SET MENYUSU SHAKLEE
Assalamualaikum
Lama sangat rasanya tak update entry kat blog ni. Dah bersawang gayanya..kikiki
Entry kali ni KakZam nak share keterujaan menyusukan anak ketiga. Pengalaman yang yang tercatat dalam sejarah hidup yang takkan KakZam lupakan sampai bila-bila.
Mesti ada yang heran kan? Alah, menyusukan baby je pun. Apa yang heran sangat.
BabyHanna. Baby ketiga KakZam yang tembam. Belum lagi tengok ketul-ketul lengan dan kaki dia lagi..kikiki |
Biarlah apa orang nak judge. Tapi bagi KakZam, ni rezeki sangat buat anak KakZam.
Alkisahnya, selama ni tak pernah dapat puasa penuh di bulan Ramadhan. Nurse memang tak galakkan untuk berpuasa sebab susu badan KakZam drop teruk.
Masa anak sulung dulu, nurse marah sangat. Katanya KakZam pentingkan diri sendiri. Tak fikir langsung pasal anak yang menyusu.
Atas nasihat nurse, KakZam puasa jugak, tapi tak penuh. Selang sehari KakZam ponteng demi memenuhi keperluan menyusu anak tu.
Anak kedua pulak, langsung tak puasa. In fact, kena tambah pulak susu formula sebab susu drop teruk, sekali lagi..sighs
Masa tu fikir, rasa macam teruk sangat sebab tak dapat susukan anak dengan susu badan sepenuhnya. Rasa teruk jugak sebab tak berpuasa, walaupun ibu menyusu diberikan rukhsah, kelonggaran dalam berpuasa.
Tapi, KakZam nampak sinar harapan untuk anak ketiga lepas makan suplimen untuk ibu menyusu. Jenama suplimen ni jugak yang KakZam amalkan untuk ikhtiar nak dapatkan baby ketiga ni.
Jenama suplimen yang sama jugak KakZam amalkan sepanjang mengandung untuk pastikan KakZam dan kandungan sentiasa sihat.
Alhamdulillah, memang rezeki sangat buat KakZam dan baby. Susu badan langsung takde masalah drop, malah bertambah meriah dan KakZam dapat berpuasa penuh. Syukur..huhu
Malah jadi susah hati pulak sebab stok susu yang melambak dalam deep freezer tu langsung tak luak...hahaha
Nak tau suplimen apa yang KakZam ambik untuk menyusu ni? Ni dia...tadaaa
Set menyusu lengkap buat keperluan BabyHanna |
Sebenarnya, KakZam bertambah-tambah happy sebab selain dapat menyusukan BabyHanna secara eksklusif dan KakZam sendiri dapat berpuasa penuh, KakZam dapat manfaat lain untuk kesihatan KakZam sendiri.
ESP (Energizing Soy Protein)
1) Sesuai dengan namanya ; Energizing, ESP ni sangat nembantu KakZam dalam membekalkan tenaga buat KakZam. Almaklumlah, menyusu lagi, nak uruskan rumahtangga selain anak lagi 2 orang yang makin membesar tu.
2) KakZam dapat rasa, rasa lapar tu lambat sebab ESP ni rendah kandungan indeks glisemiknya. Pernah rasa tak lepas makan nasi, rasa kenyang sangat? Tak lama lepas tu, rasa lapar yang amat sangat?
Sebab nasi adalah karbo yang tinggii indeks glisemik, iaitu tinggi kadar kandungan gulanya dan ia dilepaskan ke dalam sistem badan kita dengan sangat pantas. Sebab itulah kita dengan mudah rasa cepat lapar sampai menggigil.
Manakala ESP memecahkan gulanya dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem. Sebab tu KakZam rasa lambat lapar.
Merek yang sedang diet atau nak kurus dan penghidap kencing manis sangat sesuai untuk amalkan ESP ni tau.
Bagi yang berpuasa, memang highly recommended.
3) Paling KakZam suka, tumit KakZam yang bagai kertas pasir bila disentuh tu, sekarang terasa lembut sangat. Bila berjalan atas karpet, dah takde tersangkut dan luka lagi dah.
4) Kulit Kakzam terasa semakin lembut dan berseri. Tak macam dulu, kasar, kusam, 'berpanau', tona tak sekata, berminyak. Dah tak perlu losyen lagi dah untuk efek kulit lembut dam lembap. ESP je :)
5) Sebagai ibu menyusu, memang KakZam sangat perlukan ESP ni sebagai milk-booster. Susu memang banyak dan makin meriah. Alhamdulillah, BabyHanna tak jadi mangsa mama untuk minum susu formula macam abang kakaknya ^_^
ALFALFA COMPLEX
Gandingan hebat ESP dengan Alfalfa Complex ni memang terbaik untuk menghasilkan suau yang pekat dan banyak buat BabyHanna.
Sepanjang mengamalkan alfalfa ni, gatal-gatal belakang peha KakZam dah berkurang dan semakin lega.
OSTEMATRIX
Pil kalsium ni KakZam suka sangat. Sebab sembelit yang KakZam rasa tiap kali berpantang memang menyiksakan. Bila amalkan ostematrix ni, alhamdulillah KakZam dah tak lagi berlama-lama dalam tandas.
Proses membuang jadi sangat lancar dan selesa. Plus, bangun pagi terasa segar dan takde lagi sakit pinggang akibat menyusukan baby dan kejang kaki sewaktu mengandung memang dah takde.
VITA-LEA
Vita-Lea sebagai pelengkap multi-vitamin yang kaya dengan mineral dan nutrien. Ye lah, kita nak 'transfer' susu yang kaya dengan zat dan nutrisi, jadi kena pastikan susu tu susu yang berkualiti.
B-COMPLEX
Proses menyusukan anak mungkin terasa beban bagi sesetengah ibu. Penat, letih, stress dengan kerja-kerja lain sebagai ibu dan isteri di rumah. Dengan pengambilan b-complex mampu melegakan stress.
Ia juga bantu KakZam untuk menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, which is sangat KakZam perlukan untuk menyusu dan melakukan kerja-kerja di rumah. Jadi sesuai jugak buat yang nak slim tu kan.
SUSTAINED RELEASE VITA-C
Suplimen yang glemer di kalangan kaum hawa untuk cantikkan kulit ni, rupanya memang high demand jugak untuk ibu menyusu.
Mana taknya, vitamin c semulajadi dalam badan akan susut secara semulajadi. Apalagi bila menyusu, semakin banyak penyusutan vitamin c dalam badan akan berlaku.
Apa jadi bila makin kurang vitamin c dalam badan?
1) Kuku kita akan jadi rapuh dan mudah patah.
2) Gusi akan mudah berdarah.
3) Kulit mudah menjadi lebam.
4) Apabila luka, proses penyembuhan menjadi lambat/perlahan.
5) Kulit menjadi kering, kasar, kusam dan ruam.
6) Kedut di kulit menjadi semakin ketara dsb.
SUPLIMEN TAMBAHAN - OMEGA GUARD/LECITHIN
Kebiasannya, ramai ibu-ibu menyusu yang mengalami masalah bengkak susu. Tak terkecuali KakZam. Kalau tak betul cara, boleh jadi demam. Tapi alhamdulillah setakat ni tak sampai tahap demam.
Kalau sampai tak sihat, nanti kesian pulak baby. KakZam amalkan LECITHIN untuk elakkan bengkak susu. Selain untuk tujuan bengkak susu, KakZam memang amalkan dari sebelum mengandung lagi untuk mengurangkan dan kekalkan berat badan.
Lagipun LECITHIN ni bagus untuk minda, KakZam pulak jenis yang pelupa. Memang sesuai sangat untuk KakZam yang ni yang jenis sibuk dengan anak-anak, suami pulak selalu outstation. Semua benda KakZam nak kena buat sorang, nak kena ingat.
OMEGA GUARD tu pun bagus untuk rangsang minda anak yang tengah menyusu. Tak perlu dah kot bagi minyak ikan yang hanyir tu, budak-budak tak suka. Dah sesuai sangat KakZam ambil OMEGA GUARD ni.
Omega Guard mengandungi DHA dan EPA yang tinggi. Satu sajian memberikan 990mg asid lemak omega 3 (546mg EPA dan 360mg DHA) |
Disamping tak mudah demam, KakZam masih boleh maintain berat badan dengan pengambilan OMEGA GUARD ni secara konsisten. Bukan KakZam sorang je, anak-anak yang pun KakZam bagi makan jugak. Bagus untuk rangsang otak anak-anak yang sedang membesar.
Terima kasih sangat buat sahabat KakZam yang memperkenalkan suplimen shaklee ni kepada KakZam. Kalau bukan sebab jasa dia, sampai sekarang KakZam tak tau pasal Set Menyusu ni.
Diharap, pada yang mempunyai masalah sama macam KakZam ni, berusahalah. Jangan diam dan terus bancuh susu formula untuk baby tu. Ingat, susu badan ni hak anak. Semoga perkongsian KakZam ni bermanfaat untuk semua.
Oh ye, boleh juga dapatkan Set Menyusu ni dari KakZam ye. Boleh klik -->> SINI untuk pembelian secara online.
Jangan lupa dapatkan suplimen tambahan Omega Guard dan Lecithin -->> DI SINI.
0 comments