PENTINGKAH PROTEIN UNTUK TUBUH KITA?




Protein terdiri daripada amino asid yang merupakan blok dalam penghasilan setiap sel. Tubuh kita menggunakan protin untuk membina dan membaiki tisu-tisu. Ia juga penting dalam proses menghasilkan otot, kulit, tisu, tulang, sendi, rambut, darah dan pelbagai organ penting yang lain.

Kepentingan PROTEIN juga berkait rapat dalam penghasilan enzim, hormon, hemoglobin dan antibodi. Walaupun protin digunakan untuk pertumbuhan, penyelenggaraan dan pembaikan, ia juga digunakan dalam penghasilan glukos untuk keperluan tenaga apabila badan memerlukan.

Protein haiwan merupakan sumber 'biologi lengkap' jika dibandingkan dengan protin sayur. Majoriti rakyat Malaysia menggunakan protin haiwan sebagai sumber utama. Bagaimanapun, protin haian mengandungi lemak dan kolestrol yang tinggi dan ia mempunyai hubung kait dengan penyakit seperti tekanan darah tinggi dan jantung.


PROTEIN SOYA SEBAGAI PENGGANTI TERBAIK UNTUK PROTEIN HAIWAN



Protein soya sebagai pengganti terbaik kepada protein haiwan

Kesimpulan daripada penemuan saintifik, penyelidik menyarankan pemilihan makanan kepada makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan. Kacang soya merupakan satu-satunya tumbuhan yang mengandungi kesemua 9 jenis amino asid perlu dan telah digunakan sejak dahulu lagi sebagai pengganti protein haiwan dalam pemakanan harian.

Selain merupakan sumber protein terbaik yang mengandungi vitamin B dan mineral,protein soya memberikan pelbagai manfaat kesihatan yangtidak boleh didapati daripada sumber protein haiwan.


KEBAIKAN PROTEIN SOYA :

1) Kandungan amino asid yang terdapat di dalam protein soya penting untuk membina otot, kulit, rambut, darah, kuku dan organ yang lebih sihat. Pengambilan yang konsisten sangat membantu dalam melambatkan proses penuaan.

2) Meningkatkan prestasi tenaga dan ketahanan badan. Sangat sesuai diamalkan ketika berpuasa untuk memastikan tubuh kekal bertenaga dan bermaya.

3) Melancarkan peredaran darah.

4)Meningkatkan kesihatan tulang.

5) Mengekalkan kesihatan payudara dan prostat. Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti mampu mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. 

6) Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, yang mengawal kestabilan hormon, melancarkan tempoh peralihan menopos.

7) Merangsang pembentukan semula (regenerasi) kulit dan otot, mengurangkan kedutan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot.

8) Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut. 

You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina