Kencing Manis
10 TANDA-TANDA ANDA MENGHIDAP DIABETIS
Apakah itu Diabetis?
Adakah ia BAHAYA?
Malaysia memiliki penghidap penyakit diabetis paling tinggi dia Asia Tenggara pada kedudukan ke-10 di dunia. Menakutkan bukan? Salah satu punca yang paling utama adalah faktor pemakanan dan gaya hidup yang semakin moden.
1 daripada 6 rakyat Malaysia didapati menghidap penyakit diabetis. |
Diabetis
Diabetis adalah keadaan yang disebabkan oleh kegagalan pengawalan gula dalam darah. Kegagalan ini terjadi kerana 2 faktor, yang pertama kerana pengeluaran hormon insulin yang tidak sesuai atau tidak ada. Kedua adalah disebabkan ketahanan insulin yang meningkat.
Diabetis terjadi apabila paras gula dalam darah yang meningkat dan sukar dikawal. |
Beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko menghidap penyakit diabetis adalah :-
- Kegemukan atau obesiti serta pengumpulan lemak dalam tubuh.
- Kurangnya aktiviti yang dapat mengakibatkan lemak dalam tubuh tidak ditukar sebagai tenaga.
- Umur yang semakin meningkat sehingga mengakibatkan kurangnya aktiviti.
- Faktor keturunan.
- Gaya hidup yang tidak sihat.
- Pola makan yang banyak mengandungi gula seperti teh manis, makanan bergoreng, minuman soda dan bergas serta makanan segera.
- Adanya virus dan bakteria human coxsackievirus B4, mumps dan rubella.
- Penyakit lain yang sedia ada seperti hipertensi dan kolestrol tinggi.
- Merokok.
- Stress.
- Kurang tidur.
- Jarang terdedah kepada panas matahari yang merupakan sumber vitamin D terbaik selain daripada makanan.
Gejala yang paling umum dihidapi oleh penghidap diabetis/kencing manis antara lain adalah :-
1. Bacaan gula dalam darah yang tinggi.
Cara terbaik untuk mengetahui paras gula dalam darah adalah dengan mendapatkan pemeriksaan daripada doktor.
1. Bacaan gula dalam darah yang tinggi.
Cara terbaik untuk mengetahui paras gula dalam darah adalah dengan mendapatkan pemeriksaan daripada doktor.
Selepas makan, paras gula dalam darah akan meningkat secara semulajadi dan jika perkara ini berterusan sepanjang hari, ianya adalah tidak normal.
2. Polidipsia (selalu berasa dahaga dan kerap minum) dan Poliuria (kerap kencing).
Kerap ke bilik air pada waktu malam dan diikuti dengan dahaga yang berlebihan diluar kebiasaan.
Rasa dahaga yang melampau ini tidak hilang walaupun telah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.
Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang akan bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tersebut. Ini akan memaksa kita untuk membuang air kecil dengan lebih kerap pada waktu malam.
Selepas tubuh kita kehilangan air, ia akan secara automatik membuatkan kita rasa lebih dahaga lagi dan inilah cara tubuh kita menguruskan gula dalam darah yang tinggi.
Dahaga yang berlebihan bermakna tubuh kita sedang menambah cecair dalam badan yang hilang.
3. Berat badan menurun secara drastik/cepat meskipun jumlah makan meningkat.
Kadar gula yang tinggi di dalam darah boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat.
Ya, bagi sesetengah individu (mungkin tak perasan mereka menghidap kencing manis) mereka mungkin gembira, tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.
4. Polidipsia Polifagi (banyak/kuat makan)
Penghidap diabetis/kencing manis akan sentiasa berasa lapar.
Apabila penghidap tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaannya, glukosa tidak dapat diproses oleh badan lalu menyebabkan paras gula dalam darah jatuh secara mendadak.
Apabila ini terjadi, tubuh kita menganggap bahawa kita sedang kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi.
Isyarat ini diterjemahkan oleh tubuh kita sebagai rasa 'LAPAR'.
5. Luka lambat sembuh.
Luka yang lambat sembuh adalah salah satu tanda klasik diabetis. Ia berlaku kerana saluran darah di'rosak'kan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri.
Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan untuk sampai ke anggota badan.
6. Keletihan dan CEPAT MARAH
Usaha tambahan tubuh kita untuk mengimbagi kekurangan glukosa akan membuatkan kita menjadi letih.
Bangun tidur untuk pergi ke tandas dengan kerap pada waktu malam juga membuatkan kita letih kerana waktu tidur yang terganggu..
Sememangnya, rasa letih sepanjang masa akan membuatkan sesiapapun menjadi cepat marah.
7. Terdedah kepada jangkitan kulat.
Penyakit diabetis melemahkan sistem imunisasi tubuh. Ini mendedahkan kita dengan risiko mendapat pelbagai jangkitan.
Jangkitan yang paling biasa adalah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain. Wanita khasnya sangat perlu berhati-hati dengan jangkitan yis pada faraj kerana faraj adalah antara organ yang mudah terkena jangkitan terutamanya jika tidak dijaga kebersihannya dengan baik.
8. Kabur penglihatan
Apabila glukosa dalam darah meningkat, ia mengubah bentuk kanta dan mata menyebabkan penglihatan menjadi semakin kabur.
Walaupun begitu, ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah menjadi normal atau hampir normal.
Jika masalah ini dibiarkan berlarutan, ia akan menyebabkan risiko kerosakan kekal, mahupun kecacatan (buta).
9. Rasa kebas.
Rasa bersemut, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki adalah tanda paling jelas dan tanda bahawa saraf telah rosak akibat kencing manis.
Sama keadaannya seperti masalah penglihatan tadi, jikania dibiarkan terlalu lama akan mengakibatkan kerosakan kekal pada saraf.
10. Kerengsaan pada kulit.
7. Terdedah kepada jangkitan kulat.
Penyakit diabetis melemahkan sistem imunisasi tubuh. Ini mendedahkan kita dengan risiko mendapat pelbagai jangkitan.
Jangkitan yang paling biasa adalah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain. Wanita khasnya sangat perlu berhati-hati dengan jangkitan yis pada faraj kerana faraj adalah antara organ yang mudah terkena jangkitan terutamanya jika tidak dijaga kebersihannya dengan baik.
8. Kabur penglihatan
Walaupun begitu, ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah menjadi normal atau hampir normal.
Jika masalah ini dibiarkan berlarutan, ia akan menyebabkan risiko kerosakan kekal, mahupun kecacatan (buta).
9. Rasa kebas.
Sama keadaannya seperti masalah penglihatan tadi, jikania dibiarkan terlalu lama akan mengakibatkan kerosakan kekal pada saraf.
10. Kerengsaan pada kulit.
Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini, seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah tidak tinggi.
Cara Mengatasi.
Jika terdapat sebarang tanda seperti di atas, adalah dinasihatkan agar melakukan pemeriksaan dengan segera. Bimbang jika ia menjadi semakin parah dan sukar dibendung.
Jenis makanan yang disarankan untuk mencegah atau mengubati diabetis antaranya ialah; epal, kayu manis, limau, ikan salmon, makanan kaya serat, kekacang (kacang panjang, kacang tanah dan sebagainya), teh hijau, bayam, coklat, cuka, sumber karbohidrat (nasi beras merah, roti tawar, sagu, bijirin, mi, kentang, gandum, ubi keledek dan ubi kayu), pengambilan air masak yang banyak, sirih merah, mahkota dewa, lidah buaya, bawang merah, bawang putih, daun selasih dan sebagainya.
Diingatkan di sini, kesan setiap sumber makanan di atas tidak sama bagi setiap individu serta tidak mempunyai kajian dan bukti keberkesanannya.
Pernah terjadi seorang penghidap mengambil sebiji epal hijau sebelum menjalani pemeriksaan berkala. Sebelum itu, beliau mengambil bacaan gula dalam darah di klinik desa.
Ternyata, bacaan sebelum dan selepas memakan epal hijau tersebut mempengaruhi bacaan gula dalam darah beliau. Bukan semakin menurun, malah sebaliknya meningkat naik dengan banyak sekali.
Salah satu cara membendung diabetis adalah dengan mengambil pemakanan yang kurang kadar gulanya selain pengambilan suplimen.
BAGAIMANA VIVIX MAMPU MEMBANTU MASALAH DIABETIS
Ramuan VIVIX yang mengandungi campuran yang kaya dengan resveratrol dan polifenol dapat memberi manfaat kesihatan kepada penghidap diabetis dengan :-
1. Membantu memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (metabolic syndrome).
VIVIX adalah antioksidan yang berkuasa untuk membantu melindungi dan memperbaiki sel-sel yang rosak . Jadi, pengambilan secara konsisten dapat memberi manfaat dalam mengurangkan metabolic syndrome yang mengarah kepada penyakit kasdiovaskular dan kencing manis yang disebabkan oleh kerosakan gen.
2. Mengawal Kepekatan Gula Dalam Darah.
Karbohidrat yang dicerna akan menghasilkan gula yang memberikan tubuh kita tenaga. Walau bagaimanapun, pengambilan karbohidrat yang tinggi seperti nasi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah kita meningkat.
Dengan VIVIX, sumber polifenol yang terdapat didalam anggur muscadine akan melambatkan pencernaan dan penyerapan karbohidrat di dalam darah seterusnya mengelakkan kadar gula yang tinggi yang menyebabkan kencing manis.
3. Mengelakkan Kerosakan Mata, Menggalakkan Proses Penyembuhan luka Dengan Segera.
Selain membantu mengatasi masalah stress, ramuan elderberry di dalam VIVIX sangat membantu memperbaiki masalah penglihatan serta mempercepatkan/menggalakkan proses penyembuhan luka berlaku dengan cepat.
4. Mencegah Pembentukan Protein AGE
Protein AGE (advanced glycation end products) terhasil daripada protein dan gula yang berlebihan dalam badan.
Ia boleh menyebabkan atherosclerotic, sel mati dan komplikasi penyakit kencing manis. Salah satu dari mekanisma anti-penuaan VIVIX adalah dengan memperlahankan pembentukan Protein AGE ini.
Berikut adalah testimoni dari pengamal VIVIX yang sudah merasai perbezaannya :-
Melihatkan pengalaman ramai orang, mereka akan berusaha mencari penawar kepada segala macam penyakit yang mereka hidapi sehinggakan memakan belanja berpuluh ribu ringgit. Ada yang berjaya, tapi tak kurangnya juga dengan yang tidak, malah menemui jalan buntu dan menunggu saja maut menghampiri, naudzubillahiminzalik.
Sebagai umat Islam, berusaha itu sangat perlu dan disuruh Allah. Berusahalah mencari jalan yang terbaik. Saya hanya insan kerdil yang hanya mampu untuk berkongsi apa yang saya tahu. Semoga perkongsian saya ini dapat memberi seribu rahmat dan manfaat kepada orang yang benar-benar memerlukannya.
Jangan lupa untuk menghubungi saya di talian whatsapp 012-3540262 untuk mendapatkan VIVIX dan konsultasi anda hari ini.
Salam sayang,
Zam Zarina
012-3540262
Assalamualaikum...
0 comments