Breastfeeding
MAKANAN YANG MENGGALAKKAN PENGELUARAN SUSU
Pengambilan makanan ibu sangat penting untuk memastikan kualiti air susu ibu bagi tumbesaran bayi. Air susu ibu merupakan makanan pertama bayi yang memiliki peranan yang sangat penting dalam tumbesaran anak bagi jangka masa panjang.
Air susu ibu sangat diperlukan oleh bayi untuk perkembangan otak dan pembentukan retina. Pemberian air susu ibu merupakan cara pemberian makanan semulajadi dan terbaik bagi bayi dan anak di bawah 2 tahun.
Kualiti air susu ibu sangat dipengaruhi oleh nutrisi yang diambil oleh si ibu. Tenaga dalam air susu ibu sebanyak 6% dihasilkan oleh protin, 48% oleh lemak dan 46% oleh karbohidrat.
Ibu menyusu adalah sangat tidak digalakkan mengurangkan jumlah pengambilan makanan untuk memenuhi keinginannya untuk mengurangkan berat badan kerana ia mampu mengurangkan jumlah pengeluaran air susu.
Juga tidak perlu terlalu ketat dalam mengatur nutrisi. Apa yang penting adalah makanan yang menjamin pembentukan air susu yang berkualiti dalam jumlah yang cukup untuk memenuhi keperluan bayi.
Antara Makanan Yang Mampu Mempengaruhi Penghasilan Susu Ibu.
1) Sayur-sayuran.
Sayur-sayuran adalah pilihan terbaik bagi ibu menyusu. Antara sayur-sayuran yang digalakkan pengambilannya adalah brokoli, sawi putih, lobak putih dan sebagainya.
2) Buah-buahan.
Buah-buahan yang berkhasiat dan tinggi serat turut membekalkan kalori sihat kepada ibu. Antaranya ialah epal, oren, betik dan banyak lagi.
3) Bijirin.
Bijirin mengandungi karbohidrat kompleks yang tinggi dan penting untuk meningkatkan bekalan air susu.
4) Buah-buahan kering.
Buah-buahan kering seperti kismis, kurma dan aprikot secara tradisional biasanya diberi kepada ibu menyusu kerana kandungan kalorinya yang cukup tinggi.
Ia membantu meningkatkan kalori di dalam badan sekaligus meningkatkan pengeluaran susu ibu.
5) Ikan.
Ikan dianggap sebagai salah satu makanan terbaik yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.
Ia kaya dengan kandungan lemak esential yang baik untuk ibu dan bayi. Ia juga boleh dipelbagaikan dengan jenis masakan berasaskan haiwan ini bagi membantu membuka selera.
6) Produk Tenusu.
Produk tenusu mengandungi khasiat kalsium yang tinggi. Susu, keju, yogurt dan mentega sebagai contoh, membantu melancarkan proses penghasilan susu ibu.
7) Teh Herba.
Minuman teh herba dengan perisa chamomile atau peppermint adalah lebih baik berbanding minuman lain. Paling penting, ibu menyusu mestilah mengelakkan soda atau mengandungi pengawet.
Alternatif Sumber Makanan
Selain makanan yang berkhasiat, sangat penting memastikan keperluan nutrisi mencukupi. Suplimen juga sangat digalakkan untuk membantu menggalakkan penghasilan susu ibu. Baca Kisah Penyusuan KakZam Di Sini.
Selain bermanfaat kepada ibu, ia sangat membantu ibu menyusui bayi dengan relax dan tenang.
Ibu-ibu juga boleh mengamalkan urutan pada payudara bagi membolehkan pengeluaran susu lebih lancar.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada ibu-ibu menyusu sekalian. Wassalam.
0 comments