bisnes
KENAPA BISNES SHAKLEE?
Kenapa SHAKLEE?
Bermula dengan Set Kurus Basic yang KakZam beli dulu, (KakZam ni tamak, terus masuk ahli sebab nak harga murah) KakZam saja share hasil daripada pengambilan suplimen tu kat fesbuk, citer detail sikit kat blog, dan sembang dengan kawan-kawan, sikit demi sikit, ada pulak yang respon dari kawan-kawan dan ada jugak yang order walaupun bukan set kurus basic tu.
Ada yang tanya set untuk tumit kasar, ada yang tanya untuk masalah kurang berat badan, macam-macam lagilah.
Dari situ KakZam terfikir, shaklee ni boleh dibuat bisnes lah. Modalnya cuma share je segala kebaikan dan kelebihan SHAKLEE yang tiada pada produk lain.
Sebelum ni, KakZam buat macam-macam bisnes. Dari MLM, kedai runcit, warung laksa dan bakso. Belum lagi kisah bila bisnes tadi melingkup, KakZam ubah pulak meniaga pasar malam, uptown yang menuntut kesabaran yang lebih besar dan mencabar kerana terpaksa tinggalkan anak-anak dengan mak.
Allah, sakit hati KakZam mengenangkan kisah silam. Betapa hati sakit dan luluh tinggalkan anak keluar demi mencari sesuap nasi. Keluar lewat pagi, baliknya lewat malam. Masa tu anak-anak dah tidur. Hilang peluang nak bermanja, nak tengok perkembangan anak-anak yang masa tu masih sangat-sangat kecik.
Ditambah dengan kisah betapa banyak modal yang dikeluarkan untuk pastikan bisnes 'bernafas' walaupun tercungap-cungap.
Setiap kali berniaga, tak semestinya semua makanan habis terjual. Kadang tercampak juga ke dalam tong sampah sebab tak laku. Duit semua tu. "Habis modal aku." Sobsss
Sampailah waktu berniaga di bazaar ramadhan beberapa tahun lepas, KakZam keguguran. Bertambah-tambah rasa kecewa sebab kami sekeluarga terlampau inginkan kehadiran orang baru dalam keluarga.
Dan akhirnya, suami tak izinkan lagi berniaga. Bukan tak boleh terus, cuma "berniagalah apa pun asalkan awak tak tinggalkan anak-anak dan tak keluar ke sana ke mari macam dulu lagi."
Bila kesedaran untuk berniaga shaklee, dan masa tu kawan yang dah lama approach untuk buat shaklee, akhirnya KakZam mengalah. Terjebak juga dengan bisnes shaklee.
Disebabkan dah terbiasa dengan cara berniaga yang setiap hari jumpa orang (walaupun kulit muka rasa macam tebal 5 inci, kugagahkan jua demi rezeki anak-anak), KakZam jadi malu nak berniaga shaklee.
Malu sebab takut orang mengata. Malu sebab takut takde orang yang beli. Takut sebab tak mampu dengan keyakinan diri sendiri. Dan macam-macam lagi.
Tapi sebab adanya support group yang menyokong antara satu sama lain, mereka guide KakZam satu persatu apa yang patut dibuat setiap hari, KakZam lega.
BESTNYA SHAKLEE
Apa yang membuatkan KakZam rasa SHAKLEE ni special sangat adalah, cara berniaga lebih kurang sama dengan sistem dropship. KakZam pasti semua pun tau kanapa itu dropship.
Dropship ni bermaksud, kita cuma perlu beriklan atau buat marketing atas produk yang kita berminat untuk jual, hantar pesanan kepada syarikat dan syarikat akan uruskan hal-hal pengeposan. Dan kita akan dapat keuntungan dari proses jual beli tersebut dalam bentuk komisyen.
Konsep Dropship |
Mudah bukan? Tak perlu lagi nak keluarkan sejumlah modal yang besar untuk beli stok yang belum tentu ada yang berminat nak beli.
Bezanya SHAKLEE, dengan cara berniaga yang sama, kita akan dapat bonus atau komisyen beserta hasil jualan untung runcit.
Hasil jualan untung runcit akan kita perolehi setiap kali adanya urusan jual beli, manakala keuntungan bonus akan dimasukkan secara automatik ke dalam akaun bank setiap 14 haribulan tanpa lewat.
Ini belum termasuk bonus kereta yang bakal kita nikmati (dengan syarat jualan tertentu).
Alhamdulillah, dengan izin suami, KakZam happy dan enjoy dengan bisnes sekarang. Walaupun kadang-kadang rindu nak keluar berniaga macam dulu-dulu.
Ada yang masih tercari-cari bisnes yang sesuai dengan tugas seharian sebagai surirumah ataupun masih mencari pendapatan sampingan disamping pekerjaan sekarang?
Inilah masanya yang sesuai. Mulakan langkah pertama anda sekarang. Hulurkan tangan, bersama kita capai impian yang selama ini tersimpan kemas dalam angan-angan. Yess!!
KakZam
1110934
012-3540262
Mentor Shaklee Anda
0 comments