MAKANAN PENGGALAK KOLAGEN

Semakin kita meningkat usia, tubuh kita semakin kurang menghasilkan kolagen mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus disamping kulit yang semakin kendur.



Kebanyakan wanita menginginkan kulit wajah yang cerah, tegang dan anjal.


Umur juga merupakan salah satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen dalam tubuh kita. Ditambah pula dengan faktor luaran seperti sinar matahari, radikal bebas, air dan nutrisi yang tidak mencukupi serta ditambah pula dengan tabiat merokok.



Kolagen 

Perkataan kolagen berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud bersifat lekat atau menghasilkan pelekat. 

Apa itu kolagen? Ia merupakan salah satu protein yang berungsi untuk 'mengikat' tubuh manusia. 30% protein yang terdapat di dalam tubuh manusia terdiri daripada kolagen iaitu pada tulang, sendi, tendon dan sebagainya.

Ianya adalah struktur organik dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Jadi kolagen sangat penting untuk kita bagi memastikan fungsi tubuh berjalan dengan baik.

Tubuh kita akan mula kehilangan kolagen seawal umur 20 tahun dan sebanyak 4000mg kolagen akan susut setiap hari. Oleh kerana itu, maka timbullah kesan penuaan seperti garis-garis halus dan kedutan pada wajah selain bahagian-bahagian ligamen yang mula berasa sakit.



Mengambil suntikan untuk tujuan kecantikan adalah tidak digalakkan.

Kebanyakan wanita sangat menitikberatkan tentang garis penuaan dan kedutan pada wajah. Jadi ramai antara mereka mencari alternatif kecantikan untuk kulit seperti menggunakan krim yang mengandungi kolagen. Tak kurang juga ada yang mengambil suntikan kolagen. Cara yang kedua ini sangat dibimbangi kerana kesannya yang agak berisiko.

Sebaiknya, rawatan kulit dari dalam adalah yang terbaik dan berkesan jika dibandingkan dengan rawatan luaran. Antaranya adalah dengan mengamalkan pemakanan sihat yang dapat meningkatkan penghasilan kolagen dalam tubuh.


SUMBER MAKANAN YANG MENGANDUNGI VITAMIN C UNTUK MENGGALAKAN PENGHASILAN KOLAGEN

1. Ikan Salmon


Kandungan astaxanthin yang yang terdapat di dalam daging ikan salmon berfungsi untuk memperlambatkan proses penuaan pada kulit. Manakala kandungan omega-3 'bekerja' untuk menjaga kelenturan kulit dan menenangkan kulit yang mengalami keradangan.


2. Strawberi

Kandungan vitamin C yang terdapat pada strawberi berperanan untuk mengurangkan kesan penuaan seperti kedutan, kulit kering dan kasar. Selain itu, ia bermanaat menentang radikal bebas dan merangsang pembentukan kolagen dan menghaluskan kulit. Ia juga mengandungi asam elgik yang tinggi yang dapat membantu melindungi serat elastik agar struktur kulit tetap tegang dan sekaligus mengelakkan kedutan.


3. Tomato

Seringkali kita mendengar tomato membantu untuk proses awet muda. Bagaimana? Ini kerana tomato mempunyai kandungan likopen yang merupakan antioksidan tinggi untuk mengelakkan kerosakan kulit akibat radikal bebas.



4. Buah Delima

Ramai sedia maklum dengan kehebatan salah satu makanan sunnah yang terbukti sangat bermanfaat buat kesihatan dan juga minda ini. Buah delima memiliki kandungan antioksidan tinggi yang bermanfaat dalam membantu proses menggalakkan pembentukan kolagen sehingga mampu membantu proses penyembuhan luka pada kulit.


5. Buah Markisa



Buah Markisa berasal dari Amerika Selatan, namun di Malaysia juga sudah boleh didapati. Biasanya ia dijadikan minuman dan rasanya juga enak. Buah ini kaya dengan vitamin c dan juga tinggi dengan kandungan vitamin A serta potassium.


Selain dari makanan semulajadi, terdapat juga makanan tambahan yang membekalkan kolagen dengan jumlah yang menyamai jumlah kehilangannya setiap hari iaitu sebanyak 4000mg setiap hari. Shaklee Collagen Powder membekalkan jumlah yang sama di dalam setiap sachet bagi menggantikan semula kolagen yang telah hilang tadi dengan sangat efektif.

Berikut merupakan beberapa terstimoni kecantikan yang berjaya dengan Shaklee Collagen Powder. Sila klik sini.




***Segala penulisan atau testimoni tentang produk yang dikongsikan di laman ini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan adalah digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.

You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina