TIP ELAK KETAGIH MAKANAN SEGERA
Sedang asyik bersantai di rumah, terbayang pula keenakan ayam goreng di restoran makanan segera. Serta menggamit hati untuk mendapatkannya. Tidak mustahil anda pernah melalui situasi seperti ini kan?
Mungkin disebabkan kekerapan atau obses anda terhadap makanan segera membuatkan hati mudah tergoda. Belum lagi disingkap isi kandungn peti ais di bahagian beku. pasti tersimpan ketulan nuget, sosej, daging burger dan bermacam makanan cepat saji sebagai bekalan ketika lapar. Alasannya, mudah dimasak disamping rasa yang sedap.
Sekiranya berhadapan dengan keadaan ini maka terbuktilah bahawa anda sedang ketagih makanan tersebut.
Walaupun diketahui ia bukanlah makanan yang menyihatkan lantaran kandungan nutrisi yang rendah tetapi rata-rata masyarakat masih tegar mengambilnya. Susah sungguh menghentikan tabiat tersebut tetapi dengan panduan berikut, boleh jadi keinginan anda terhadap makanan segera boleh dikurangkan.
Rajinlah Memasak Di Rumah
Salah satu cara paling mudah untuk mengurangkan pengambilan makanan segera adalah dengan memasak di rumah. Cubalah perlahan-lahan melakukannya. Kata orang, usaha sedikit boleh membuahkan hasil sekiranya diteruskan.
Masaklah dengan penuh semangat dan kasih sayang dan mungkin dengan cara itu keinginan untuk menikmati makanan segera akan berkurangan.
Jarakkan Tempoh Makan Di Luar
Cuba imbas kembali, dalam tempoh sebulan berapa kerap anda makan di luar? sekiranya lebih dari dua kali maka anda sedang melatih diri untuk makan di restoran.
Secara tidak langsung ia memberi impak kepada kewangan dan kesihatan. Pada masa sama, mood memasak akan hilang begitu saja lantaran terbiasa dengan jalan mudah mendapatkan makanan pada kadar cepat di restoran.
Sediakan Kudap-kudapan Yang Menyihatkan
Saat timbul keinginan untuk mengambil makanan segera seperti burger, nuget dan sebagainya maka dapatkan kudap-kudapan yang sihat seperti kekacang, bijirin, buah-buahan atau salad sayur-sayuran.
Elak Simpan Makanan Sejuk Beku Di Rumah
Antara langkah paling bijak untuk menghilangkan keinginan terhadap makanan segera adalah dengan berhenti dari membeli dan menyimpannya di dalam peti ais.
Sekiranya ia tiada di rumah, maka bolehlah anda beralih kepada makanan sihat yang lain seperti roti atau buah-buahan.
Tetapkan Matlamat Untuk Hidup Sihat
Tanamkan azam dalam diri untuk bebas dari makanan segera. Tidak kiralah yang dijual di restoran atau siap diproses, semuanya tolak sahaja.
Tetapkan matlamat untuk hidup dengan lebih sihat dan mengambil makanan yang seimbang dn berkhasiat. Pastikan setiap pagi, anda ucapkan kata-kata tersebut di hadapan cermin dengan penuh semangat. Tidak mustahil selepas ini anda mampu tinggalkan ketagihan terhadap makanan segera.
Bagaimana Energizing Soy Protein (ESP) Mampu Menghilangkan Ketagihan Makanan Segera?
~ ESP dihasilkan daripada soya non-GMO (selamat daripada risiko toksik).
~ Rendah lemak, tanpa kolestrol.
~ Protein soya (tumbuhan) lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan.
~ MEMBEKALKAN TENAGA BERTERUSAN YANG MAMPU BERTAHAN SELAMA BEBERAPA JAM.
~ Mengandungi isoflavone yang membantu mengurangkan risiko kanser, bertindak sebagai anti-oksidan, menguatkan sistem imun tubuh, mempertingkatkan tahap kolestrol baik, memelihara kesihatan jantung, menggalakkan pertumbuhan rambut dan sebagainya.
~ Ia juga membantu menjadikan kulit lebih berseri, anjal kerana ia merangsang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan, mempercepatkan pemulihan luka serta memudarkan parut..
Wow!!! Selain tujuan menghilangkan ketagihan makanan segera, anda mendapat bonus yang begitu banyak dengan mengamalkan ESP.
Tahukah Anda?
> ESP dilengkapi dengan unsur kalsium untuk mengelakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya biasanya bersifat keasidan.
> Sumber protein yang lengkap yng mengandungi 9 asid amino perlu yang penting untuk fungsi badan.
> Diproses menggunakan air dan bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone.
> Sel terbentuk daripada protein, maka adalah penting untuk mendapatkan protein yang berkualiti bagi sel baru tumbuh menggantikan sel lama atau sel mati. Sel yang sihat lebih mudah untuk menyerap zat dan vitamin.
Shaklee Independent Distributor : 1110934
0 comments