SAYA SUKA SANGAT JOIN SHAKLEE!!!

Assalamualaikum wbth...

Saya suka cantik dan saya suka sihat. Saya suka kalau saya sentiasa cantik dan sihat. Tapi, saya xtau nak nak guna produk apa sebab takut betul dengar kisah pembeli online yang tersalah dalam membuat pilihan. 

Mereka ni, samada ditipu ataupun tertipu. Kalau tersalah beli produk bukan makanan takpe lagi, kalau rugi pun, rugi duit je. Yang jadi naya kalau tersalah beli produk makanan yang berasaskan makanan kesihatan yang tiada kelulusan.

Saya pernah kisah seorang pakcik tua yang berkahwin dengan isteri baru yang jauh lebih muda. Demi sayangkan isteri barunya tu dan demi memenuhi tuntutan kewajipan, pakcik ni sanggup membeli produk kesihatan (nama produk dirahsiakan) secara dalam talian (bahasa mudah orang sekarang online). Bulan pertama penggunaan si isteri merasa puas dengan ‘performance’ suaminya.

Bulan kedua mereka semakin yakin dengan produk berikut. Masuk bulan ketiga, si suami mula menunjukkan tanda-tanda kemerosotan kesihatan sehingga lumpuh separuh badan dari pinggang ke bawah. Setelah mendapatkan pemeriksaan doctor, pakcik tua tadi disahkan mengalami kerosakan buah pinggang, strok dan bermacam penyakit lain. 

Akhirnya dia ditinggalkan isteri mudanya yang tak sanggup menjaga suami yang sakit yang dah mampu lagi melayan nafsu mudanya. Penyesalan yang tak berpenghujung bagi si suami tadi.

Wah, dah macam karangan pulak. Kita tinggalkan kisah pakcik tadi dan sebenarnya sambung kisah saya yang nak sentiasa sihat dan cantik. 

SHAKLEE… Macam pernah dengar je, tapi di mana ya?? Ya..saya mula kenal Shaklee sebab nak kurus, nak cantik dan yang paling penting saya nak sentiasa SIHAT!! Salah sorang adik saya yang consume Shaklee pernah nasihat, jangan tersalah pilih produk dan dia cadangkan Shaklee untuk apa saja masalah kesihatan. 

Cakap bukan sebarang cakap, dia tunjukkan bukti. Dia tunjukkan saya hidungnya yang dah takde blackhead, kulitnya yang makin cantik gebu, cuttingnya yang makin slim..

Tapi saya tak semudah itu untuk percaya. Selama lebih 5 bulan saya buat research sana sini (internet, tanya kawan2 sana sini). Walaupun tak berapa faham, tapi buat2 faham bila tengok hasil pada tuan badannya yang makin cantik, makin slim, makin..semua makin laa… akhirnya saya pun yakin dan sebab nak murah saya masuk ahli.

Disebabkan saya memang suka meniaga, saya rasa Shaklee memang platform yang terbaik bagi saya untuk menjana pendapatan lebih. Sebabnya…banyak… Dah tentulah sebab nak memperbaiki taraf hidup. Jasa mak abah belum lagi dapat saya balas. 

Anak2 makin membesar (masih ada hajat nak tambah lagi, takkan selamanya 2 beradik tu je kot, yang kecik tu pun dah pandai cakap nak adik). Financial freedom adalah sebab paling kukuh. Dengan adanya kewangan yang kukuh, saya tak perlu lagi berfikir panjang nak hulur kat mak abah. 

Tak payah nak kedekut isi minyak kereta. Macam2 lagi laa.. Kalau nak sebut semua, kena buat assignment la pulak…

Sebenarnya saya pernah terjebak dalam banyak aktiviti MLM. Antaranya Hai-O, Uptrend dll. Jadi saya serik nak ulang semua tu. 

Dengan modal yang sangat besar, RM21,000 tak termampu dengan status surirumah. Mungkin nasib saya dan suami baik, pinjaman bank yang kami usahakan gagal.  

Saya juga bercita-cita nak bimbing orang lain yang punya cita2 yang BESAR macam impian saya tu. Saya nak tengok diri saya sendiri berjaya tolong orang lain berjaya lebih daripada diri saya, InsyaAllah…

Paling penting, sejak saya kenal Shaklee saya makin muhasabah diri, makin dekat dengan Allah. Dulu saya tak pernah solat tahajjud, dhuha, yang wajib 5 waktu pun selalu kantoi. Tapi sekarang Alhamdulillah, kalau ponteng pun seminggu sekali je.  Rasa ruginya bazir waktu 32 tahun tak pernah nak dekatkan diri pada-Nya.

Alhamdulillah, sekarang saya mampu menahan sabar, menenangkan diri sendiri tatkala hati rungsing, marah. 



Jom sertai saya untuk sama-sama kita menggapai impian masing-masing yang saya percaya, walau apa saja impian kita, kita tetap mahukan yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

Pendaftaran untuk menjadi ahli cuma serendah RM65 seumur hidup ditambah kos penghantaran sebanyak RM10 di semenanjung dan RM20 di Sabah dan Sarawak.

Selain penjimatan kos pada harga ahli, banyak lagi kebaikan lain yang anda perolehi. Tak perlu modal yang besar dan tak perlu simpan stok kerana anda hanya perlu:-
1. Dapatkan wang dari pelanggan.
2. Membeli secara online.
3. Barang akan di hantar terus kepada pelanggan anda.

Selain keuntungan runcit, ahli juga akan mendapat point yang boleh ditukar menjadi bonus tunai, BEST kan?? Susah nak cari downline?? Jangan susah hati, bisnes Shaklee ni bukan bergantung pada orang lain melainkan usaha diri kita sendiri. 

Tapi jangan bimbang sebab kami ada group yang MANTAP untuk membantu dan menyokong usaha anda. Belum tentu kalau ada downline berderet-deret kita tak payah buat kerja. Kalau kita sendiri tak buat, kita tak dapat. Kita buat, dah tentu2 laa kita dapat... As simple as that!!

Ok, itu saja buat masa ni. Salam perkenalan dari saya iR Zam Zarina. Bersama-samalah kita berjaya dalam Shaklee. Sila hubungi saya untuk menyertai keluarga besar SHAKLEE.

Saya pengedar Shaklee Jengka, Jerantut, Temerloh dan seluruh Malaysia.




iR Zam Zarina 
Shaklee Independent Distributor : 1110934
call/sms/whatsapp : 012-3540262


You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina