KISAH MAGIS ESP KU

Jatuh cinta lagi
Lagi lagi ku jatuh cinta

Ewah ewah, kemain lagi dia kan. Happy nampak? Hehehe. Happy laa sebab hari ni nak share ke-happy-an dengan korang...mmuuuaaah




KakZam ni sebenarnya dah jatuh cinta berkali-kali lepas pertama kali jatuh cinta (berapa banyak cinta daa) dengan ESP (Energizing Soy Protein) ni. Kalau dulu dengar orang kata ESP ni bagus, habis senget benget bibir KakZam ni mencemuh mengejek, belakang dia je laa, depan-depan kang kena sebijik pulak, haha.




Dalam hati, "eleh, apa yang bagus sangat aku pun tak paham. Sama je korang dengan produk lain tu, nak menjual je kejenya, bukan kira pun elok ke tak elok barang korang jual tu."

Haaa, nampak tak? Nampak tak???

Sebab tak paham laa KakZam tak suka, menyampah dan tak percaya bila adaaaa je yang datang promot itu ini, begitu begini. Stress tau :(

Tapi bila dah dibukakan hati ni untuk lebih terbuka dan bertenang, waaaah....memang bagus betul ek. Tu pun lepas cuba sendiri dan rasa hasilnya.

Alkisahnya bila ada sorang customer KakZam ni bagi tau yang dia suka sangat minum ESP sebab tumit kasar dia tu jadi lembut, of course laa lepas konsisten dengan ESP tu. Waaaahhh, teruja KakZam.

Sambil-sambil menyembang tu, terus KakZam pun raba tumit sendiri (yang selalu jadi punca KakZam bergaduh laki bini tu la, haa sampai gitu sekali).

Eh, betulla. Tumit KakZam pun lembut jugak laa. Kasar merekah tu dah takde. Licin!! Ya Allah!! Kalau dulu silap menapak je, mesti tersangkut kat karpet, ikut laa apa-apa yang KakZam terpijak, kena kat tumit tu. 

Lepas tu, selalu kena marah dengan suami kalau tak sengaja tergesek kat kaki dia sambil-sambil kitorang tengok tv. Sedih tau...sob sob sob

Itu baru kisah tumit, belum lagi kisah kulit muka KakZam yang ada masalah tompok bulat putih-putih tu. Nak kata kurap, takde merah-merah atau rasa gatal merenyam. Cumanya bila tepek bedak, nampak sangat kesan bulat setompok tu. Tak lawa laa kan :(

Tu yang dulu selau ntepek krim muka tebal-tebal (dah pecah tembelang KakZam weh ;)

Sekarang??

Dah berani keluar rumah dengan langsung tak pakai mekap! Dare to naked hahaha (betul ke english KakZam nih..hahaha).


Testimoni sendiri pengambilan ESP bersama beberapa suplimen lain sebelum, semasa dan selepas bersalin.


Masa mengandungkan BabyHanna hari tu, memang alergik sangat dengan mekap, agaknya pembawakan babygirl kot. Pakai lipstik pun rasa macam sapu minyak masak je kat bibir tu, rasa berleming kata orang pahang. Hish, geli!!

Ada cerita lain pulak pasal ESP ni. Tau tak, KakZam ni jenis yang tak tahan berpuasa. Bila puasa je, mula laa lembik dari tengahari sampai ke petang. Apa pun tak boleh selain tidur je.

Tapi bila KakZam mula minum ESP, rasa lembik tu takde dah. Paling tak percaya, tak rasa lapar pun sampai ke petang. Siap KakZam boleh ikut adik ipar berniaga lagi. Meniaga makanan berbuka pulak tu. Kalau tak kuat iman, memang hancuss jadinya.

Memang best, sebab ESP ni rendah Indeks Glisemiknya. Jadi dia pecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil bebaskan glukos ke seluruh badan kita. Sebab tu perut tu tak rasa lapar dan kenyang lama. Nak bandingkan dengan kalau kita makan nasi, karbo dia pecah dengan cepat, sebab G.I. (Indeks Glisemik) dia tinggi. Sebab tu kita mudah rasa lapar dengan cepat.

Korang nak tau, ESP ni laa yang KakZam ambik sebelum, semasa, selepas bersalinkan BabyHanna. Sekarang pun masih ambik sebab nak maintain susu badan supaya sentiasa ada. 

Maklumlah, dulu-dulu masa anak sulung dengan anak kedua, KakZam tak sempat nak merasa susukan diorang sampai cukup umur 2 tahun. Dengan ilmu tak cukup, dengan susu kering pulak tu. 

Sedih sangat masa tu. Sedih sebab tangan sendiri pulak tu yang bancuh susu formula untuk diorang.

Sekarang, alhamdulillah sangat. Rezeki untuk anak ketiga ni melimpah ruah. Dah tentulah dengan izin Dia jugak disamping cukupkan minum air masak, suplimen milk-booster selain ESP tu.

Cukup dululah cerita KakZam dengan ESP ni. Lain kali sambung lagi. Ada yang teringin nak mencuba ESP macam KakZam ke? Kalau ada, jangan segan silu bagi tau ye 😊

Salam sayang dari KakZam, babai dan assalamualaikum.



KakZam

Si penjual shaklee

ID 1110934

012-3540262

Shaklee Bandar Jengka, Temerloh, Jerantut, Pahang dan seluruh Malaysia.




You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina