Breastfeeding
ADAKAH SUSU AKAN DROP BILA ANAK MULA MAKAN DI USIA 6 BULAN?
25 haribulan Ogos baru-baru ni, genap usia BabyHanna 6 bulan. Sebelum sampai tarikh tu dan beberapa hari selepasnya, KakZam jadi nervous, takut, berdebar-debar.
Kenapa??
Sebab masa tu BabyHanna dah boleh mula makan makanan pejal. Memang happy sebab seronok tengok perjalanan baby tu yang makin hari makin membesar.
Tapi dalam diam, KakZam jadi risau. Risau sangat!! Sebab kata orang-orang, bila anak dah mula makan, dia akan mula kurang menyusu dan automatik susu akan drop!!
Betul ke tidak, KakZam pun tak dapat nak sahkan. Disebabkan asyik fikirkan perkara ni, KakZam jadi agak stress sedikit.
Makanan pejal pertama BabyHanna, licinnnn. |
Bila tiba waktu pertama kali nak suapkan baby tu, nervous makin kuat. "Ya Allah, kuatkanlah hati aku. Kau cukupkanlah bekalan susu untuk anak aku." Hari-hari KakZam berdoa. Sebab kali ni memang KakZam berazam sangat nak cukupkan penyusuan eksklusif anak ni selama 2 tahun.
Nak dibandingkan dengan anak sulung dan kedua, KakZam GAGAL!! Anak sulung cuma sampai setahun, itu pun campur dengan susu formula sebab susu kurang. Anak kedua pulak lebih parah, cuma sampai usia dia 4 atau 5 lima macam tu. Sebab masa tu memang KakZam fokus nak kerja, susu anak terabai.
Rasa macam tak guna je jadi mak masa tu. Hmmm, dah lah. Malas nak kenang kisah silam. Pass is pass. Yang penting kehidupan sekarang dan masa hadapan.
Ok, balik semula cerita pasal BabyHanna tadi, dalam pada perasaan berkecamuk dan bercampur baur tu, KakZam tetap jugak susukan dia macam biasa disamping dengan makanan tadi.
Alhamdulillah, BabyHanna tetap nak menyusu macam biasa walaupun dah mula makan makanan pejal dia. Syukur. Syukur jugak sebab susu badan KakZam tak drop macam yang KakZam risaukan.
Kalau orang lain sibuk control makan sebab nak kurus semula lepas bersalin, KakZam enjoy je keadaan ni. Kalau control sangat nanti, kurang pulak nanti susu badan. KakZam jugak yang menyesal nanti...huhu
Selain dari KakZam tak control sangat makan, KakZam tetap ambil suplimen untuk pastikan berat KakZam maintain dan tak naik mendadak sebab makan pun ikut suka perut kan...hahaha
Suplimen Penggalak Susu Yang KakZam Amalkan.
Silakan komen dan tinggalkan jejak untuk KakZam balas kunjungan ke blog masing-masing. Babai :)
7 comments
InsyaAllah susu tak drop asal kita terus stimulate breast untuk keluarkan susu. Doakan ai juga ye, 3rd baby, fully bf. 💪💪💪
ReplyDeleteInsyaAllah susu tak drop asal kita terus stimulate breast untuk keluarkan susu. Doakan ai juga ye, 3rd baby, fully bf. 💪💪💪
ReplyDeleteInsyaAllah. Paling penting niat tu dan kena rajin laa. Doakan jugak ai dapat susukan BabyHanna ni eksklusif sampai cukup 2 tahun ye ^_^
DeleteInsha Allah. Selagi anak menyusu susu tak mudah drop... Kecuali sebab2 tertentu... Contohnya hamil dan sebagainya...
ReplyDeleteInsyaAllah. Tp pengalaman anak sulung dulu, anak mmg kuat menyusu, anak lelaki. Tp susu drop sejak lepas2 berpantang.
DeleteTu yg kali ni ambik langkah berjaga2 😂
Terima kasih kakzam atas perkongsian ini.Priceless!
ReplyDeleteAlhamdulillah. Sama sama 😊
Delete