PUNCA SEMBELIT



Adakah anda sering mengalami sembelit? Tahukah anda tanda-tanda dan simptom sembelit? 


Soalan cepumas untuk pembaca sekalian : 

1. Berapa kekerapan anda membuang air besar dalam sebulan, seminggu dan sehari?

2. Berapa lama masa yang anda biasa ambil untuk satu sesi pembuangan? 10 minit, setengah jam, 1 jam, dua jam atau mungkin lebih lama?

3. Adakah anda mengalami kesukaran sewaktu proses pembuangan?

4. Adakah anda melalui proses yang sukar sewaktu proses pembuangan?

Jawapan anda menentukan sama ada anda mengalami sembelit atau pun tidak. 

1. Jika anda kurang membuang air besar atau sekurang-kurangnya dua hari sekali, bermakna anda sedang mengalami masalah sembelit. Orang yang sihat dan normal akan membuang air besar sekurang-kurangnya sekali sehari. 

2. Masa yang diambil untuk proses pembuangan bergantung kepada seseorang individu tersebut. Perhatikan gejala sembelit dengan baik. Adakah anda mengalami najis yang keras ataupun lembut? Jika najis yang keras, pastinya masa yang lebih lama diperlukan. Ini bermakna anda mengalami masalah sembelit.

Najis yang keras akan mengakibatkan luka dan pendarahan pada bahagian dubur. Ini mengakibatkan rasa tidak selesa dan sakit bergantung pada luka tersebut. Ia juga boleh menjadi punca kepada jangkitan kuman pada bahagian tersebut.

3 & 4. Najis yang keras akan mengakibatkan seseorang individu itu mengalami kesukaran semasa proses pembuangan. Ini akan mengakibatkan ia mengambil masa yang lebih lama dan mungkin menjadi punca sakit lutut terutamana bagi warga emas.

Apakah sebenarnya yang menjadi punca kepada masalah sembelit? Ramai antara kita yang kurang menitikberatkan amalan gaya pemakanan yang sihat apalagi di zaman sekarang yang makanan segera amat mudah didapati.

Tubuh kita seringkali memberikan isyarat yang ia perlu membuang air besar. Tetapi ramai yang sering menangguh-nangguh panggilan  tersebut dek kerana tidak mengambil berat akan kesihatan perut dan usus khususnya. Apabila tubuh dah terbiasa menangguh-nangguhkan proses pembuangan, lama-kelamaan ia jadi terbiasa dan semakin lama semakin banyak najis yang terkumpul dan akhirnya ia mengeras dan melekat pada dinding usus.


Antara PUNCA SEMBELIT :-

1. Kurang minum air putih.
2. Kurang pengambilan serat.
3. Kurang pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran.
4. Seringkali menahan, menangguh-nangguhkan atau melambat-lambatkan dari membuang air besar.
5. Kurang aktiviti bersenam atau pergerakan tubuh terutamanya bagi warga tua.
6. Perubahan hormon bagi wanita hamil akan meregangkan otot-otot dan menjadi punca sembelit selain janin yang menekan bahagian usus.
7. Otot perut dan usus yang semakin lemah terutamanya warga tua.


CARA MENGATASI SEMBELIT :-

1. Lebihkan pengambilan air putih sekurang-kurang 8 gelas sehari.
2. Amalkan pemakan sihat setiap hari.
3. Amalkan pengambilan buah-buahan dan sayuran setiap hari.
4. Lakukan aktiviti bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
5. Sentiasa alert pada isyarat tubuh yang memerlukan kita untuk pergi ke tandas setiap hari. Jangan BERTANGGUH!!
6. Amalkan pemakanan suplimen yang bersesuaian.


Antara suplimen yang sesuai untuk permasalahan sembelit ini adalah seperti yang saya amalkan dari Shaklee.



LECITHIN

Ia berungsi untuk melembutkan najis disamping menjalankan proses membakar lemak dan kolestrol. Membantu melembapkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.




ALFALFA COMPLEX

Alfalfa mengandungi banyak serat yang membantu pengambilan serat yang mencukupi. Daun alfalfa bersifat fiber yang membantu dalam proses pelawasan. Selain dari melembutkan najis, ia juga menjalankan proses detoksifikasi (penyingkiran najis dan toksin).




OSTEMATRIX

Ostematrix membantu sel untuk menyerap nutrien yang diperlukan oleh tubuh dan usus terutamanya. Selain itu, ia membantu merangsang proses detoksifikasi selain membantu melembutkan najis. Ia juga membantu memberikan kelegaan akibat kepenatan.




VIVIX

Di dalam VIVIX terdapat Anggur Muscadine yang merupakan sumber diet terbaik untuk serat. 35 biji Anggur Muscadine memberikan 105 kalori dan 7gram serat. Dengan biji yang boleh dimakan dan kulit yang tebal, ia memang tinggi dengan kandungan serat larut, bahan yang membantu penghadaman dan mencegah sembelit. Serat dalam biji Anggur Muscadine bersamaan dengan serat yang terkandung dalam 5 biji anggur tanpa biji yang biasa. Jadi, ia sangat bagus untuk penghadaman. Antara bacaan lain VIVIX vs KEPUTIHAN

Bayangkan anda adalah individu yang mudah 'membuang' setiap pagi dengan sangat lancar dan selesa tanpa rasa menyakitkan. Pastikan juga anda bukan salah seorang individu yang menyimpan terlalu banyak najis lama dan tebal pada dinding usus anda. 

Selamat Berjaya...

Untuk pembelian sila dail nombor 012-3540262 untuk maklumat lanjut. COD di Bandar Jengka, Jerantut dan Temerloh, manakala pos ke seluruh Malaysia.

You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina