Tiap-tiap pagi, rutin KakZam menghantar anak-anak pergi ke sekolah. Memang seronok ambik angin pagi sambil naik motor. Hirup udara segar, kat bandar memang takkan dapat feel yang best macam ni. Kat kampung je ada tau...hihi
Tapi satu je yang KakZam sangat-sangat tak gemar, ASAP ROKOK!!!
Maaflah, topik rokok ni memang sensitif bila disebut. Tapi macam mana pun,kena sebut jugak.
Ok, sambung cerita naik motor tadi.
Bila tengah sedap layan view dan udara kampung yang nyaman pagi-pagi tu, tetiba ada jejaka kampung pintas motor kami anak-beranak. Agaknya dia nak cepat menuju ke tempat kerja, tak mengapalah. Dia mengejar masa, tak macam KakZam yang bekerja sendiri ni.
Tapi yang tak bestnya bila dia lepaskan asap rokok dia tu. Allah....
Muka dah hensem, otot dah sado, tapi merokok. KakZam rasa kecewa bila dia sesuka hati lepaskan asap rokok pada orang awam. Kembang kempislah hidung kami anak-beranak menahan dari asap tu masuk rongga hidung kami. Uhuk uhuk...
Lemas. Nak menaip kat sini pun dah terasa lemas membayangkan terhidu asap rokok tu.
Kalau korang nak tau, orang yang tak merokok tapi selalu menyedut/tersedut asap rokok tu lagi tinggi risikonya dari perokok tu sendiri. Jadi cik abang cik abang yang merokok tu, tolonglah (merayu sangat sangat ni) jangan selalu sangat merokok di kawasan awam, carilah tempat yang kurang atau takde orang langsung. Kat mana? Boleh fikirkan sendiri kot...haha
Kesian kat orang sekeliling yang tak berdosa tu.
Walaubagaimanapun, KakZam rasa ramai perokok perokok kat luar sana memang ada niat nak berhenti merokok. Cuma diorang tak tau cara yang betul dan selamat.
Hmmm, cakap senanglah bagi yang tak merokok tu. Yang menanggung tu azab rasanya.
Almaklumlah, banyak cerita yang kita biasa dengar, ada yang sampai sakit dalam usaha nak berhenti merokok. Kebanyakannya ada yang menggigil satu badan, seram sejuk dan demam teruk. MasyaAllah, kesiannya.
Respek dengan usaha macam ni yang gigih nak berhenti merokok. Dia sanggup nak berhenti merokok, tabiat yang dia sendiri tahu tak baik untuk kesihatan dia sendiri.
Macam abah KakZam sendiri, dulu pernah dia suruh kami berhenti sekolah sebab kami mintak dia berhenti merokok. Begitu kuat penangan ketagihan merokok tu kan?
Tapi tak mustahil boleh berjaya sebab KakZam sendiri pernah tengok pengalaman sepupu suami KakZam sendiri yang begitu kuat azamnya nak berhenti merokok.
Motivasi dia yang paling kuat masa tu KakZam rasa adalah faktor ekonomi. Semua benda nak kena jimat. Belanja dapur lebih penting dari rokok tu sendiri. Dengan anak yang semakin membesar, belanja rumah pun makin besar.
Katanya, awal-awal masa nak berhenti dulu memang ada rasa demam, sakit sakit badan. Tapi dia ni kuat semangat, kuat usaha. Tapi akhirnya dia berjaya jugak atas izin Yang Maha Kuasa. Alhamdulillah.
Dan sampailah sekarang, dia berjaya berhenti merokok. Tak pasti jangka masa yang tepat, tapi setahu KakZam, sejak anak sulung dia kecik lagi, sekarang dah pun 14 tahun kalau tak silap. Dah lebih 10 tahun rasanya.
Dan alhamdulillah, ketagihan merokok tu dah hilang sama sekali walaupun berada disekeliling kawan-kawan dan saudara-mara yang merokok.
CARA BERHENTI MEROKOK
Kemam/menghisap Gula-gula.
KakZam pernah dengar, ada yang cuba berhenti merokok dengan menghisap gula-gula tatkala rasa ketagihan merokok tu datang. Kalau difikirkan, sewaktu ketagihan, cepat-cepat kemam gula-gula, terutamanya gula-gula yang berangin supaya terasa sejuk mulut dan tekak.
Bila dah kemam gula-gula tu, automatik dapat buatkan otak terlupa yang sebenarnya tadi badan nak rokok. Sambil-sambil buat kerja, terus terlupa pasal rokok tadi, ini cuma berkesan semasa kita sibuk-sibukan diri sambil buat kerja atau apa saja aktiviti tau. Kalau saja-saja sambil baring atau duduk-duduk tu, rasanya sangat mustahil akan berkesan.
Minum Air Masak.
Banyakkan mengambil air putih/air masak. Ini juga salah satu cara yang boleh membantu mengurangkan ketagihan terhadap tabiat merokok. Tiap kali terasa keinginan untu merokok tu datang, cepat-cepat minum air masak.
Lagipun air masak ni kan memang bagus untuk cukupkan bendalir dalam badan kita. Sistem tubuh akan lebih baik dan sembelit pun tiada. Takde laa berlama-lama termenung dalam tandas yang boleh menyebabkan rasa nak merokok tu.
Bersukan/beriadah.
Bersukan juga mampu membantu mengurangkan rasa ketagihan merokok. Bila dah sibuk bersukan, mana ada masa nak merokok, betul tak? Lagipun bersukan sangat pentng untuk menjaga stamina tubuh kita.
Lebih bagus lagi ajak sekali anak dan isteri bersukan atau beriadah sekali bersama-sama. Boleh juga dijadikan aktiviti hujung minggu beriadah bersama ahli keluarga. Masa ni laa nak kuatkan habiskan masa berkualiti dengan anak-anak dan isteri sambil kuatkan bonding dengan mereka.
Ataupun berbasikal dengan anak-anak dan isteri petang-petang sambil pecahkan sikit peluh, seronok tau dapat tengok anak-anak bergelak ketawa bila berbasikal sama-sama ni.
Ni pengalaman kami sendiri anak beranak. Memang seronok dapat luangkan masa beriadah dengan anak-anak. Bonding dengan diorang pun akan makin kuat lagi.
SUPLIMEN YANG MEMBANTU MENGURANGKAN KETAGIHAN MEROKOK.
Walaubagaimanapun, terdapat juga alternatif moden untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa ketagihan merokok dengan pengambilan suplimen. Yang penting, suplimen tersebut adalah yang semulajadi, selamat dan berkesan serta tidak meninggalkan kesan yang negatif terhadap tubuh badan perokok.
Antara suplimen yang biasanya diambil oleh golongan perokok yang benar-benar ingin mengurangkan tabiat merokok ini adalah VIVIX dari Shaklee.
Bagaimana VIVIX dapat membantu mengurangkan atau menghilangkan rasa ketagihan merokok?
Sebenarnya VIVIX ni bukanlah ubat jampi sampai begitu kuat untuk mengurangkan rasa ketagih tu. Tetapi sebatiannya yang sangat berkuasa dengan ramuan yang sangat rare dan berkualiti tinggi tu membuatkan ia mempunyai kandungan anti-oksidan yang sangat bagus.
Sebagaimana yang KakZam pernah kongsikan kisah abah dengan rokoknya dulu, BACA SINI, VIVIX membantu mengurangkan rasa ketagihan merokok seperti berikut :-
1) VIVIX membantu menyingkirkan nikotin dalam darah, organ dan otak. Bila nikotin dah takde, rasa ketagihan pada nikotin pun automatik hilang.
2) Perokok ni dia ada satu 'feeling' which is orang yang tak merokok memang takkan faham sampai bila-bila. Sebab tu bila mereka tak merokok, akan ada satu rasa lain macam dan rasa 'mengidam' untuk merokok.
Kat sini laa VIVIX membantu menggantikan 'feeling' tu. Sebab tu bila mereka ni amalkan VIVIX, mereka takkan rasa nak merokok, sebab VIVIX dah ambik alih tempat rokok tu.
3) Dalam ramai-ramai yang sedang berusaha keras nak berhenti merokok tu, pasti ramai yang jadi sakit, paling common demamlah. Ini disebabkan badan terkejut sebab dah terbiasa ada nikotin dalam badan, tup tup bila berhenti merokok, nikotin pun dah takde.
Kat sini, sekali lagi VIVIX memainkan peranan dia di mana VIVIX membantu meredakan kejutan tersebut.
Selain VIVIX, Carotomax juga sangat membantu kerana ia adalah salah satu anti-oksidan yang membantu mengurangkan rasa ketagihan merokok disamping bagus untuk kesihatan organ penglihatan iaitu mata kita.
Tak kurang juga DTX Complex yang tak kurang penting untuk membantu sebagai agen detoks untuk organ hati kita yang semakin hari semakin 'sakit' akibat tabiat merokok yang berterusan.
Tak kurang juga kepentingan SUSTAINED RELEASED VITA-C PLUS yang membantu menyingkirkan radikal bebas yang masuk dan melekat di dalam sistem tubuh melalui asap rokok tak kira sama ada orang sekeliling yang terhidu asap rokok mahupun perokok itu sendiri.
Selain menyingkirkan radikal bebas dari dalam tubuh, SUSTAINED RELEASED VITA-C PLUS ini membantu top up semula vitamin c yang saban waktu semakin merosot, apatah lagi akibat asap rokok dan tabiat merokok itu sendiri.
Walau bagaimanapun, usaha, doa dan tawakal di pengakhiran usaha tadi tetap perlu kerana segala kesembuhan adalah dari izin-Nya jua, insyaAllah.
Semoga perkongsian KakZam kali ni memberi banyak manfaat kepada semua. Terima kasih kerana sudi membaca sampai tamat. Sila klik ikon di bawah untuk melakukan pembelian sendiri secara online, atau hubungi KakZam melalui whatsapp atau komen saja di bawah untuk penerangan lanjut.
Zam Zarina
ID : 1110934
012-3540262
Pengedar Shaklee Bandar Jengka, Jerantut, Temerloh, Pahang dan seluruh Malaysia.
0 comments