SET RAMPING SHAKLEE

ASSALAMUALAIKUM WBTH...

“Bila laa nak kurus??” Soalan selalu bermain di fikiran setiap wanita normal yang mempunyai berat badan berlebihan, termasuklah saya sendiri. Pengalaman saya sendiri, saya mula merasakan berat badan semakin bertambah semasa mengandungkan anak kedua saya, Nurul Asyiqin Batrisyia.

Shaklee Pahang, Shaklee Bandar Jengka, Shaklee Temerloh, Shaklee Jerantut
Masa ni tengah pregnant kakak Syiqin,
6 bulan kalau tak silap.. Abang Ridzman 4tahun


Saya disahkan menghidap penyakit kencing manis sewaktu kehamilan menjangkau usia 6 bulan. Syukurlah ia tidak sampai tahap mencucuk insulin. Saya hanya perlu mengawal diet agar ia tidak menjadi semakin parah.

Waktu kelahiran juga terpaksa diawalkan berikutan doktor bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada bayi dalam kandungan jika dibiarkan lahir pada tarikh kelahiran asal.

Syukurlah, kami berdua selamat dalam proses kelahiran normal. Syukur juga kerana penyakit kencing manis saya berakhir di situ. 

Bermulalah waktu berpantang yang memang kurang saya gemar. Memang tak best laa, banyak makanan yang biasa saya makan terpaksa saya lupakan buat beberapa ketika.

Tapi, tak apa lah.. Demi kesihatan saya dan orang baru, saya relakan…hihi. Ingatkan lepas pantang terus kurus, tapi rupanya tak… Kali ni saya tak berpantang dengan betul macam pantang beranak sulung dulu.

Menyesal jugak tak dengar cakap mak. Sudahnya, boroi masa mengandung dulu tak surut2. Baru laa sibuk nak pakai semula korset yang beli masa lepas pantang beranak dulu.. Memang tak muat laa.. Tapi sebab nak kurus, saya paksa pakai jugak korset yang mahal ya amat tu…

Seksanya ya rabbi… Habis sakit satu badan,nak muntah, kepala macam nak pitam. Seksanya nak cantik. Korset dah tak boleh pakai, ok, saya cuba cara lain… Saya try pulak beli lotion panas untuk bakar lemak.

Suami pulak bising. Katanya bau busuk, nak termuntah. Anak-anak pun tak suka baunya. Alahai…. Nak makan ubat kurus sebarangan, saya tak berani. Takut ada komplikasi pulak nanti. Sudahnya, saya biarkan aje badan saya makin bulat setiap hari. Makan pulak dah takde control2 dah.. Pantang nampak, semua nak telan.

Entah macam mana, saya terjumpa Shaklee (dalam fb laaa). Tanya punya tanya, hati saya pun terpikat, apa lagi bila adik  saya sendiri rekemen sebab dia pun makan produk Shaklee jugak.

Sebelum beli, macam2 saya tanya untuk pastikan saya tak tersalah pilih produk. Bila dah betul2 puas hati, saya pun cuba Set Kurus Shaklee ni. Mula2 ada perubahan, tapi sikit je laa.. Sebulan lebih lepas tu macam dah takde yang kurang. Rupanya, set ni tak turunkan berat badan kita dengan banyak dalam masa yang singkat.

Sebenarnya, diet yang berjaya bukanlah bermakna berat kita turun dengan sangat banyak dalam masa yang singkat. Itu sebenarnya adalah diet yang paling tak sihat dan tak berjaya, because the weight loss will rebound!! Macam yo-yo… Cepat turun, cepat pulak dia naik. Banyak pulak tu…


Shaklee Pahang, Shaklee Bandar Jengka, Shaklee Jerantut, Shaklee Temerloh
tadaa... ini laa Set Ramping Shaklee yang
saya guna. Masa ni baru sampai, panas lagi....

Selama 3 bulan, alhamdulillah... Saya sangat berpuas hati. Walaupun target masih belum achieve, sekurang-kurangnya saya lebih selesa dengan keadaan sekarang. Lepas ni kena double upkan usaha, kena work out semula..hehe.. Dah lama tinggal...

Ok laa.. cukup dulu buat sementara ni.. next entry saya cerita khasiat Set Ramping Shaklee ni pulak ye... Pada sesape yang nak cuba jugak, jangan lupa contact saya ye.. daaa... Assalamualaikum....


iR Zam Zarina 
Shaklee Independent Distributor : 1110934
call/sms/whatsapp : 012-3540262


You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina