1. Tq Kak. Alhamdulillah baby sihat membesar bagai juara 💪

      Delete

Catatan Zam Zarina