CARA KAWAL TEKANAN DARAH TINGGI

Tekanan darah tinggi (hypertension) juga dikenali sebagai pembunuh senyap kerana ia tidak menunjukkan sebarang tanda atau amaran. Sekiranya tidak ditangani lebih awal, ia boleh membawa kepada risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan sebagainya.


Pengedar Shaklee Pahang, Pengedar Shaklee Bandar Jengka, Pengedar Shaklee Temerloh, Pengedar Shaklee Jerantut


Antara beberapa faktor utama yang menyumbang kepada penyakit tersebut adalah seperti sejarah keluarga/genetik, umur, pemakanan dan gaya hidup. 

Tekanan darah yang normal dan dikira sebagai sihat adalah pada paras 120/89 mm Hg atau sedikit rendah.


Beberapa langkah yang boleh diambil sebagai CARA UNTUK MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI adalah seperti berikut : 


1. Kurangkan Berat Badan

Berat badan yang ideal kini bukan saja tertakluk kepada mereka yang mempunyai penyakit seperti TEKANAN DARAH TINGGI. 

Malah, semua orang patut mula mengambil inisiatif untuk mengurangkan berat badan secara sihat. Ini termasuk memudahkan lagi kesan ubat yang diberi doktor.


2. Bersenam

Mula ambil langkah untuk bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap sesi. Ini juga merupakan salah satu cara untul membantu mengurangkan berat badan.


3. Kurangkan Pengambilan Garam

Selalu kan kita dengar orang cakap, "jangan masin-masin sangat, kena darah tinggi nanti".

Garam ni umpama pasir yang menyerap air dan meningkatkan tekanan darah. 

Antara makanan yang patut dikurangkan dan dikawal pengambilannya adalah; kicap, telur masin, ikan masin serta jangan tambah garam pada makanan yang sudah siap dihidang.


4. Berhenti Merokok

Semua pun tahu bahawa "Merokok Membahayakan Nyawa".

Kesan nikotin itu sahaja berupaya meningkatkan tekanan darah sehingga 10mm Hg sejam. Jadi, tekanan darah akan lebih tinggi sekiranya and merokok sepanjang hari. 

Please take note ye, tabiat gemar merokok bukan sahaja bahaya kepada diri sendiri, malah lebih buruk dari itu, ia membawa kesan yang sangat tidak baik kepada orang sekeliling yang turut terhidu bau dan asap rokok tersebut.


5. Tangani Stress Dengan Bijak

Pelbagai perkara boleh menjadi punca kepada stress seperti beban kerja dan kewangan. Ini semua boleh menyebabkan tekanan darah berlaku. 

Jika seseorang individu mempunyai stress kronik, ia sangat berisiko untuk mendatangkan bahaya kepada kesihatan dan boleh mengakibatkan serangan jantung, strok dan berbagai lagi.

Jadi cuba tangani stress sebaiknya dan cuba elak dari stress yang berpanjangan.


6. Diet/Gaya Pemakanan Yang Sihat

Ini adalah antara salah satu perkara paling terpenting until membantu mengawal serta mengurangkan masalah tekanan darah.

Berikut antara beberapa tips yang boleh diamalkan untuk diet pemakanan yang lebih sihat.

√ Ketahui jumlah kalori setiap makanan anda. Ini dapat membantu untuk mengawal jumlah pengambilan setiap makanan sekaligus membantu mengawal berat badan yang lebih ideal.

√ Ambik 5 hingga 7 hidangan dalam sehari tetapi dalam jumlah yang kecil. 

√ Kurangkan pengambilan makanan berkolestrol tinggi seperti makanan laut dan organ haiwan seperti paru-paru, limpa dan hati.

√ Kurangkan pengambilan lemak haiwan serta lebihkan pengambilan serat.

√ Pilih makanan yang ada sumber potassium dalam diet pemakanan seharian. Ia dapat membantu mengurangkan kesan garam pada tekanan darah. Antara sumber makanan yang terdapat potassium adalah pisang.

√ Kurangkan/Elakkan pengambilan alkohol dan kafein. 


7. Lakukan Pemeriksaan Kesihatan Berkala

Walaupun tidak mempunyai masalah kesihatan, and dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan berkala untuk memantau keadaan kesihatan semasa anda.


8. Suplimen

Selain 7 perkara di atas, pengambilan suplimen juga sangat penting sesuai dengan perubahan zaman. Antara suplimen  tunggal yang mudah diambil berbanding berdozen dalam setiap set adalah VIVIX.

VIVIX adalah suplimen yang tinggi antioksidan yang mampu membantu mengawal tekanan darah.

Salah satu ramuan hebatnya, anggur muscadine mengandungi antioksidan yang tinggi dan phytokimia yang membantu untuk melindungi sel daripada kerosakan akibat serangam radikal bebas.

Menurut Harvard School of Public Health, mengambil makanan yang kaya dengan antioksidan terbukti dapat menurunkan risiko penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung, kanser dan lain-lain.


Berikut antara beberapa testimoni hasil pengambilan VIVIX.

Testimoni #1
Pengedar Shaklee Pahang, Pengedar Shaklee Bandar Jengka, Pengedar Shaklee Temerloh, Pengedar Shaklee Jerantut



Testimoni #2
Pengedar Shaklee Pahang, Pengedar Shaklee Bandar Jengka, Pengedar Shaklee Temerloh, Pengedar Shaklee Jerantut



Testimoni #3
Pengedar Shaklee Pahang, Pengedar Shaklee Bandar Jengka, Pengedar Shaklee Temerloh, Pengedar Shaklee Jerantut



Testimoni #4
Pengedar Shaklee Pahang, Pengedar Shaklee Bandar Jengka, Pengedar Shaklee Temerloh, Pengedar Shaklee Jerantut


Testimoni #5
Pengedar Shaklee Pahang, Pengedar Shaklee Bandar Jengka, Pengedar Shaklee Temerloh, Pengedar Shaklee Jerantut



Testimoni #6
Pengedar Shaklee Pahang, Pengedar Shaklee Bandar Jengka, Pengedar Shaklee Temerloh, Pengedar Shaklee Jerantut



Berita baik yang nak dikongsikan bersama semua testimoni di atas, Shaklee sedang mengadakan promosi besar-besaran VIVIX. Baca sini.

Jangan lupa dapatkan VIVIX anda dengan harga promosi istimewa. Hubungi saya segera :D


Zam Zarina
Shaklee ID : 1110934
Sms/WhatsApp : 012-3540262

You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina