Kisah inspirasi
TERPAKSA BUAT BISNES SHAKLEE DEMI MULUT ANAK-ANAK YANG PERLU DIBERI MAKAN.
Dalam hidup, kita akan diuji pada titik yang paling lemah. Kita takkan tahu bila waktunya kita akan berada pada tempat yang paling lemah sehinggalah kita sendiri melaluinya.
Dan cuma kita sendiri yang tahu bila waktunya.
Dengan cabaran hidup masa kini yang semakin lama semakin mendesak, semua orang sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan perut terisi untuk kelangsungan hidup.
Apatah lagi jika ada ahli keluarga yang bergantung kepada kita. Beban akan terasa semakin berat jika kita sendiri tidak mampu melakukan apa-apa buat mereka.
Bermacam perkara akan berlaku dek kerana masalah yang semakin menimbun.
Dengan cabaran kerja yang semakin mencabar, ramai juga yang membuat keputusan untuk berhenti kerja dan melakukan perniagaan. Semuanya sudah pasti dengan harapan menggunung bahawa perniagaan yang dilakukan akan berjaya.
Dapatlah nanti berikan makanan yang lebih sedap buat anak isteri. Bolehlah nanti bawa anak isteri berjalan makan angin dengan hasil keuntungan berniaga.
Cuma, apakah perniagaan yang betul-betul stabil dan terjamin. Maksud TERJAMIN di sini adalah perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar, masa yang lebih fleksibel dan tanpa perlu meninggalkan keluarga dalam jangka waktu yang lama.
Suka ingin KakZam kongsikan kisah pasangan suami isteri, seorang dari ribuan manusia yang terpaksa berbisnes shaklee demi kelangsungan hidup anak-anak mereka.
Di saat ramai orang berniaga kerana suka suka, atau kerana nak cari duit lebih, atau kerana nak belajar berniaga, mereka pula berniaga kerana TERPAKSA!
Ya, TERPAKSA.
TERPAKSA kerana ada perut yang perlu diisi dengan makanan.
TERPAKSA kerana ada mulut yang perlu disuap untuk elakkan kelaparan.
TERPAKSA kerana banyak bil yang perlu dibayar tiap-tiap bulan.
TERPAKSA kerana perniagaan si suami sebelumnya bermasalah sehingga jatuh terduduk.
TERPAKSA kerana si isteri pula dah berhenti kerja dek kerana nak tumpukan perhatian sepenuhnya untuk keluarga.
Bermul dengan bonus pertama RM23, tanpa pengetahuan si suami, Master Adilah menggagahkan diri menjalankan perniagaan shaklee yang menjadi titik tolak kepada kejayaan mereka pada hari ini.
Dari hari ke hari, bulan ke bulan, pendapatan yang diperolehi semakin mengujakan membuatkan mereka sedar bahawa selama ini mereka mempunyai impian.
Impian yang telah lama tergendala sejak mula mereka mendirikan rumahtangga.
IMPIAN ingin memberikan kesenangan dan keselesaan kepada anak-anak.
IMPIAN untuk mengerjakan umrah berdua. Malah, sewaktu mereka mengerjakan umrah, anak-anak turut ikut bersama. Lebih menggembirakan lagi, ibu dan ayah juga berpeluang untuk menjejakkan kaki ke tanah suci bersama-sama. MasyaAllah.
IMPIAN untuk memegang salji juga turut tercapai dengan perjalanan menjelajah Jepun dengan trip tajaan shaklee.
Kini, hari ini, segala penat lelah perjuangan mereka berdua akhirnya terbayar dengan kejayaan yang terlalu manis sehingga takkan terpadam dari ingatan.
Mereka diraikan di dalam majlis gilang gemilang yang dianjurkan shaklee. Saksikan video ucapan mereka.
Semoga selepas ini giliran KakZam pula naik stage diraikan dalam majlis master celebration yang gilang gemilang. Aamiin.
Sebelum terlupa, KakZam ingin buka peluang seluasnya buat mereka yang ingin berjaya seperti Master Adilah dan suami, Master Fahmy.
Apatah lagi jika anda bergelar surirumah, tugas seharian tersebut bukan penghalang untuk kita berjaya bersama-sama. Bahkan juga dapat membantu meringankan beban yang dipikul suami bersendirian selama ini. BACA SINI.
Semoga perkogsian kali ini memberi seribu satu makna dalam diri semua. Assalamualaikum wbt.
Zam Zarina
ID : 1110934
012-3540262
Pengedar SHAKLEE Bandar Jengka, Pahang dan seluruh Malaysia.
0 comments