strok
STROK
ASSALAMUALAIKUM WBTH
Hai semua…
Dalam pada tercari-cari idea untuk
entry kali ni, saya terpandang surat khabar lama dengan topic menarik. STROK!!
Kali ini saya akan bawakan anda sedikit pengisian tentang tajuk ini yang tak
kurang ramai penghidapnya di Malaysia.
Strok ataupun angin ahmar adalah
serangan otak yang berlaku apabila bekalan darah ke otak terganggu. Menurut
Pertubuhan Angin Ahmar Sedunia, penyakit tidak berjangkit itu menyerang 15 juta
individu di seluruh dunia setiap tahun.
TIDAK MENGENAL USIA
Antara strok yang biasa dikenal pasti adalah
iskemia (beku), berdarah, serangan iskemia sementara (TIA) dan fibrilasi atrium
(AF) yang dikaitkan dengan penyakit yang semakin membimbangkan itu. Setiap
jenis serangan mampu memberikan kesan yang mendalam terhadap pesakit dan
penjaga.
Presiden Persatuan Neurosains
Malaysia, Profesor Hamidon Basri, berkata penyakit itu mampu mengubah
kehidupan, emosi dn pergerakan fizikal ddalam sekelip mata. Ramai yang masih
tidak sedar risiko serangan penyakit angin ahmar yang semakin meningkat dan boleh
membuatkan kehidupan individu terbabit dan keluarganya berubah.
Ada pelbagai langkah mencegah strok.
Kita Cuma perlu mengenali tanda-tandanya selain sedar factor risiko peribadi
termasuk kencing manis, kolestrol dan tekanan darah tinggi.
Serangan boleh berlaku kepada
sesiapa dan tidak perlu tunggu anda berusia untuk diserang angin ahmar. Penting
bgi kita untuk menjadualkan rutin harian aktif dari segi fizikal dan selalu
bersenam, mengekalkan diet sihat dengan menghadkan pengambilan alkohol dan
elakkan merokok.
STROK PERLU DIGERUNI
Perunding Kardiologi dan
Electrophysiologist, Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Razali Omar
berkata, AF boleh menyebabkan jantung seseorang itu berdegup melebihi 200
hingga 300 kali seminit.
Katanya, satu ketika dulu AF tidak
dilihat sebagai masalah yang mengancam nyawa dan ia kerap dikesan oleh orang
tua. Tetapi pada hari ini, AF turut dikesan oleh golongan seawal 14 tahun.
Ia kerap terjadi di kalangan orang
muda yang masih aktif bekerja, bersukan dan tiada masalah kesihatan seperti
diebetis atau tekanan darah tinggi. Semakin meningkat usia, semakin tinggi
risiko diserang AF.
Mereka yang berusia 40 tahun ke atas
lebih terdedah kepada penyakit ini, tetapi ia lebih banyak dihidapi inidividu berusia
60 tahun ke atas. Dengan AF, risiko mendapat strok meningkat kerana kebuk atas
jantung seseorang(atrium) tidak mengecut dengan efektif yang menjejas
kelancaran pengaliran dalam jantung.
Ini menyebabkan darah bertakung
dalam atrium dan apabila alirannya terganggu, pembekuan darah boleh berlaku. Darah
beku yng terbentuk pada atrium boleh terpisah dan bergerak melalui arteri terus
ke otak dan menyebabkan strok.
IBARAT JALAN BERLAWAN ANGIN
Pesakit yang diserang angin ahmar bukan
saja tidak dapat menggerakkan anggota badan , tetapi mengalami kesukaran
bercakap. Ramai pesakit hilang semangat dan
putus asa untuk meneruskan kehidupan selepas diserang penyakit ini.
Penyakit moden datang dalam berbagai bentuk. Zaman atuk nenek kita dulu, takde pulak penyakit pelik-pelik. Ya, faktor pemakanan dalah salah satu puncanya. Sebab, sekarang dah semakin banyak makanan-makanan segera dan pelik yang boleh didapati dengan mudah.
Walaubagaimana pun, pemilihan gaya pemakanan adalah terletak pada diri sendiri. Buatlah pilihan yang terbaik demi kesihatan anda!!
Sekin dulu entri saya buat kali ini...daaa... Assalamualaikum....
0 comments