Herbal Blend - "Magic Cream" Serbaguna

Assalamualaikum wbth

Dah ramai kat luar sana yang semakin mengenali krim serbaguna ni. Mereka gelar ia sebagai “Magic Cream”. Kenapa sampai ia digelar sebegitu? Magic betul-betul ke? Oh tidak. Ia bukan magic macam biskut coklat bulat tu, sekejap ada, sekejap takde. Tapi ia digelar “magic” kerana keberkesanannya dalam mengatasi masalah yang kebiasaannya masalah kulit.

Seperti contoh, bayi kecil yang mendapat “exclusive breastfeeding” seringkali mengalami masalah kurap susu atau ruam susu. Bila ibu-ibu melihat keadaan ini, ianya sudah tentu menggusarkan hati mereka. Sepertimana saya ketika mengalaminya bersama anak sulung dahulu. Walhal, ruam yang terjadi pada anak saya ketika itu bolehlah dikira tidak terlalu besar.

Tetapi bila ibu saya mula memomokkan rupa paras anak itu nanti sewaktu ia tumbuh membesar, saya menjadi takut. Ayat yang selalu ibu guna, “kesian anak kau tu nanti, kecik-kecik dah ada kurap”. Mendengarkan itu, saya semakin risau dan takut.

Tapi, salah saya juga. Tak berhati-hati ketika menyusukan sampai tak perasan air susu badan terkena pada bahagian muka anak dan tak pulak cuci selepas siap menyusukan. Mujurlah ia tidak seteruk mana. Kalaulah ia sampai ke tahap merah-merah dan gatal-gatal, kasihanlah anakku.

Baiklah. Adakah Herbal Blend si Magic Cream ni boleh digunakan untuk tujuan lain? Ya, boleh. Selain ruam susu atau kurap susu, ia boleh juga disapukan pada tempat yang terkena gigitan nyamuk untuk menghilangkan bengkak dan gatal-gatal. Bagi yang mengalami kulit sensitif dan ruam juga sangat digalakkan untuk menggunakan Herbal Blend ni.

Bagaimana pula dengan masalah dewasa? Contohnya jerawat, parut, tumit kasar. Ya...penggunaan Herbal Blend sangat bermanfaat dalam mengurangkan masalah tersebut. Jerawat akan cepat mengecut, kesan parut anak segera hilang dan tumit akan semakin halus dan lembut.

Bagi saya pula, saya gunakan Herbal Blend bagi mengurangkan masalah jerawat. Saya jarang mengalami masalah jerawat, tapi kali ni entah kenapa lain macam sikit. Jerawat kali ni besar dan sakit. Jadi, untuk mempercepatkan proses jerawat tersebut mengecut, saya sapukan saja Herbal Blend. Tingggg...jerawat saya memang mengecut dengan cepat dan rasa sakit juga berkurang dengan cepat.

Masalah jerawat yang saya alami. Tak pernah dapat jerawat banyak dan besar macam ni, saki pulak tu.

Selain itu, saya mengalami masalah ruam yang agak teruk di bahagian belakang peha (maaf, gambar tidak dapat disertakan, aurat :)). Jadi saya cuba sapukan Herbal Blend setiap kali selepas mandi ke kawasan yang terbabit. Alhamdulillah, saya tak perlu lagi tergaru-garu seperti dulu. Kalau tidak, bila datang rasa gatal, saya menggaru sampai lupa dunia (cuma orang yang selalu menggaru bila gatal je tau macam mana rasanya). Akibat daripada menggaru terlalu kuat, akhirnya terbit kesan luka dan merah-merah. Bila terkena air, Ya Allah...pedih sangat....

Sekarang, Herbal Blend menjadi kewajipan dalam rumah saya. Sebab semua orang boleh guna. Daripada anak-anak sekecil bayi, saya dan suami turut mengamalkan Herbal Blend untuk merawat masalah kulit.😊

Bagi kesan kulit yang cantik, halus dan lembut, saya gandingkan dengan Sustained Released Vita-C 500 untuk kesan yang optimum dan memuaskan.

"Magic Cream" kesukaan saya untuk kegunaan seisi rumah 


Jadikan “Magic Cream” ini sebagai kemestian dalam rumah anda. 1 rumah, 1 Herbal Blend.

Barangsiapa yang ingin mendapatkan Herbal Blend ini, boleh hubungi saya di talian 012-354-0262. COD ke Bandar Jengka dan kawasan sekitar serta pengeposan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


You Might Also Like

0 comments

Catatan Zam Zarina