SET MENYUSU SHAKLEE YANG TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN
Assalamualaikum
KakZam menyusukan anak dalam keadaan yang tidak keluar bekerja. Ya, mungkin nampak kelihatan mudah di mata kasar orang lain. Tetapi disebaliknya, KakZam sangat struggle untuk memastikan anak mendapat bekalan susu tanpa perlu menambh dengan susu tepung.
Walau bagaimanapun, KakZam rasa kagum dengan ramai ibu-ibu lain yang keluar bekerja dan dalam masa yang sama berjuang menyusukan bayi mereka secara eksklusif; breastfeeding.
Pengorbanan yang sangat besar oleh seorang ibu dan pekerja yang gigih dan bijak mencuri waktu untuk mengepam susu demi menyediakan anag terbaik buat si anak.
Ya, nak dibandingkan anak ketiga sekarang; Hanna dengan anak sulung dulu; Abang Ridzman, sangat jauh jurang beza. Bayangkan saja, KakZam sampai pernah dimarahi nurse sebab degil nak berpuasa dalam waktu yang baru saja habis tempoh berpantang, walaupun sedang menyusukan anak...sobss
Waktu tu KakZam masih sangat jahil tentang penyusuan. Dipendekkan cerita, KakZam akhirnya terpaksa akur yang KakZam gagal menyusukan anak seterusnya membawa episod di mana Ridzman terpaksa juga meneguk susu tepung buatan manusia untuk mengenyangkan perutnya.
Seawal umur 5 bulan, Ridzman mula menyusu susu tepung disamping susu badan yang sangat kurang dan mula berhenti breastfeeding seawal umur setahun. Hati ibu KakZam rasa sedih dan luluh sangat ketika tu.
Episod bahagia mula menjelma bila KakZam melahirkan anak ketiga di mana KakZam mengamalkan Set Lengkap Penyusuan Shaklee seawal hari pertama bersalin, iaitu sejurus keluar dari bilik bersalin.
Waktu tu, memang KakZam berazam kuat (like always setiap kali mengandung dan bersalin) untuk breastfeed dan tak nak bagi susu tepung lagi dah.
Alhamdulillah, bermula dari hari kedua dilahirkan (Hanna dimasukkan ke dalam wad sebab disyaki terkena kuman GBS) sampai sekarang Hanna berumur hampir setahun dua bulan, KakZam masih menyusukan dia.
Dan syukur, kuman GBS tersebut cuma sangkaan doktor semata-mata. Walau bagaimanapun, jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada seluruh pasukan doktor dan jururawat atas segala usaha kalian bagi memastikan kesihatan kami anak beranak, terima kasih :)
Suka KakZam nak share dengan semua, suplimen apa yang KakZam consume untuk memastikan susu sentiasa cukup dengan demand Hanna, infact terlebih-lebih sampai freezer penuh dengan stok susu sahaja.
Inilah Set Penyusuan Lengkap yang KakZam consume untuk membantu menggalakkan penghasiln susu badan. |
Set Penyusuan Shaklee yang terkenal kerana terbukti telah membantu ramai ibu-ibu diluar sana mengandungi beberapa vitamin. Antaranya adalah :-
ESP
ESP shaklee atau nama sebenarnya Energized Soy Protein merupakan sumber protin yang mengandungi 9 asid amino penting yang sangat diperlukan oleh badan tetapi tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan.
Protein adalah makana utama untuk sel. Segala bahagian pada tubuh kita memerlukan protein. Kulit, rambut, kuku dan semua organ kita memerlukan protein untuk 'hidup'.
Maka disebabkan itu, protein adalah sangat penting untuk tumbesarn bayi. Kandungan utama susu ibu juga adalah protein serta ia sangat penting untuk proses baikpulih sel manusia selain penghasilan sel baru yang sihat.
Baca sini
Vita-Lea
Vita-Lea merupakan multivitamin yang lengkap dengan zat besi serta semua vitamin dan galian yang diperlukan oleh tubuh.
Ibu yang menyusukan bayi sangat perlu mengambil multivitamin dengan zat besi agar ibu tidak mempunyai masalah kurang darah serta sangat penting untuk tumbesaran bayi melalui susu ibu tadi.
Kebiasaannya, jika ibu yang menyusukan bayi kekurangan darah, ia akan menyebabkan ibu mudah pitam atau rasa sepertin nak pengsan. Maka sebab itu, multivitamin adalah sangat penting.
B-Complex
Bebas dari tekanan atau emosi yang tertekan adalah sangat penting kepada ibu yang sedng menyusukan bayi. Ini kerana ia boleh membuatkan penghasilan susu ibu terganggu disebabkan hormon yang tidak stabil.
Pengambilan B-Complex dapat membantu si ibu agar menjadi lebih tenang, emosi lebih stabil serta lebih bertenaga. Jangan tak tahu, B-Complex juga membantu ibu menyusu untuk menurunkan berat badan.
Sustained Release Vita-C Plus
Ini adalah vitamin penting yang diperlukan oleh ibu menyusu kerana ia membantu menguatkan imun ibu seterusnya bayi yang disusukan. Jika demam sekalipun, ia takkan berlarutan terlalu lama.
Selain dari itu, ia juga berfungsi untuk merangsang pembentukan kolagen yang merupakan sebatian asas kepada otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Jadi, pentingkan vitamin c ni.
Ostematrix
Kalsium adalah sangat penting kepad ibu menyusu kerana jika tidak, si ibu akan mudah menjadi letih, akan timbul masalah sakit tulang belakang dn masalah gusi kerana kalsium yang ada pada si ibu akan ditarik untuk keperluan bayi yang menyusu tersebut.
Untuk mendapatkan kalsium tersebut, si ibu perlu rajin minum susu atau jika pengambilan susu bukanlah sesuatu yang digemari, ibu-ibu boleh menggantikannya dengan pengambilan Ostematrix ini kerana setiap tablet Ostematrix bersamaan dengan khasiat segelas susu tinggi kalsium atau bersamaan dengan 80 biji badan yang diperlukan setiap hari.
Selain manfaat tersebut, Ostematrix ni sangat membantu KakZam dalam masalah sembelit yang menjelma setiap kali berpantang. Baca kisah sembelit KakZam sewaktu berpantang yang mengerikan dulu.
Alfalfa Complex
Alfalfa dikenali sebagai raja tumbuhan. Ia sangat kaya dengan nutrien dan kalsium. Ia juga sangat popular dikalangan ibu menyusu kerana khasiatnya yang sangat membantu dalam menggalakkan penghasilan susu badan.
Si alfalfa ni juga sangat membantu mengecutkan rahim dan menyembuhkan luka bersalin KakZam semasa berpantang dengan cepat!
Lecithin
Setiap ibu menyusu akan menghadapi risiko bengkak susu. Jangan ambil mudah dengan maslah bengkak susu ye! Silap hari bulan, ibu akan demam dan lebih parah lagi akan berlaku jangkitan kuman dan seterusnya akan menjejaskan kesihatan bayi.
Awal-awal lagi KakZam dah standby Lecithin ni sebab dah tau, bila susu mula nak jadi, memang breast akan membengkak. Dia punya bengkak sampai ke bawah ketiak dan memang sakit sampaikan tangan tak boleh lurus ke bawah.
Even dah jumpa doktor, memang tak boleh nak but apa-apa melainkan kena susukan baby. Dengan cara tu je bengkak boleh surut dan sakit akan hilang.
Tapi masalahnya, sesetengah ibu susunya takkan mudah keluar begitu saja menyebabkan ia bertambah sakit. Atau, susu akan keluar dengan laju menyebabkan baby menolak untuk menghisap susu.
Dengan Lecithin, ia membantu menyelesaikan masalah bengkak susu ibu-ibu dan win win situation antara ibu dan bayi.
Antara lain, Lecithin membantu KakZam memecahkan lemak dan kerak najis di dalam usus seterusnya melancarkan proses pembuangan najis serta membantu mengurangkan berat badan berlebihan.
Nampak macam banyak yang nak kena makan kan?
Tapi cuba fikirkan semula kenapa kita nak berikan susu eksklusif ni untuk bayi kita? Dah tentu sebab kita nak mereka dapat segala nutrien yang juga eksklusif yang tidak terdapat pada susu formula bukan?
Selain bonding eksklusif antara ibu dan bayi yang takkan kita peroleh jika mereka diberikan susu formula. Subhanallah.
Anda mencari vitamin untuk penyusun atau sebarang pertanyaan? Boleh hubungi saya di talian 012-3540262 ye.
Wassalam.
0 comments