lenguh badan
ostematrix
sakit pinggang
Sembelit
ATASI SEMBELIT SEWAKTU BERPANTANG DENGAN OSTEMATRIX
Alhamdulillah. Segala puji dan syukur buat Sang Pencipta yang mengizinkan kita semua agar dapat bernafas sekali lagi, sehari hari lagi.
Subhanallah. Maha Suci Allah yang memberikan nikmat untuk kita sama-sama menghayati setiap kejadian yang berlaku di sekeliling kita yang kita sedari mahupun tidak.
Tiada apa yang lebih menggembirakan akak bila akak dapat bantu customer yang bermasalah. Malah, customer sangat berpuas dan percayakan akak, sekaligus percayakan produk yang akak jual dan rekemen pada dia.
Alkhisahnya, Puan Z ni sedang dalam proses berpantang. Masalah sembelit sewaktu berpantang memang biasa kita dengar bukan. Tetapi ia bukanlah sesuatu yang membanggakan ataupun menyeronokkan.
Malah ia adalah pengalaman paling mengerikan bagi setiap ibu berpantang. Tak tahulah kalau ada yang suka.
Kalau diingat semula, akak pun pernah terseksa kerana sembelit sewaktu berpantang anak kedua dulu. Waktu tu, akak masih belum 'bertemu jodoh' lagi dengan Shaklee ni. Ish, tak mau dah nak ingat ingat lagi. Seram 😣😣
Nak dijadikan cerita, Puan Z ni mencari suplimen Shaklee yang boleh bantu dia melawaskan sistem pembuangan. Dan akak pun cadangkan Ostematrix, sesuai dengannya.
Bersama dengan Ostematrix, akak hadiahkan beliau beberapa biji Alfalfa Complex untuk lebih melancarkan proses pembuangan dan penyusuan. Ia memang sangat digemari oleh ibu menyusu yang berhajat nak memperbanyakkan stok susu badan buat si kecik.
Dengan penuh debaran dan harapan sewaktu menghantar suplimen, akak berharap sangat agar ia dapat bantu Puan Z dalam menyelesaikan masalah beliau.
Alhamdulillah. Selepas 5 hari Puan Z menghantar mesej memberitahu yang dia sangat sangat berpuas hati dengan hasilnya.
Subhanallah. Engkau jualah yang mengizinkan kesembuhan setiap penyakit.
"Assalamualaikum kaklong. Takde apa, cuma nak bagi tahu, Ostematrix tu memang best. Setiap pagi mesti akan membuang dan lancar...hehe... Masalah susah nak membuang masa berpantang dah tiada lagi."
Alhamdulillah. Seronok bukan dengar customer kita happy dan puas hati.
Bermula dari kali pertama makan Ostematrix, Puan Z terus merasai kesannya. Selain lebih lawas, beliau juga dapat rasakan yang sakit pinggang serta lenguh letih semakin membaik.
Kalau kebiasaannya beliau sering berasa mengantuk di siang hari, kini tidak lagi selain badan pun semakin cergas.
Puan Z kini lebih selesa dan yakin sewaktu membuang air besar.
Sebagaimana Puan Z berpuas hati dengan produk dan perkhidmatan akak, akak terlebih lebih puas hati dengan dengan hasil yang dikongsikan oleh beliau. Alhamdulillah, konsultasi khas dan personal yang akak provide untul beliau betul betul membuahkan hasil.
Doa akak, semoga Puan Z sentiasa diberikan kesihatan yang berpanjangan sepanjang usianya. Aamiin...
Baik, jika ada antara anda semua yang mempunyai masalah sama seperti Puan Z, bolehlah hubungi akak untuk konsultasi khas dan personal seperti yang diperoleh beliau.
Semoga usaha kita bersama dapat membantu anda mencapai kesihatan yang lebig baik abadi. InsyaAllah.
Assalamualaikum wbth.
-Salam sayang-
Kak Zam
Shaklee ID 1110934
012-3540262
0 comments