Petua Hapuskan Jeragat Tanpa Kos

Masalah jeragat merupakan salah satu masalah kulit muka yang sering ditakuti oleh kebanyakan wanita. Bermacam cara digunakan agar ia menghilang dari bertenggek di kulit muka masing-masing.

Apa itu Jeragat?

Jeragat adalah perubahan warna kulit gelap yang muncul di kawasan yang terdedah kepada sinar matahari yang kebiasaannya terdapat di bahagian muka terutamanya pipi.


Namun, tak kurang juga yang mengalaminya di bahagian dahi dan hidung.

Punca Jeragat:-

>sering terdedah kepada cahaya matahari
>kesan akibat pengambilan ubatan / pil hormon
>kesan akibat penggunaan alatan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit
>keturunan

Jeragat menyebabkan kulit muka kelihatan kusam dan 'kotor'. Kebiasaannya, individu berumur 40 tahun ke atas lebih tinggi berisiko mengalami jeragat.

Terdapat banyak cara untuk menghilangkan jeragat sesuai dengan teknologi moden masa kini. Tetapi ia menelan kos yang agak tinggi.

Berikut tips mudah dan murah bagi menghilangkan jeragat dari terus menghuni wajah anda. Bahan-bahan yang diperlukan pula mudah didapati di dapur kita sendiri.

Petua #1

Gunakan kulit pisang untuk disapukan ke kulit muka. Sangat mudah bagi penggemar pisang kerana boleh terus apply selepas memakan pisang. Gosokkan ke seluruh muka dan biarkan seketik. 5 minit sudah memadai. Kemudian cuci muka dengan air suam.

Saya pernah gunakan kaedah ni semasa di sekolah menengah dulu selepas di ajar oleh salah seorang teman rapat. Terima kasih Asmahaniza.

Hasilnya, kulit muka akan segera merasa tegang.

Petua #2

Ambil putih telur, rendamkan tisu ke dalam putih telur dan tekapkan ke muka seperti memakai masker. Biarkan sehingga tisu menjadi kering.

Setelah tisu kering, buang tisu dan cuci muka dengan air suam.

Cara ni pun pernah saya cuba nak cuba..hihi. Tapi tisu tu tak sempat sampai ke kulit muka pun sebab tak tahan dengan bau telur tu. Rasa nak muntah.

Petua #3

Sejukkan beberapa helai daun sirih muda di dalam peti sejuk. Ambil sehelai setiap pagi dan terus gosokkan ke seluruh muka, terutamanya di bahagian jeragat. Setelah kering, cuci muka dengan air suam.

Petua #4

Rendamkan semalaman segenggam beras. Kisar bersama 4 inci daun betik dan 1 inci kulit kayu manis dengan sedikit air. Kisar hingga halus dan sapukan ke seluruh muka. Biarkan selama  lebih kurang 15 hingga 20 minit sehingga kering.

Kemudian, lembapkan muka dan gosok seperti scrub. Cuci dengan air suam.

Petua #5

Gosokkan hampas kelapa di seluruh kulit muka. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Setelah kering, cuci dengan air suam.

Amalkan selalu dan jeragat mudah hilang dan kulit muka akan menjadi lebih halus.

Petua #6

Tumbukkan sedikit kunyit hidup, gaulkan dengan sedikit tepung ubi dan sebiji telur (putihnya sahaja). Kacau sebati bersama perahan air limau nipis atau purut.

Sapukan pada kulit muka dan biarkan selama 1/2 jam sebelum dicuci dengan air suam.

Mungkin ada yang menganggap petua di atas adalah proses yang melecehkan. Mungkin ada yang inginkan cara lebih mudah dan cepat.

Saya ingin mencadangkan Set Jeragat Shaklee yang sangat mudah untuk digunakan.


Dengan Set Jeragat Shaklee ni, ia berfungsi untuk :-

✔melambatkan penuaan
✔menyekat pembentukan pigmen punca utama kejadian jeragat
✔mencerahkan kulit
✔merangsang pembentukan kolagen yang sangat berguna untuk kesihatan tisu, kulit dan menganjalkan kulit
✔menangani masalah kulit kering, kulit kasar dan ruam
✔mengurangkan kedut, garis halus, parut dan bintik penuaan
✔memperbaiki tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot
✔menyihatkan mata
✔membekalkan tenaga
✔memulihkan bengkak dan ulser
✔menganjalkan salur darah, menperbaiki kitaran haid
✔mengurangkan kesan parut
✔melegakan keletihan
✔memudahkan proses detoksifikasi
✔meringankan masalah sembelit

Saya syorkan penggunaan Set Jeragat ini digabungkan bersama dengan ESP untuk kesan yang lebih optimum.

Rawat masalah jeragat anda sebelum ia menjadi semakin parah. Sila ajukan soalan lain tanpa segan silu.

#sayapengedarShakleeBandarJengka
#setjeragat #setjerawat #setkulit #setkurus
#setmengandung #setmenyusu #setberpantang
#setsembelit #setdetoks

Wasap saya
012-354-0262









You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina